kaWan...

Saturday 22 September 2012

UNDI ANDA RAHSIA..

Assalamualaikum...


Pada jam 7.00 petang bertarikh 22 September 2012 aku mencoret..
bukan kerana aku suka mencoret pada ketika senja begini..
tapi dek kerana tiada air untuk mandi
lalu aku pun mengisi ruang waktu yang sunyi ini
walaupun tiada siapa pun yang peduli


sibuk di muka buku
UNDILAH SAYA... MANIFESTO ITU..MANIFESTO INI
sibuklah kalian..asal jangan nk menyibuk dekat aku sudah la
jika sebelum ini, kenal tapi x pernah pun add di muka buku
tapi semakin hampirnya pilihan-beraya, rajin pula nak add friend ye?
^.^


itulah manusia
ada kepentingan, baru sibuk berkawan
berkawan pun atas dasar mengundi tu jerr?
maaf ler, memang awal2 lagi aku x approve

siapa cakap pilihanraya ni teruk?
siapa bilang mpp gila glamer...
siapa kata undi itu x ada kebaikan

cuma siapa cakap aku nak mengundi
dan siapa pula yang bilang aku suka undi-mengundi ni
tiada siapa kata aku suka berpolitik

hahaha..apa la punya ayat..
pening~pening~pening
apapun.. duniaku bukan dunia politik
i dont hate it but i just dont like to talk about it


thats all~
sayonara~

p/s: saya akan mengundi anda sekiranya anda mencalonkan saya menjadi ketua mpp...wahahaha
erghhhh....plis la..



Sunday 16 September 2012

Apa khabar semester baru?

Assalamualaikum semua...

Macam mana dengan kehidupan anda di semester baru?
untung la.. mesti dapat lecturer baru..hensem pulak tu..
ada jugak yang dapat classmate baru..senior..sweet pulak tu..
kehkehkeh...

atau nasib anda semua ni sama macam saya?
dapat classmate yang sama ja dengan semester lepas, bising, dan paling xtahan, xda sorang pun yang hensem.BLUP3..
hahahahahahaha  -,-'   *abaikan..


Betul la kata orang, makin bertambah semester, makin terasa tough kos kita tu, ye dak?
dan bagi aku,. untuk semester ketiga ni
dah makin kecil skop belajar nye jugak..
dan semua subjek kalau xda word 'MAKANAN' memang xsah..

dan tidak sah jugak untuk aku katakan, semester ini lagi mencabar bagi aku
ada subjek yang 4 kredit,.
jadual pack, tapi nasib la pack berselang-seli
kalau isnin free, hari selasa tu ready la..dari pukul 8 pagi sampai 5 petang.. phewww~
x cukup dengan itu, semester ni jugak dh mula menjejak kaki ke Hospital Serdang
moga ditabahkan semangat belajar aku untuk semester 3 ni...


awal sem ni, topik bualan paling hangat is ---> Bila biasiswa JPA nak masuk ni?
mana tak nya.. buku-buku rujukan nak kena beli
yang paling syok,. medical dictionary pun nk kena beli jugok
ntah sapa la yang rajin sangat p jual buku-buku mahal-mahal..haih
bankrap awal la jawabnya semester ni
bajet nak beli buku pun ada la dalam RM 380 ++
(hah?? buku apa ja si diba ni nak beli..mahal gilerrssss)
haaaa...tau xpa!!!

so, konklusinya di sini..
duit JPA xboleh joli sakan dah macam semester lepas
simpan simpan simpan!!!!

dan konkusinya juga, blog maybe xupdate selalu
busy busy busy!!!

sayonara~~

Saturday 8 September 2012

K.E.L.I.R.U

Assalamualaikum semua...

Pernah terjadi dalam hidup anda..? Terasa keliru tatkala berdepan dengan dua pilihan. Yang mana satu harus dipilih. Ataupun pernah terkeliru dengan suara hati anda sendiri?



    Manusia ini dicipta dengan seribu satu perwatakan dan peribadi. Dilihat seperti dia itu nakal, jahat, samseng walhal hanya luaran semata-mata. Dipandang mereka itu rajin, bertakwa, beriman tetapi lain pula azalinya.

   Siapa yang sering keliru? Haruslah kaum hawa yang sering bermain dengan emosi dan perasaan. Jika Adam terlalu mengambil berat, dikatanya Adam sukakannya. Terima mesej dari si dia, disangka pula 'caring' giler... disapa di Facebook   ataupun  Twitter, diingat pula rindu kitewww lettewwww....

   Apa benar sangkaan kamu itu,Hawa? Begitu hebatkah dirimu itu? Terfikirkah kamu, mungkin Adam bersikap sebegitu dengan semua rakan perempuan di Facebook dan Twitter? Apa keistimewaan kamu hingga mendapat layanan sebegitu?



    Keliru dengan rasa hati bisa membinasakan hati kecilmu. Keliru dengan suara hati mampu membataskan persahabatan suci itu. Keliru dengan sentuhan hati juga dapat menggoyahkan seluruh jiwamu.

   Hawa impikan yang terbaik untuk dirinya. Seorang yang mengambil berat,penyayang, seperti Adam. Tetapi terfikirkah Hawa, Adam juga impikan yang terbaik untuk dirinya sendiri. Tidak mungkin Adam mahukan perempuan 'syok sendiri'... ('',)

   Oleh itu, usah terkeliru dengan sesuatu yang belum pasti kepastiannya.

