kaWan...

Monday 31 December 2012

Symptom Final Exam

Assalamualaikum.


symptom final exam mula menunjukkan diri mereka
secara kasarnya.. kadar perbualan secara lagha semakin berkurangan 
terutama bagi mereka yang benar-benar ingin melakukan yang terbaik kali ini

tidak kurang juga, secara otomatiknya sikap pelajar cemerlang mula kelihatan
antaranya?
-mind map segala bagai, sikap banyak bertanya dan  sikap ingin tahu
-amalan murni seperti perbincangan dua hala mula wujud, mengukuhkan memori uoolllsss

dan yang paling drastik dapat dilihat adalah.. di keheningan pagi, tandas-tandas busy menerima kunjungan
wahaha..nebesss weyhhh
berapa kali ulang masuk toilet pun xtau la!!

tapinya
usai sahaja 2 paper pada hari ini
di malam hari marathon cerita pun bermula
perbincangan secara 'movie conference' segala bagai kononnya
sempat pulak mengukuhkan memori dgn meng-update belogg ni

itu adalah symptom-symptom yg normal bagi pelajar yg mmg sejak azali caranya begini
dan bila esok hari..
rasa penyesalannnn itu berbuku-buku, membuak-buak dalam hati
kalaulah aku belajar semalam........

setuju?
anda begitu?
tidak?..ok, pegi jauh2..kita bukan kawan.
bye.


Tuesday 25 December 2012

Bayang-bayang

Assalamualaikum.




Jadilah dirimu tanpa dibayangi bayang-bayang sesiapa

Tidak puas nikmatnya andai diekori bayang-bayang

Siapapun kita, bukan mereka yang menentukan

Teruskan dengan kata hati sendiri.


Hidup penuh kepura-puraan terasa kekoknya

Gembirakah?


Bayang-bayang Final mula mendatangi. Tak mampu lari lagi.Biarkan diri diekori bayang-bayang, bukan dibayangi bayang-bayang..





Thursday 20 December 2012

Penghujung semester

Assalamualaikum.

Semester 3
tiada sedetik pun dapat dirasai di waktu senggang
cepat rasanya semester 3 bakal berakhir

dalam perit menempuh semester ini, siapa sangka kita sudah di penghujungnya
frust dalam Clinical memang benar-benar mencabar mental fizikal
pedih tacing gara-gara Clinical masih berbekas hingga kini

clinical..clinical..clinical
nightmare indah bagiku
terasa keseraman itu, tapi indah dunianya

mungkin semester hadapan lagi indah dunianya
semoga kaki ini melangkah gagah tanpa berputus asa

selesainya OSCE, presentation, lab report, ward round...
lega........
beban semester 3 bakal meninggalkan aku

dan
aku perlu bersedia untuk memikul beban semester 4
rindu dunia Asasi
rindu dunia Asma
rindu segalanya

tapi ini jalan yang harus ditempuh
untuk aku membuat u-turn, memang mustahil
ini dunia pilihan aku...
memang tidak ragu-ragu lagi
jalan harus dilalui
kuatlah wahai hati!!


-ASMA-

ASASI



Saturday 15 December 2012

Saya tak kisah..

Saya x kisah kalau kelas siap extra-extra lagi waktu hujung minggu
Asalkan otak mampu men-digest sehingga paham bebeno

Walaupun result test saya x cemerlang pun saya tak peduli
sampai nak nanges-nanges penuh kekecewaan
asalkan lulus dan x kena repeat paper

Tak kisah la kalau kena kritik pasal attitude or apapun
saya x kisah, sebab memang kami realize tentang hal tersebut

Saya x kisah kalau hari-hari ward round pun
hari-hari ter-tengok nurse-nurse yang berlagak nak mati tu
sebab saya tahu depa ni berlagak hebat semata

Tak kisahla kalau ada orang kisah ke tak pasal saya
sebab ini blog saya
hahahaa


Memang apa yang aku belajar bukan untuk exam semata-mata
so, memang x terbit lah air mata kalau result cencorot pun
selagi aku faham, understand, understood as dietitan-to-be in the future (hahaha..ayat..hancusss)
im satisfied...

ada kelas hujung minggu pun, still nak pergi dgn penuh keikhlasan
sebab mereka suba membantu..bukan menyusahkan


itulah sebabnya saya tak kisah
tak kisah kalau dlm 1 minggu, hadirnya presentation,case presentation, lab report, OSCE serentak
tipu kalau cakap tak penat, tak letih, x rindukan hujung minggu yang mendamaikan
tipu kalau cakap x kisah kalau dalam satu semester, hanya mampu keluar bersuka-suki hanya sekali
tipu kalau cakap aku xp pernah merungut kerana inilah yang sedang aku lakukan di sini..hahaha

tapi
tak kisah la
as long as MINAT
: )





Friday 14 December 2012

Juiciness kawan-kawanku

Assalamualaikum.

Mood tika ini: riang gembira bersuka ria

Dikala diri dihimpit dengan homework-homework yang menikam dari segenap penjuru
hinggakan sering terasa tidak mencukupi oksigen untuk disedut
yang membuatkan fikiran mulai kelabu, anggota menjadi layu dan mata menjadi kuyu

namun kemunculan sahabat-sahabat seperjuangan yang sama-sama memikul beban yang serupa
walaupun hanya 13 orang, tetapi mampu untuk aku melangkah bersama mereka

terasa seperti adanya 'abang' menjadi ikutan, rupanya xcukup 'abang' pun hah...
adik-adik lagi teruk membuli si 'abang'
ingatkan mereka hanya 3 orang, tidak memberi apa-apa pertolongan jika kami kesusahan
tapi terpancar keprihatinan tika motosikal buat perangai
hahaha

ingatkan sebaya, tapinya kejap-kejap macam adik bongsu, tapi panggilnya mak
geram aku dibuatnya...
mahu x hari-hari masing-masing mencari pasal

masuk Semester ketiga, juiciness kawan-kawanku mula terbayang
sweet-sweet buah katanya..hahaha
sehari x mengusik, alamatnya suramla kelas....

