kaWan...

Monday 31 December 2012

Symptom Final Exam

Assalamualaikum.


symptom final exam mula menunjukkan diri mereka
secara kasarnya.. kadar perbualan secara lagha semakin berkurangan 
terutama bagi mereka yang benar-benar ingin melakukan yang terbaik kali ini

tidak kurang juga, secara otomatiknya sikap pelajar cemerlang mula kelihatan
antaranya?
-mind map segala bagai, sikap banyak bertanya dan  sikap ingin tahu
-amalan murni seperti perbincangan dua hala mula wujud, mengukuhkan memori uoolllsss

dan yang paling drastik dapat dilihat adalah.. di keheningan pagi, tandas-tandas busy menerima kunjungan
wahaha..nebesss weyhhh
berapa kali ulang masuk toilet pun xtau la!!

tapinya
usai sahaja 2 paper pada hari ini
di malam hari marathon cerita pun bermula
perbincangan secara 'movie conference' segala bagai kononnya
sempat pulak mengukuhkan memori dgn meng-update belogg ni

itu adalah symptom-symptom yg normal bagi pelajar yg mmg sejak azali caranya begini
dan bila esok hari..
rasa penyesalannnn itu berbuku-buku, membuak-buak dalam hati
kalaulah aku belajar semalam........

setuju?
anda begitu?
tidak?..ok, pegi jauh2..kita bukan kawan.
bye.


Tuesday 25 December 2012

Bayang-bayang

Assalamualaikum.




Jadilah dirimu tanpa dibayangi bayang-bayang sesiapa

Tidak puas nikmatnya andai diekori bayang-bayang

Siapapun kita, bukan mereka yang menentukan

Teruskan dengan kata hati sendiri.


Hidup penuh kepura-puraan terasa kekoknya

Gembirakah?


Bayang-bayang Final mula mendatangi. Tak mampu lari lagi.Biarkan diri diekori bayang-bayang, bukan dibayangi bayang-bayang..





Thursday 20 December 2012

Penghujung semester

Assalamualaikum.

Semester 3
tiada sedetik pun dapat dirasai di waktu senggang
cepat rasanya semester 3 bakal berakhir

dalam perit menempuh semester ini, siapa sangka kita sudah di penghujungnya
frust dalam Clinical memang benar-benar mencabar mental fizikal
pedih tacing gara-gara Clinical masih berbekas hingga kini

clinical..clinical..clinical
nightmare indah bagiku
terasa keseraman itu, tapi indah dunianya

mungkin semester hadapan lagi indah dunianya
semoga kaki ini melangkah gagah tanpa berputus asa

selesainya OSCE, presentation, lab report, ward round...
lega........
beban semester 3 bakal meninggalkan aku

dan
aku perlu bersedia untuk memikul beban semester 4
rindu dunia Asasi
rindu dunia Asma
rindu segalanya

tapi ini jalan yang harus ditempuh
untuk aku membuat u-turn, memang mustahil
ini dunia pilihan aku...
memang tidak ragu-ragu lagi
jalan harus dilalui
kuatlah wahai hati!!


-ASMA-

ASASI



Saturday 15 December 2012

Saya tak kisah..

Saya x kisah kalau kelas siap extra-extra lagi waktu hujung minggu
Asalkan otak mampu men-digest sehingga paham bebeno

Walaupun result test saya x cemerlang pun saya tak peduli
sampai nak nanges-nanges penuh kekecewaan
asalkan lulus dan x kena repeat paper

Tak kisah la kalau kena kritik pasal attitude or apapun
saya x kisah, sebab memang kami realize tentang hal tersebut

Saya x kisah kalau hari-hari ward round pun
hari-hari ter-tengok nurse-nurse yang berlagak nak mati tu
sebab saya tahu depa ni berlagak hebat semata

Tak kisahla kalau ada orang kisah ke tak pasal saya
sebab ini blog saya
hahahaa


Memang apa yang aku belajar bukan untuk exam semata-mata
so, memang x terbit lah air mata kalau result cencorot pun
selagi aku faham, understand, understood as dietitan-to-be in the future (hahaha..ayat..hancusss)
im satisfied...