Thursday 6 September 2012

Sindrom Anak Kedua ^.^

Assalamualaikum stalker-stalker kesayanganku..!!

Terlintas sejenak masa tengah menonton tv tadi ni..
tetiba teringat nak update blog pasal keunikan dan speciality menjadi anak kedua dalam keluarga. Well, memandangkan 80% dari rakan-rakan saya sama ada di peringkat menengah mahupun universiti terdiri daripada anak kedua, jadi persamaan watak dan keperibadian agak ketara di situ yer..  ('',)
Apa yang dicoret berdasarkan pengalaman dan pemerhatian semata-mata...



Berdikari tetapi DEGIL
FAKTA PENTING,.--> Sikap degil agak terserlah dalam diri anak kedua ini.Kedegilan anak kedua ini selalu membolehkan mereka mempertahankan pendapat mereka sendiri. Tak gitu anak kedua? hehe..  Tetapi kedegilan mereka ini tidaklah mendatangkan pelbagai masalah kepada ibu bapa kerana dalam masa yang sama, anak kedua ini mampu berdikari dalam menyelesaikan atau menguruskan hal kehidupan sejak kecil lagi. Mereka berdegil mempertahankan pendapat, tetapi tetap beralah jika sesuatu yang lebih logik disuarakan orang lain.




Gemar berbelanja

Part ni la paling i loikee!!  Sikap gemar berbelanja secara berterusan ini dapat dilihat dalam diri anak tengah dan anak bongsu. Kebanyakan anak kedua juga mempunyai sikap gemar berbelanja ini. Tidak kisahlah untuk apa wang tersebut dibelanja sama ada untuk makanan, pakaian, gadget, mahupun keperluan lain. Yang pasti, mereka (termasuk i la yer)  pastinya ghairah berbelanja tanpa menyedari perbelanjaan itu telah melebihi bajet sebenar.



Suka menyendiri
Ini bukan bermaksud bahawa anak kedua ini seorang yang anti-sosial.. OH TIDAK... suka menyendiri ini beerti mereka lebih banyak menghabiskan masa terluang seorang diri. Memang mereka layan Running Man, cerita korea, baca novel atau sebagainya tetapi anak kedua lebih cenderung melakukannya secara sendirian. Jika mood untuk berkongsi gelak ketawa itu hadir, anak kedua ni ok ja...haha.  Dan tidak lupa, terdapat sesetengah anak kedua lebih suka menyendiri di dalam bilik. Entah apa yang dilakukan mereka tetapi bagi mereka, bilikku..privasiku...kehkehkeh



Cepat terasa
Menjadi kebiasaan sejak kecil lagi, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian baru untuk anak sulung dan anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh kakak atau abang mereka. Hal ini biasa terjadi jika perbezaan usia mereka adalah dalam 2 3 tahun. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan anak kedua lebih cepat terasa dan mengalah. Jika dibandingkan dengan anak sulung, anak kedua lebih mudah mengalah dan bertoleransi dalam sesuatu hal. Sementara anak sulung ingin selalu menang dan agak tinggi egonya berbanding anak kedua.






So, kepada anda-anda yang merupakan anak kedua.. jangan dok qenyih sangat la sorang-sorang depan laptop tu. Ini fakta bukan auta. Tidak semua anak kedua mempunyai personaliti sebegini,. tetapi inilah yang dikatakan sebagai sindrom anak kedua. Jadi, sedar-sedar la diri tu yer..hahaha
Hee  :)  K.Bye


Monday 3 September 2012

mudah Mentafsir dan Menilai

Assalamualaikum.


Ternampak dia sibuk ber-TWEET dengan si dia
- dikata mereka berbahagia, ada apa-apa
- skandal baru nampaknya
- nampak sweet ja tgk dia dan si dia


Sering terima new message di FACEBOOK dari kawan lelaki
- dia ni minat aku ka?
- pantang nampak aku online,mesti tegur punyalah  =)
- malu la aku macam ni kalau selalu  ('',)


Kawan TWEET something berbaur kesedihan
- dia ni mesti baru break ni, ayat pasrah semacam ja ni
- mesti datang bulan ni...baik jgn reply tweet dia
- hmm,biasa la dia tu.. FOREVER ALONE la katakan..memang la


Kawanku komen ngn kngkawan lama dia kt FACEBOOK bahasa macam kasar gila
- diorang ni mesti dulu-dulu geng samseng ka, geng along ka..
- xda adab langsung ka diorang ni?
- kalau berkawan ngn diorang ni, memang rosak la aku..



APA YANG ANDA FIKIRKAN??

Laman sosial tidak boleh dijadikan kayu ukur peribadi atau kehidupan seseorang manusia.
Sungguhpun kita melihat dia begitu talkative dalam laman sosial, namun itu tidak bererti dia 100% sebegitu di alam nyata ini.

Kita melihat mereka begitu ramah bertweet,bertegur sapa di Twitter mahupun Facebook, tetapi ini tidak bermaksud mereka itu sesuai menjadi pasangan yang sweet-sweet seperti yang anda selalu bayangkan.

Manusia tidak boleh dinilai melalui laman sosial yang kini menjadi medium komunikasi terpenting di Malaysia.
Jadi, apa yang anda stalk atau apa yang anda rasai itu sendiri tidak membawa sebarang erti kerana itu bukan realiti sebenarnya.





p/s: anda bagaimana?  ^.^