ada yang diusik..ada juga kaki mengusik
haihla penat

setiap sem, suka kenen-kenenkan katanya
kadang-kadang rasa, mungkin menjadi kenyataan
hanya menunggu khabar gembira..lagi 2 tahun oiiii nak grad
gambar-gambar juiciness dh banyak dikumpul
jangan risau...
juiciness kawan-kawan, aku tumpang gembira...
itulah mereka....sahabat susah senang 4 tahun bersama

here they are... =p


"The best part of life is when your family becomes your friends, and your friends become your family."

Tuesday 11 December 2012

Adab & Etika Kerja Berkumpulan

Assalamualaikum...

Makin ke depan perjalanan kita ini, makin ramai dan pelbagai karakter yang bakal kita jumpa
tambah-tambah lagi la bila ada group assignment, atau apa-apa aktiviti yang memerlukan usahasama dari setiap ahli kumpulan

Kadang-kadang terasa ringan bebanan kalau ahli kumpulannya menyenangkan
tapi kekadang terasa bebannya juga bila ada yang memusingkan pikiran..
hahaha

tapi itu normal kan?
ada lagi ni....
ada yang buat kerjanya slow and steady... rileks...rilekss....
ada jugak yang berlari x cukup kaki nak siapkan kerja
dan paling pasti, ada yang setakat goyang kaki

muhasabah diri seketika, aku ni under kategori mana r?
andai kata kita ini kerjanya goyang kaki, tukang angguk kepala semata,
apa kata kita masuk gear 2, dan involve secara separa aktif pun jadi la
daripada kita jadi parasit menumpang x sedar diri!!!! emo..emo

dan kiranya kita sedar ataupun di luar sedar yang gear kita tu terlebih lebih
maka eloklah tarik handbrek, hentikan kenderaan dan lihat side mirror sat
ada ahli kumpulan yang tercungap cungap nak ligan kita oiiiii
bertimbang tara la sikit... kot ya pun nak siapkan kerja awal
tapi jangan selfish.. ini la ketegori yang mampu membuatkan aku naik menyampah



Kesimpulannya di sini, jika dah berkerja secara berkumpulan tu
kenali dan fahami karakter setiap ahli kumpulan dahulu
supaya senang untuk masuk gear masing-masing nak buat assignment nanti
jangan pulak kita guna gear 1, sorang lagi gear 5, yang lagi sorang gear reverse!
hah sudah......
ok lah...
jumpa lagi!
hari ni cuti!!
bye-bye 
assalamualaikum~~~



p/s: jadikan kerja secara berkumpulan ini peluang untuk kita mengenali rakan-rakan sendiri, bukan sebagai batu loncatan untuk kita menumpang hasil kerja mereka   ^.^

Sunday 9 December 2012

KURSUS KAHWIN

Assalamualaikum semua..!!




Haaaaa...amacam tengok title entry kali ni?
gue bukan berangan-angan mau ke Kursus Kahwin, tapinya baru aja pulang dari kursus ni uolllsss
jangan jelly sama gue....
ahahaahaha..galaks + gelenya bunyiknya...
tapi itulah realiti feeling gue sekarang..rasa indah bangat..!!

oppsss..!! jangan ada yang salah paham deh,
gue bukan seronok kerna udah mau nikah..
emangnya belum ketemu jodoh lagik.. masih jauh jalan idup ini
apa yg gue bahgia..kerna dari Kursus Kahwin ini, gue bisa menilai persediaan diri ini
adakah udah cukup atau belum...
nyatanya...
hmmmmm....
itulah.....
gue masih belum layak kiranya....


ok..tukar channel Malaysia balik

Bagi yang berfikiran negatif pasal Kursus Kahwin ni..
meh nak tune balik mind set korang semua,.
x ada apa pun yang mengerikan p kursus ni, bukan ada tok kadi tunggu nk test ijab kabul ka, tanya rukun iman ada berapa ka.. part tu hampa tunggu la masa nk nikah nanti
Kursus Kahwin ni 'Kursus duduk + dengaq + makan' semata...hahaha
ada la jugak terselit part terlelap terpejam tu.. itu memang lumrah la kan

tapi yang sebetulnya, Kursus Kahwin ini membuka minda dan pemikiran kita supaya berfikir, bersedia dan bertanggungjawab dengan peranan masing-masing selepas berkahwin nanti
tak semestinya sesiapa yang nk berkahwin bulan depan ja yang harus pi kursus kahwin
bagi kita-kita ni yang duk tak duk sembang bab kahwin ngn kawan-kawan, dok makan cerita kahwin, dok mandi cerita kahwin, esok exam malam ni dok study pun dan lagi bukak cerita kahwin
pun rasanya sesuai pi kursus kahwin ni..
bukan sebab nk suruh kahwin awai.. tapi mendapat input-input yang sangat tersangat berguna utk kita-kita yang suka berangan ni..