ada kelas hujung minggu pun, still nak pergi dgn penuh keikhlasan
sebab mereka suba membantu..bukan menyusahkan


itulah sebabnya saya tak kisah
tak kisah kalau dlm 1 minggu, hadirnya presentation,case presentation, lab report, OSCE serentak
tipu kalau cakap tak penat, tak letih, x rindukan hujung minggu yang mendamaikan
tipu kalau cakap x kisah kalau dalam satu semester, hanya mampu keluar bersuka-suki hanya sekali
tipu kalau cakap aku xp pernah merungut kerana inilah yang sedang aku lakukan di sini..hahaha

tapi
tak kisah la
as long as MINAT
: )





Friday 14 December 2012

Juiciness kawan-kawanku

Assalamualaikum.

Mood tika ini: riang gembira bersuka ria

Dikala diri dihimpit dengan homework-homework yang menikam dari segenap penjuru
hinggakan sering terasa tidak mencukupi oksigen untuk disedut
yang membuatkan fikiran mulai kelabu, anggota menjadi layu dan mata menjadi kuyu

namun kemunculan sahabat-sahabat seperjuangan yang sama-sama memikul beban yang serupa
walaupun hanya 13 orang, tetapi mampu untuk aku melangkah bersama mereka

terasa seperti adanya 'abang' menjadi ikutan, rupanya xcukup 'abang' pun hah...
adik-adik lagi teruk membuli si 'abang'
ingatkan mereka hanya 3 orang, tidak memberi apa-apa pertolongan jika kami kesusahan
tapi terpancar keprihatinan tika motosikal buat perangai
hahaha

ingatkan sebaya, tapinya kejap-kejap macam adik bongsu, tapi panggilnya mak
geram aku dibuatnya...
mahu x hari-hari masing-masing mencari pasal

masuk Semester ketiga, juiciness kawan-kawanku mula terbayang
sweet-sweet buah katanya..hahaha
sehari x mengusik, alamatnya suramla kelas....

ada yang diusik..ada juga kaki mengusik
haihla penat

setiap sem, suka kenen-kenenkan katanya
kadang-kadang rasa, mungkin menjadi kenyataan
hanya menunggu khabar gembira..lagi 2 tahun oiiii nak grad
gambar-gambar juiciness dh banyak dikumpul
jangan risau...
juiciness kawan-kawan, aku tumpang gembira...
itulah mereka....sahabat susah senang 4 tahun bersama

here they are... =p


"The best part of life is when your family becomes your friends, and your friends become your family."

Tuesday 11 December 2012

Adab & Etika Kerja Berkumpulan

Assalamualaikum...

Makin ke depan perjalanan kita ini, makin ramai dan pelbagai karakter yang bakal kita jumpa
tambah-tambah lagi la bila ada group assignment, atau apa-apa aktiviti yang memerlukan usahasama dari setiap ahli kumpulan

Kadang-kadang terasa ringan bebanan kalau ahli kumpulannya menyenangkan
tapi kekadang terasa bebannya juga bila ada yang memusingkan pikiran..
hahaha

tapi itu normal kan?
ada lagi ni....
ada yang buat kerjanya slow and steady... rileks...rilekss....
ada jugak yang berlari x cukup kaki nak siapkan kerja
dan paling pasti, ada yang setakat goyang kaki

muhasabah diri seketika, aku ni under kategori mana r?
andai kata kita ini kerjanya goyang kaki, tukang angguk kepala semata,
apa kata kita masuk gear 2, dan involve secara separa aktif pun jadi la
daripada kita jadi parasit menumpang x sedar diri!!!! emo..emo

dan kiranya kita sedar ataupun di luar sedar yang gear kita tu terlebih lebih
maka eloklah tarik handbrek, hentikan kenderaan dan lihat side mirror sat
ada ahli kumpulan yang tercungap cungap nak ligan kita oiiiii
bertimbang tara la sikit... kot ya pun nak siapkan kerja awal
tapi jangan selfish.. ini la ketegori yang mampu membuatkan aku naik menyampah