Kursus Kahwin ni dibuat selama 2 hari, Sabtu dan Ahad (dari pukul 8 pagi - 5 ptg)
ada 8 slot ceramah, setiap slot 2 jam... bayangkan, macam nak tertanam tulang punggong aku kat kerusi oooiiii
pheww~
semua slot tu menceritakan perihal kahwin sampai la perihal nk bercerai
ada pasal urusan kewangan,akhlak, adab bila kahwin, komunikasi, prosedur nk kahwin, pengurusan kesihatan dlm rumah tangga





dan..
bagi yang berfikiran negatif pasal ustaz-ustaz yang bagi ceramah ni
meh nak tune jugak mind hampa.... depa ni sangat-sangat la lawak+kelakar+lucu!!!
xdak masanya aku nak tidur berdengkur-dengkur
nak pecah perut aku dengaq depa bagi ceramah
yang penting, niat kita tu.. p Kursus Kahwin nak dapatkan ilmu-ilmu.. bukan nak pi cari jodoh kat sana..
hahaahha


dan...dan....dan tolong la jangan nak buat assumption pulek
yang dah p Kursus Kahwin ni, memang beria nak kahwin
dan ada notis penting bagi lelaki-lelaki yang membaca entry kali ini
bagi anda masih runsing memikirkan kriteria dan sifat wanita yang anda inginkan sebagai seorang isteri... elok sangatlah jika anda join kursus kahwin ni... para ustaz tu memang kejanya 'membantai' kaum wanita dari awal slot hingga slot yang last...adehh~
siamang la, kaki kikis la, mengade-ngade la, emo la...
hahaha...macam-macam!!!
memang perempuan kejanya tersentap je la masa ceramah ni
huuuuuu..


tapi sangat best
x rasa menyesal atau rugi pun p Kursus Kahwin ni
weeeehhuuuuuu!!!!
lepas ni dah boleh kahwin!!
weehuuuuuu!!!

ok
sekian cerita dari saya
tunggu episod seterusnya (Kahwin pulek)  sambungan topik ini dalam 5-6 tahun akan datang
kehkehkehkehkeh
kalau ditakdirkan bertemu jodoh......
okbye
~
('',)

Thursday 6 December 2012

1st case presentation

Hemodialysis patient~


Inilah 1st presentation untuk Clinical
memang agak gerun untuk menelan butir-butir peluru yang bakal dilemparkan Dr. Nisak
dh nak hampir-hampir hypo dh memikirkan nk kena present case
pheww~
macam aku pulak nk p dialysis..nebes tahap gaban tau dak

Walaupun agak goyang lutut, tapi alhamdulillah...
Group aku berjaya memenangi hati para juri..cewaaaaaHHH!!
ahahahaha..
masa present case ni, kitorang combine dgn 3rd year,.
dan ditakdirkan presentation kami dipilih menjadi terbaik di antara yang terbaik
(ayat xboleh belah cik diba ni)..hahaha..tapi ini kenyataan!!!!

i shukeeee...!!!
hilang segala hypo, hilang segala excessive fluid yg padahalnya membuak-buak nk keluar sebelum turn kitorang nk kena present
xsenang duduk aku 2 hari 2 malam sebelum hari kejadian
macam-macam dalam fikiran masa tu

Eh, awat slide kami ni macam panjang gilerss dari group lain?

Kenapa depa punya simple-simple ja..mcm over ja slide kami ni...

hurrmmm...pasrah ja la..ready ja la nk kena fire pun, lagipun ni 1st time nk present case

serabut pala otak pikiaq macam-macam..
haha..padahal before ni bukan xpernah present.,ye dak?
lagipun masa asasi bab presentation ni memang hobi hujung semester pun..haha
tapi case presentation dh boleh diibaratkan seperti telur di hujung tanduk...
hahahahaha..apakah??
sila abaikan kalau xpaham sgt


gambaq masa aku present of course la xdak kan...
masa tu xdan nak pikiaq benda lain melainkan respons Dr. Nisak semata-mata
lepas dh present tu baru la terhegeh-hegeh nk tgkp gambaq..
hahaha

Mera group members hei...



Sebelum presentation,muka sorang-sorang cuak
tapi selesai ja presentation, ditambah dengan kepuasan hati para juri,. seri muka pakat naik habeh..hahaha
tapi apapun, case presentation x berakhir di sini...
ini hanya pengenalan...
bak kata Dr. Nisak, mereka cuba membantu sebelum kami mengorak langkah yang lebih jauh nanti
tapi sekurang-kurangnya langkah pertama kami ini dipenuhi dengan senyuman kegembiraan....yiipppiii!!!!
hahaha

ok la...jam laptop menunjukkan pukul 1.29 a.m
mata mulai pedih, tanda bantal dan katil mulai menyeru
hehehe
semoga berjumpa lagi esok lusa
Assalamualaikum..~





Tuesday 27 November 2012

Pengalaman atau pengetahuan lebih penting?

Assalamualaikum semua sahabat yang datang menjengah...  : )


Mana satu pilihan anda?
Pengalaman atau pengetahuan?

 Yang selalu kita dengar, Pengalaman mendewasakan kita
tapi dengan pengetahuan pun mampu mendewasakan kita juga..kan??


Ok...contoh yang menarik di sini
kita tahu nak bersalin itu teramat sakit...sakit..dan sakit
tapi macam mana kita tahu???
mestilah mendengar dari orang yang pernah mengalami situasi nak bersalin tu..haha

tapi cukup tahukah kita level kesakitan sewaktu bersalin itu tanpa kita merasainya sendiri?




jadi, tak salah kalau saya ingin dikatakan di sini..   
(memang x salah pun, blog aku..aku punya suka la..hahahahaha)
pengalaman itu lebih penting untuk memastikan pengetahuan yang sedia ada itu betul-betul mencukupi.

Sekadar kaya dengan pengetahuan semata-mata tidak mampu menjadikan kita berilmu. Tetapi pengetahuan berpandukan pengalaman membuatkan kita semakin berilmu.


Ya benar, sebagai pelajar, hanya pengetahuan sahaja yang dapat menaikkan CGPA kita
dan hanya dengan pengetahuan kita dapat menjawab exam dengan cemerlangnya

tetapi pengalaman + pengetahuan menjadikan kita lain dari yang lain
kombo set ini menyebabkan kita lebih berani dan yakin dengan pengetahuan kita itu

pengetahuan mungkin boleh di cari di dalam buku-buku
tetapi pengalaman hanya mampu dirasai jika kita yang menjejaki
itulah bukti betapa mahalnya pengalaman dibandingkan dengan pengetahuan semata-mata~



Pendakian ke puncak pasti hambar jika tidak menoleh kiri kanan seketika untuk menimba pengalaman demi mengukuhkan pengetahuan kita sebelum tiba di puncak.  
= )


Sunday 25 November 2012

Dah kalau semua aku kena jadi...

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali..!!
Walaupun agak suram dan lengang di sini, namun masih bernafas setidak-tidaknya kerpuk-kualiful ni..hahahaha  (sejak bila berhidung blog aku ni?)

Aku ada sedikit ketidak-puasan hati sebenarnya,
yang ingin dikongsikan dengan kamu semua..


hurmm..semester ini aku mengambil beberapa subjek yang menariknya,. lecturer-lecturer tersebut berkongsi kata azimat yang seakan-akan serupa.

U should know all of this because you will work for it later..!

Kelas Epidemiology
Apa awak semua ni..? itu pun tak tau, nanti uolls will be a part from public health people..jgn jadi katak bawah tempurung,
nanti u pergi bagi talk anywhere, people will laugh at you. You should know more about the current issues in Malaysia or anywhere more than other people


Clinical time..
How come dietitian-to-be dont know what the disease is all about? You should know beyond that.. nanti kalau patient tanya apa tu insulin resistant, how you are going to explain? You have to know how to explain things in easier language for your patient, and clinical way to the doctors.


Cooking meng-cooking
Macam mana uolls semua tak tahu nak bezakan ada berapa jenis pisang kat Malaysia? Nanti kalau supplier hantar stock at hospital, how you want to make sure that supplier tu x tipu kamu? Itu baru tanya pisang,. kalau saya tanya benda lain tu...Awak semua patut tahu semua ni, nanti awak yang akan uruskan. Understand?


Yeah!! only by thinking of this can make me calm...


dan..bila pulang memuhasabah diri,. terasa kekerdilan diri ini,
tapi masalahnya kalau everyday dilanyak sebegitu, makin kerdil la diri yang sememangnya kerdil ini..
hahahaha
apapun, bukan merungut.. cuma berkongsi secebis konflik dalaman yang membelenggu diri
selagi mampu, haruslah mencoba walaupun payah..
ye dak?
tapi dah update blog pasal ni, kiranya dah tak tertahan la tu..perlu diluahkan juga walau bagaimana cara sekalipun...hahaha
dah..nak stop,.makin panjang ngarutan ni nanti
ok la..jumpa lagi di lain masa
Wassalam~
('',)














Thursday 22 November 2012

Practical Session

Assalamulaikum.

Rupanya aku sudah hampir ke penghujung semester 3..
Ya, memang hectic hidup tahun ini.. apa pun, jauh lagi perjalanan ini
dan sebenarnya dah start practical secara 'kecil-kecilan' kat Hospital Serdang
HAH?? apo bondo..praktikal pun ada istilah 'kecil-kecilan' ka?

haruslah ader... maksudnya practical suam-suam kuku la..xda la 24 jam praktikal buat kt hospital..
ada time, still guna lab untuk praktikal..
huh,makin x faham ada la..hahaha.. *abaikan

buat apa jer kat hospital?
oh.. x buat apa pun, cuak ja lebih, praktikal terketar-ketar..cakap tergagap-gagap
hahahahahahaha!!!
itulah aku...


apa jer yg ko buat dengan pesakit tu?
sebagai beginner dietitian, perkara 1st yang terjadi adalah terkelu lidah, terbeku otak
haru sungguh..ada ka depan patient, berdiri kaku, xda tanya apa-apa... blup..blup blup
lepas 5 minit, semangat kembali ditiupkan.. fikiran kembali di daratan..
barulah kami mencoba-coba sebagai Dietitian lagaknya
itu pun kelam kabut

ya la wei, tapi soalan apa yg hang tanya patient??
pastilah soalan berkaitan dengan pemakanan dan sakit patient tersebut. tapi x sesimple itu... untuk master pasal sakit-makit ni, kena arif pasal ubatan patient juga, biochemical data patient pun perlu take note.. barulah kita tak dikelentong oleh pesakit yang sememangnya sakit tu.


tapi sejujurnya, aku baru di anak tangga bawah.. bertingkat-tingkat lagi perlu didaki untuk sampai ke puncak. Practical session yang suam-suam kuku ini membantu meningkatkan lagi kemahiran dan ketekunan aku untuk belajar untuk faham, bukan belajar untuk peperiksaan.


ending kisah hang dan patient apadia?
dah tengok group aku ni nazak sesangat.. jadi bantuan pun tiba tanpa diminta
hahaha,. dietitian datang menghulur bantuan dan senapang dipegang
memang kena bantai ler.. agak tersentap dan terkesan di situ
tapi apa pun,mmg salah sendiri.. we are not well prepared..

so, the same moral of the story yang aku dapat.. bersedia sesedianya untuk practical..
kalau tidak.. beginilah jadinya...
ok..
that's all~
bye..
: :  wassalam   : :


RUSHDA

Tahukah?

Apabila terjumpa atau ter-serempak dengan nama sendiri di laman sosial itu gumbira?
Not trying to google or searching in the Facebook or Twitter
tapi kebetulan.. ya, kebetulan..
kebetulan itu menggembirakan


Thursday 15 November 2012

alkisah alkidal

Assalamualaikum.

Dilahirkan mempunyai keistimewaan mampu menulis menggunakan tangan kiri adalah satu kelebihan.