Kesimpulannya di sini, jika dah berkerja secara berkumpulan tu
kenali dan fahami karakter setiap ahli kumpulan dahulu
supaya senang untuk masuk gear masing-masing nak buat assignment nanti
jangan pulak kita guna gear 1, sorang lagi gear 5, yang lagi sorang gear reverse!
hah sudah......
ok lah...
jumpa lagi!
hari ni cuti!!
bye-bye 
assalamualaikum~~~



p/s: jadikan kerja secara berkumpulan ini peluang untuk kita mengenali rakan-rakan sendiri, bukan sebagai batu loncatan untuk kita menumpang hasil kerja mereka   ^.^

Sunday 9 December 2012

KURSUS KAHWIN

Assalamualaikum semua..!!




Haaaaa...amacam tengok title entry kali ni?
gue bukan berangan-angan mau ke Kursus Kahwin, tapinya baru aja pulang dari kursus ni uolllsss
jangan jelly sama gue....
ahahaahaha..galaks + gelenya bunyiknya...
tapi itulah realiti feeling gue sekarang..rasa indah bangat..!!

oppsss..!! jangan ada yang salah paham deh,
gue bukan seronok kerna udah mau nikah..
emangnya belum ketemu jodoh lagik.. masih jauh jalan idup ini
apa yg gue bahgia..kerna dari Kursus Kahwin ini, gue bisa menilai persediaan diri ini
adakah udah cukup atau belum...
nyatanya...
hmmmmm....
itulah.....
gue masih belum layak kiranya....


ok..tukar channel Malaysia balik

Bagi yang berfikiran negatif pasal Kursus Kahwin ni..
meh nak tune balik mind set korang semua,.
x ada apa pun yang mengerikan p kursus ni, bukan ada tok kadi tunggu nk test ijab kabul ka, tanya rukun iman ada berapa ka.. part tu hampa tunggu la masa nk nikah nanti
Kursus Kahwin ni 'Kursus duduk + dengaq + makan' semata...hahaha
ada la jugak terselit part terlelap terpejam tu.. itu memang lumrah la kan

tapi yang sebetulnya, Kursus Kahwin ini membuka minda dan pemikiran kita supaya berfikir, bersedia dan bertanggungjawab dengan peranan masing-masing selepas berkahwin nanti
tak semestinya sesiapa yang nk berkahwin bulan depan ja yang harus pi kursus kahwin
bagi kita-kita ni yang duk tak duk sembang bab kahwin ngn kawan-kawan, dok makan cerita kahwin, dok mandi cerita kahwin, esok exam malam ni dok study pun dan lagi bukak cerita kahwin
pun rasanya sesuai pi kursus kahwin ni..
bukan sebab nk suruh kahwin awai.. tapi mendapat input-input yang sangat tersangat berguna utk kita-kita yang suka berangan ni..

Kursus Kahwin ni dibuat selama 2 hari, Sabtu dan Ahad (dari pukul 8 pagi - 5 ptg)
ada 8 slot ceramah, setiap slot 2 jam... bayangkan, macam nak tertanam tulang punggong aku kat kerusi oooiiii
pheww~
semua slot tu menceritakan perihal kahwin sampai la perihal nk bercerai
ada pasal urusan kewangan,akhlak, adab bila kahwin, komunikasi, prosedur nk kahwin, pengurusan kesihatan dlm rumah tangga





dan..
bagi yang berfikiran negatif pasal ustaz-ustaz yang bagi ceramah ni
meh nak tune jugak mind hampa.... depa ni sangat-sangat la lawak+kelakar+lucu!!!
xdak masanya aku nak tidur berdengkur-dengkur
nak pecah perut aku dengaq depa bagi ceramah
yang penting, niat kita tu.. p Kursus Kahwin nak dapatkan ilmu-ilmu.. bukan nak pi cari jodoh kat sana..
hahaahha