BUKTINYA?
|
|
|
V

Hanya orang kidal mampu makan dan menulis/menaip dalam masa yang sama..KAU MAMPU?? hahahaha


Adalah lebih afdhal bagi si kidal mengupas buah memandangkan pisau dipegang menggunakan tangan kiri manakala buah yg ingin dipotong di tangan kanan.. KAU PEGANG TANGAN MANA?? ^.^


Difahamkan orang kidal ini kreatif dan pandai melukis walaupun masih belum terbuki kesahihan pada aku ini..hahahahaa


Dan yg jelas terbukti, sukar bagi si kidal apabila ingin mengambil darah dari tangan kanan. Urat x timbul-timbul oiii......percayalahh


Majoriti si kidal cenderung memakai jam di pergelangan tangan kanan.


Walaupun si kidal diajar dari kecil untuk menulis menggunakan tangan KANAN, tetapi kebanyakan kerjanya tetap menggunakan tangan KIRI, hanya menulis semata guna tangan KANAN.


Sukar si kanan mengajar si kidal bermain gitar,.melainkan si kidal yg mengajar si kidal bermain gitar.


Apabila di dalam kelas, si kidal memilih untuk duduk di sebelah kiri kelas agar tidak bertembung dgn tangan si kanan yg lain semasa menulis  : )



p/s: kalau bakal suami pun si kidal..wah..!!!! memang anak-anakku nanti semuanya si kidal berkidal la jawabnya..hehehhee

Sunday 11 November 2012

just to share this



nice kan?
haha..okbye

mood: x sabaq tunggu dpt kak ipaq dh ni...hahahaha


Friday 9 November 2012

Living a Hectic Life

Assalamualaikum.

Selesai sudah 2 subjek untuk Test 2 ni...
dan bermulalah mid-sem break yang dinanti-nanti
tapi penantian semester ini agak berbeda dengan sebelumnya..
apakah perbedaan itu?


  1. Selalunya ku pulang berbekalkan laptop dan beg pakaian semata, namun kali ini kepulangan ku disertakan dengan assignment, lab report, case study, kerja-kerja amal jariah yg harus aku laksanakan
  2. Sejak Asasi, belum pernah haku mengangkut buku utk ditelaah di rumah, tetapi telah tiba masanya untuk  aku membawa pulang salinan buku Metabolism yg baru dicetak rompak sebentar tadi (photostat la bahasa mudahnya..hahaa)
  3. Kebiasaannya, satu malam sebelum aku bertolak pulang, marathon movie sering ke udara mengisi masa-masa senggang yang gilang gemilang. Tapi kini hanya tinggal kenangan.. sob..sob..sob




itulah kehidupan baru aku sekarang, yang harus ditempuhi dengan sabarnya
Namun syukur, kudratku masih mampu mengharungi ranjau dan liku dalam kehidupan
(ayat novel best-seller ni mak jemah oiiii!!) 
hahaha..

apapun, esok bakal berangkat pulang.. dan aku terfikir,
Mungkin masa terluang dalam bas selama 5-6 jam esok mampu aku isi dengan menyiapkan salah satu kerjaku?  (believe it or not, sampai tara tu la...)

hahaha.. apapun,selamat cuti sekolah..selamat deepavali, selamat menyambut awal Muharam
and last but not least,. selamat tinggal..huhuhu
yeye...esok balik..qindu kat budak-budak kecik kt Kedah nuh... <3
BYE BYE!!!
Pulun mentelaah sampai 2 pagi, x gempak mana pun jawab tadi hah...


The moment you feel like giving up, remember all the reasons you held on for so long.  :)

Tuesday 6 November 2012

Kesempurnaan



Memang manusia tidak pernah lari dari kealpaan dan kelalaian
dan siapakah aku ini jika dibandingkan dengan kamu semua
apapun, aku bersyukur sekurang-kurangnya aku tersedar dari kealpaan ini

bukan hanya dengan satu keazaman di bibir mampu memperbaiki kelalaian ini
ketahuilah hati perlu bersatu dengan minda, diikuti dengan perbuatan


Sungguh,
aku mudah lupa, jadi ingatkanlah sentiasa di kala aku terlupa
bertambah ilmu yang ku dapat.. lagi membuatkan diri tersedar
jauh berliku perjalanan ini
tidak semudah yang ku sangka

baru ku sedari apa yang aku fahami selama ini ada silapnya..
aku rasa mungkin aku sudah terlambat, dan tidak mampu membetulkan kekurangan
tapi sebaliknya
semoga masih ada waktu untuk aku...


"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk, rupa dan harta benda kalian, tetapi Allah memperhatikan hati dan amal-amal kalian". [HR. Muslim. 


Monday 5 November 2012

Food Experiment

Assalamualaikum.

Untuk semester 3, salah satu subjek yang membebankan dan memerlukan konsentrasi adalah subjek 'Food Experiment'.
Jika semester lepas, resepi diberikan, bahan-bahan disediakan tapi kali ini lebih memerlukan pemikiran kreatif dan kritis..haha

Apa yang perlu dilakukan utk kelas ni?
-mencari resepi berdasarkan topik minggu tersebut
-me-modified-kan resepi tersebut dgn modification yg telah diberikan
pastu siapkan sensory form..utk penilaian kita punya resepi nanti
paling penting, masak ler..apa lagi yg paling penting utk subjek ni
lepas masak,kena sediakan sample utk sensory pulak hah!!
dalam masa yg sama, kita sendiri pun kena jadi sensory utk group lain
banyak gilersss kan?

utk pengetahuan am korang semua,
objektif utamanya nk tgk,resepi yang kita modified tu berjaya ke tak..
tapi, kebiasaannya,.keh3...
modification itu hanya menjadi mimpi ngeri..huahuahua
jarang-jarang sekali utk modified sesuatu yg sudah sebati dgn diri kita
SETUJU?





ha...here's the contoh.. (apakah??)
sesiapa yg jadi panellist,dipersilakan duduk dan makan.. (best kan?)
pastu masa makan, sambil-sambil tu kena la isi form kt sebelah tu hah..
itulah yg dipanggil 'sensory form'.. kita x tahu yang mna satu original recipe,
tapi group members ntok recipe tu tahu ler..
hehhehe

selalunya,kumpulan aku mengambil langkah keselamatan agar tidak banyak masalah timbul 
kami akan cuba sehabis baik utk memilih resepi yang simple dimple utk setiap minggu.
Contohnya seperti di bawah ni..
haa...SIMPLE GILERSS KAN??
biar simple, asalkan sedap..
hahahaha...


sonang kan? sat ja nk masak pun

pejam mata pun boleh siap ni..haha



agak penat la untuk lab ini..penat masak, penat makan, penat membasuh,penat buat lab report..
tapi best la jugak!!huhu..
betul la jugak kan,sampai bila org nk suap kita ja..
sampai bila nk tunggu ja resepi tu jatuh dari langit, memang x la
sekali sekala kena la bersusahan, untuk kepentingan sendiri jugak suatu hari nanti
walaupun penat, sempat ja nk bergamabr sekali sekala..
huhu

with Abi

saja nk menyibuk..huhu

our lecturer..garang oiii

Kak Asiya,looks like Malaysian rite?hehe

Sayonara,jumpa lagi
ingin kembali ke pangkal jalan
study jom!!



Sunday 4 November 2012

Saya Peniaga Junior

Assalamualaikum.

Walaupun dah berlalu, tapi x salah kan nk update pun..kan?
blog saya, suka hati saya la nak update cerita kurun ke berapa pun
huhu...gurau jewwww...
-,-'''

disebabkan stress search ntok assignment Epidemiologi sebentar tadi,
ditambah dengan lecture notes yang masih belum habis ditelaah untuk test
jadi dengan slamber-nya saya mengambil kesempatan ini utk berceloteh ka sini
eh,suka hati saya la, blog saya kan...

xda apa pun aku nk update,.
tajuk entry kali ni dh menceritakan segala..
so,sekarang,biarlah gambar pula menjelaskan pula











Summary of this picture:
- Aku dan roomate sibuk menyiapkan ala-ala poster utk jualan sampai 2-3 pagi
-last2 hujan,.terbang habeh manila card,.pasrah dan menyerah ja la
- Pada hari kejadian, kami menjual nuget dan goreng2 yang sewaktu dgnnya, rojak, kek,mufin


Itu sahaja...
tq..
hahaha...



Sunday 28 October 2012

Bahagia kita serupakah?

Assalamulaikum..

Sebelum kaki menjejak ke UPM, haruslah sebanyak mungkin menghiasi ruangan ini agar kelak tidak dikata kosong tak berpenghuni

Selalu terimbau kenangan zaman lalu, zaman bersekolah dgn rakan se-jantina..  
(skema habeh dh ni)
dan juga kenangan di zaman kanak-kanak riang
memang semua itu kenangan terbaik buat diriku!!
aku GEMBIRA!
aku BAHAGIA!!

tapi semalam bagai dikejutkan dari angan-angan indahku ini
baru ku tahu, bukan semua orang mengapai kenangan itu semudah yang aku sangkakan
aku begitu mudah menikmati keindahan zaman kanak-kanak
tetapi ada yang perlu berusaha untuk mendapatkannya

tersentak hati setelah mengetahui perkongsian ini
makin menyedarkan aku, kegembiraan luaran yang ditonjolkan tidak semestinya melambangkan kebahagiaan dirinya yang sebenar.




aku gembira dan berterusan gembira, apabila datangnya masalah atau bencana
aku jatuh, dan cuba untuk bangun semula...
tetapi dia pula, masalah datang tanpa diduga, jatuh dan cuba bangun semula hanya untuk mendapatkan secebis kegembiraan itu...

Alpanya aku kerana hanyut dengan dunia sendiri

Saturday 27 October 2012

about BONGSU again

Assalamualaikum.

Kepulanganku sempena Raya Haji kali ini disambut lebih meriah daripada sebelum ini
padahal raya haji tahun lepas x balik pun..hahaha
tahu kenapa?

Kalau exam kali ni dapat no. 1, kakak bagi hadiah...sebut ja nak apa!

dan..
ditakdirkan nasib menyebelahi
pertama kali sejak dari darjah 1, hingga kini iaitu darjah 5
beliau berjaya mendapat tempat pertama   *OMG...
kopaklah kakak beliau jawabnya


disebabkan semua kakak-kakak dan abang beliau tidak menetap di rumah..keh3
lebih jelas lagi, 2 org dk asrama, lagi 2 di perantauan
jadi setiap kali kami pulang, beliau menjadi sasaran melepas rindu dendam
walaupun ku tahu beliau bukanlah lagi baby yg kecil comel..
tapi beliau tetap comel di mata kami semua

seronok menjadi bongsu seperti beliau
acap kali menang jika bertelagah dengan abang kakak
jika itu yang beliau inginkan, itulah yang akan dapat
jika handset abang yang dia mahu, sampai nangis2 merajuk pun mampu
yakin ada yang membela nasibnya itu
ayat x menahan, but it's true 

along,mai sat handset..nak main game.. (dh sebak,along xbagi)                               apa yang pasti, akan datang pembela nasib membantu beliau

bukan beliau seorang sahaja
mungkin genetically daripada ayah (si pembela nasib beliau)
bongsu juga la katakan
usai mengkhabarkan kepada adinda-adinda di kampung bahawa ingin pulang menziarah
masing-masing sibuk memasak..lauk kegemaran disediakan
ikan pekasam, daging cicah ayaq asam, dan macam-macam lagi
mungkin... inilah lumrah anak bongsu tersayang

suatu hari nanti,mungkin aku juga akan begitu
mendengar khabar beliau ingin datang,
pantas disediakan apa yang disukai, apa yang digemari



bantal busuk menjadi rebutan
perut selesa menjadi idaman
gigi besar menjadi taruhan
pipi comel menjadi sasaran

it's all about my BONGSU...