dan...dan....dan tolong la jangan nak buat assumption pulek
yang dah p Kursus Kahwin ni, memang beria nak kahwin
dan ada notis penting bagi lelaki-lelaki yang membaca entry kali ini
bagi anda masih runsing memikirkan kriteria dan sifat wanita yang anda inginkan sebagai seorang isteri... elok sangatlah jika anda join kursus kahwin ni... para ustaz tu memang kejanya 'membantai' kaum wanita dari awal slot hingga slot yang last...adehh~
siamang la, kaki kikis la, mengade-ngade la, emo la...
hahaha...macam-macam!!!
memang perempuan kejanya tersentap je la masa ceramah ni
huuuuuu..


tapi sangat best
x rasa menyesal atau rugi pun p Kursus Kahwin ni
weeeehhuuuuuu!!!!
lepas ni dah boleh kahwin!!
weehuuuuuu!!!

ok
sekian cerita dari saya
tunggu episod seterusnya (Kahwin pulek)  sambungan topik ini dalam 5-6 tahun akan datang
kehkehkehkehkeh
kalau ditakdirkan bertemu jodoh......
okbye
~
('',)

Thursday 6 December 2012

1st case presentation

Hemodialysis patient~


Inilah 1st presentation untuk Clinical
memang agak gerun untuk menelan butir-butir peluru yang bakal dilemparkan Dr. Nisak
dh nak hampir-hampir hypo dh memikirkan nk kena present case
pheww~
macam aku pulak nk p dialysis..nebes tahap gaban tau dak

Walaupun agak goyang lutut, tapi alhamdulillah...
Group aku berjaya memenangi hati para juri..cewaaaaaHHH!!
ahahahaha..
masa present case ni, kitorang combine dgn 3rd year,.
dan ditakdirkan presentation kami dipilih menjadi terbaik di antara yang terbaik
(ayat xboleh belah cik diba ni)..hahaha..tapi ini kenyataan!!!!

i shukeeee...!!!
hilang segala hypo, hilang segala excessive fluid yg padahalnya membuak-buak nk keluar sebelum turn kitorang nk kena present
xsenang duduk aku 2 hari 2 malam sebelum hari kejadian
macam-macam dalam fikiran masa tu

Eh, awat slide kami ni macam panjang gilerss dari group lain?

Kenapa depa punya simple-simple ja..mcm over ja slide kami ni...

hurrmmm...pasrah ja la..ready ja la nk kena fire pun, lagipun ni 1st time nk present case

serabut pala otak pikiaq macam-macam..
haha..padahal before ni bukan xpernah present.,ye dak?
lagipun masa asasi bab presentation ni memang hobi hujung semester pun..haha
tapi case presentation dh boleh diibaratkan seperti telur di hujung tanduk...
hahahahaha..apakah??
sila abaikan kalau xpaham sgt


gambaq masa aku present of course la xdak kan...
masa tu xdan nak pikiaq benda lain melainkan respons Dr. Nisak semata-mata
lepas dh present tu baru la terhegeh-hegeh nk tgkp gambaq..
hahaha

Mera group members hei...



Sebelum presentation,muka sorang-sorang cuak
tapi selesai ja presentation, ditambah dengan kepuasan hati para juri,. seri muka pakat naik habeh..hahaha
tapi apapun, case presentation x berakhir di sini...
ini hanya pengenalan...
bak kata Dr. Nisak, mereka cuba membantu sebelum kami mengorak langkah yang lebih jauh nanti
tapi sekurang-kurangnya langkah pertama kami ini dipenuhi dengan senyuman kegembiraan....yiipppiii!!!!
hahaha

ok la...jam laptop menunjukkan pukul 1.29 a.m
mata mulai pedih, tanda bantal dan katil mulai menyeru
hehehe
semoga berjumpa lagi esok lusa
Assalamualaikum..~