p/s: kamu yang di Indonesia, usah nangis-nangis ya..saya mendengar luahan rindu kamu semua...hehehhee

Thursday 25 October 2012

untuk apa bertemu

Assalamualaikum..

jika kita sudah berada di hadapan, tidak salah menoleh melihat apa yang berada di belakang
tapi hanya sebagai peringatan dan pedoman
jangan pula kita berhasrat untuk melangkah ke belakang kembali

untuk apa kembali jika bukan untuk kebaikan
pergilah jauh dari sini
lebih baik jika tidak bersua kembali




Wednesday 24 October 2012

Hati Sayu

Assalamualaikum.


Tidak pasti sama ada normal atau abnormal bagi seseorang itu mengalami simptom 'kesayuan hati' sekurang-kurangnya sekali dalam satu bulan
Tapi yang pasti, itulah yang terjadi kepada tuan tanah Kerpuk-kualiful



motif?
kadang-kadang tidak pasti apakah ertinya hati ini menjadi sebegitu lemah
mungkin rindukan mereka di Kedah
atau terkenangkan kealpaan diri saban hari
barangkali penat belajar?
rasanya kerana menghuni planet tanpa air..mungkin
konklusinya, segalanya berlegar di minda setiap ketika



Apapun, perlu bagi kita mencuba menjadi sekuat mungkin
dari dulu, itu yang selalu mama titipkan
dan mungkin kerana itulah juga i am who i am today..


cara terbaik bagiku, luahan rasa hati supaya dapat mengubat sakit ini
jika tidak mampu kepada mereka di sekeliling, di sini juga bisa mengurangkan bebanan ini


sabar hati..
Khamis makin dekat,
semoga kepulangan ke Kedah bisa melenyapkan rasa ini
tapi sebelum itu, kuatlah hati
mari sama-sama kita hadapinya





Saturday 20 October 2012

Mukadimah Semester Tiga

berlalunya test 1 bukan penentu segalanya lagi...
cabaran Clinical masih menanti..adakah kami masih ditakuk yang lama?
insyaAllah kami mencuba

memang perjalanan Dietitian-to-be makin terasa peritnya
sukar digambar, sukar dicerita
hanya hasil nukilan bukti segala

ingin menjadikan kami lebih dewasa awal berbanding mereka?
baiklah..kami akan mencuba
aku tahu, ini yang terbaik yang ingin dilakukan oleh lecturer semua
subjek Tahun Ketiga, dijadikan subjek Semester Ketiga
terlalu awal belajar, banyak kecelaruan aku rasakan

masa bergembira perlu dilupakan seketika
tiada lagi zaman bercerekarama atau berdrama
belajar kerana ingin tahu, bukan lagi seperti dahulu
bersuka ria x kira waktu

dan kemudian.., Final Year Project pula menanti tahun hadapan
ya..aku perlu bersedia

apapun, minat membantu aku untuk meneruskan perjalanan ini
semoga selamat tiba ke destinasi
walaupun tidak mampu memberikan yang terbaik, tapi aku akan cuba untuk melakukan sehabis baik
bukan untuk orang lain, tapi demi kebaikan sendiri

hati, tabahlah mengharungi perjalanan ini
kita tidak keseorangan..
rakan seperjuangan sentiasa di sisi



walau perit dan pahit semakin dirasai, tapi tiada halangan jika mereka menemani
sungguhpun tidak pasti apa yang menanti, tapi yang pasti kamu semua di sisi...

Monday 15 October 2012

Mengejar impian atau mengejar bayang?

Assalamualaikum..

Kalau tersalah laluan, tersilap simpang masih boleh u-turn.. banyak lagi jalan untuk berpatah balik
tapi andai sudah tersalah haluan menuju impian, makin perit perjalanan itu kerana tiada u-turn untuk kita memulakan semua perjalanan ini
langsaikan satu persatu impian kita, dan bukan gopoh untuk merebut semua..



sejak bayi pun,satu persatu yang kita tempuhi
bukan selepas lahir ja, terus sibuk belajar berlari..ye dak?
kita bermula dengan meniarap, kemudian belajar merangkak, lama-lama baru pandai berdiri, itu pun masih terjatuh..selepas pandai berjalan, barulah mampu berlari..



begitu juga dengan kehidupan dewasa kita ini
kita mulakan dengan belajar. Belajarlah sebanyak mungkin yang kita mampu
kemudian baru melangkah ke alam berkerja, dan kita teruskan lagi langkah kita dengan impian atau angan-angan kita untuk membeli kereta,rumah dan sebagainya.

apa terjadi jika seorang bayi yang baru mampu merangkak ingin terus bangun berlari?
pastinya tersungkur bukan? kerana masih banyak langkah yang perlu si kecil comel pelajari..
sama sahaja dengan kita yang sudah besar ini..
jika kini kita hanya perlu belajar,menuntut ilmu, maka lakukan dengan bersungguh-sungguh
jangan pula kita rasa ingin lebih advance dari orang lain
belajar dan bekerja dalam satu masa??
2 komitmen yang besar dalam satu masa??
mampukah....?? tidak tersungkurkah kita



Jangan sampai mengejar impian, kita terlepas detik-detik yang harus kita rasai sepanjang kehidupan ini
dan jika itu berlaku, apa sebenarnya yang dikejar?
impian ataupun hanya bayang-bayang?
Renungkan wahai hati..



Wednesday 10 October 2012

Siapa bakal pasangan kita..?

Assalamualaikum..


selalu kita dengar, "orang yang baik akan mendapat jodoh baik dan sebaliknya pula bagi mereka yang tidak"
apakah definisi BAIK dalam konteks menilai siapa bakal pasangan kita kelak?

Sebaik manakah bakal pasangan kita?
Jawapan ada pada diri masing-masing.. tepuk hati,jawapan sedang menanti

Cukup baikkah diri ini?
Sejauh mana kita menjaga hati ini?
Terdapat batas atau tidak dalam kehidupan kita?

Apabila dinilai kembali, banyak lagi lubang kekurangan..
perlu segera kita tutup dengan sebaik mungkin
melakukan kesalahan itu tidak salah, tetapi mengulangi kesalahan itu amat salah!!

Jodoh hanya tiba apabila kita sudah bersedia
apabila lubang-lubang kekurangan semakin berkurangan




Mereka yang sudah berjaya, pastinya gembira
kerana jodoh itu telah tiba..
tetapi jangan kerana itu, lubang lama dahulu kembali terbuka

ingin hati ini menjadi seperti itu
tapi ku mengerti, jauh lagi perjalanan ini,
jika dibandingkan dengan mereka yang hampir ke situ



Ku doakan.. sempat diri ini menutupi kekurangan diri sebaik mungkin sebelum ditemukan dengan bakal pasangan pada masa depan..
dan semoga dia juga dalam usaha untuk memperbaiki apa yang kurang dalam diri sendiri..

Baru kini ku mengerti,
bagaimana jodoh itu datang mencari
apabila matangnya hati, kemudian pasti ada yang menanti.......



Sunday 7 October 2012

Serius nk update

Assalamualaikum.

Sumpah nk update blog...tapi mungkin otak tepu sangat buat masa ni ..xmampu melontarkan kata

tapi hanya mampu singgah sebentar di sini mengatakan

saya masih di sini!!!!!

tapi tidak mampu memuntahkan sejuta cerita buat masa ini..


Saturday 22 September 2012

UNDI ANDA RAHSIA..

Assalamualaikum...


Pada jam 7.00 petang bertarikh 22 September 2012 aku mencoret..
bukan kerana aku suka mencoret pada ketika senja begini..
tapi dek kerana tiada air untuk mandi
lalu aku pun mengisi ruang waktu yang sunyi ini
walaupun tiada siapa pun yang peduli


sibuk di muka buku
UNDILAH SAYA... MANIFESTO ITU..MANIFESTO INI
sibuklah kalian..asal jangan nk menyibuk dekat aku sudah la
jika sebelum ini, kenal tapi x pernah pun add di muka buku
tapi semakin hampirnya pilihan-beraya, rajin pula nak add friend ye?
^.^


itulah manusia
ada kepentingan, baru sibuk berkawan
berkawan pun atas dasar mengundi tu jerr?
maaf ler, memang awal2 lagi aku x approve

siapa cakap pilihanraya ni teruk?
siapa bilang mpp gila glamer...
siapa kata undi itu x ada kebaikan

cuma siapa cakap aku nak mengundi
dan siapa pula yang bilang aku suka undi-mengundi ni
tiada siapa kata aku suka berpolitik

hahaha..apa la punya ayat..
pening~pening~pening
apapun.. duniaku bukan dunia politik
i dont hate it but i just dont like to talk about it


thats all~
sayonara~

p/s: saya akan mengundi anda sekiranya anda mencalonkan saya menjadi ketua mpp...wahahaha
erghhhh....plis la..



Sunday 16 September 2012

Apa khabar semester baru?

Assalamualaikum semua...

Macam mana dengan kehidupan anda di semester baru?
untung la.. mesti dapat lecturer baru..hensem pulak tu..
ada jugak yang dapat classmate baru..senior..sweet pulak tu..
kehkehkeh...

atau nasib anda semua ni sama macam saya?
dapat classmate yang sama ja dengan semester lepas, bising, dan paling xtahan, xda sorang pun yang hensem.BLUP3..
hahahahahahaha  -,-'   *abaikan..


Betul la kata orang, makin bertambah semester, makin terasa tough kos kita tu, ye dak?
dan bagi aku,. untuk semester ketiga ni
dah makin kecil skop belajar nye jugak..
dan semua subjek kalau xda word 'MAKANAN' memang xsah..

dan tidak sah jugak untuk aku katakan, semester ini lagi mencabar bagi aku
ada subjek yang 4 kredit,.
jadual pack, tapi nasib la pack berselang-seli
kalau isnin free, hari selasa tu ready la..dari pukul 8 pagi sampai 5 petang.. phewww~
x cukup dengan itu, semester ni jugak dh mula menjejak kaki ke Hospital Serdang
moga ditabahkan semangat belajar aku untuk semester 3 ni...


awal sem ni, topik bualan paling hangat is ---> Bila biasiswa JPA nak masuk ni?
mana tak nya.. buku-buku rujukan nak kena beli
yang paling syok,. medical dictionary pun nk kena beli jugok
ntah sapa la yang rajin sangat p jual buku-buku mahal-mahal..haih
bankrap awal la jawabnya semester ni
bajet nak beli buku pun ada la dalam RM 380 ++
(hah?? buku apa ja si diba ni nak beli..mahal gilerrssss)
haaaa...tau xpa!!!

so, konklusinya di sini..
duit JPA xboleh joli sakan dah macam semester lepas
simpan simpan simpan!!!!

dan konkusinya juga, blog maybe xupdate selalu
busy busy busy!!!

sayonara~~