kaWan...

Wednesday 29 May 2013

The end of semester 4

Assalamualaikum...


Pejam celik, celik x pejam-pejam
tengok-tengok dah nak dekat pukul 3 pagi
begitulah rutin semester 4 ni

tapi sekarang,
pejam celik, pejam celik
rupanya dah nak habis semester 4

makin nervous menanti semester baru
mampukah aku nak menghadapinya...
= )

Alhamdulillah,
selesai segala perkara
assignment, presentation, ward round
memang perjalanan yang agak ganas
tapi banyak memori tercipta

rasa macam nak pecah kepala
x cukup tangan dengan assignment, case, ward round, report, presentation,
dah campak ke mana fikiran pasal exam
x sempat nak mengenangkan exam
tapi hanya mampu mencuba yang terbaik

x mungkin kami lupa kepada mereka yang banyak berjasa
Miss Chew Sia.. sabar..sabar.. sabar ja dengan kami yang penuh dengan soalan2 'bodoh'
hahaha
hanya dia mampu melayan soalan 'bodoh' kami
haihla~

lecturer-lecturer yang mostly memang sangat comellllllllll
hahaha
comels gilers
comel-comel tu la yg kasi assginment menimbun
tapi nasib la comel-comel belaka
haihla~

semester 5?
memang ternanti-nanti..
Fyp..
MNT II..
Foodservice II..


apapun...
semester ini bakal melabuhkan tirai
ada pahit, ada manis, payau pun ada
semuanya cukup rasa

with Miss Chew Sia, after MNT case presentation

a moment with primary school

a moment with preschoolers

MNT case presentation

serik? haruslah serik
serik rasanya dengan semester 4
tapi serik bukan beerti perit
mana ada yang makin senang kat dunia ni
jadi,
haruslah bersedia fizikal mental untuk next semester
fighting!!!
bye~

Monday 27 May 2013

keseorangan

Bukan kerana mereka
bukan kerana dia
bukan kerana sesiapa

hanya kerana kamu
hanya kerana anda
hanya kerana diri sendiri

kita berjalan di laluan masing-masing
apapun terjadi bukan kerana mereka
bukan kerana dia
tapi sebenarnya
diri sendiri


memang terasa kesunyian
keseorangan 
tapi, sambil kita melangkah
pandanglah kanan dan kiri

pasti kita lihat
mereka pun sedang melangkah
serupa seperti kita

jadi,
apa yang perlu dikeluh kesah?
melangkahlah dengan kegirangan
walaupun hakikatnya terasa bebanan langkah kita itu


kita rasakan senyuman tidak mampu mengurangkan bebanan
tapi sebenarnya
senyuman mampu melupakan bebanan
cukuplah walau untuk seketika

ingatlah..
siapalah kita, jika tidak untuk diduga?

Friday 17 May 2013

Perlukan rehat

Assalamualaikum semua



Apa khabar semua?
sihat kah?
harapnya semua sihat dan gembira selalu


harapnya aku juga sihat dan gembira selalu
banyak nak dicerita
tapi tak terluah
banyak nak dikongsi
tapi tak beerti


andai kata aku ada peluang dan ruang
bukan wang yang aku inginkan
cukuplah sekadar masa untuk berehat sejenak
tak mengapa walaupun bukan untuk 1 hari
tapi cukuplah jika hanya setengah hari




nasib kita serupa planner..
kau perlukan ruang untuk aku boleh menambah lagi reminder kerja-kerja ku
dan aku pula
perlukan ruang untuk diri sendiri


susah untuk dicerita
tapi ini kenyataan
exhausted




bukan bermaksud ingin mengalah
cuma perlukan ruang untuk mengumpul kekuatan semula
jika mereka menangis, agar kemudiannya lebih kuat untuk berjuang
aku pula perlukan ruang menulis untuk aku meluah rasa



Monday 6 May 2013

Siapa pun dia..

Assalamualaikum...





Musim PRU13 baru saja melabuhkan tirai
memang hangat dan hangit pun dok usha kat FB dgn Twitter


siapapun kita sokong, siapapun kita nak undi
jangan sampai ada mutual friends atau kenalan yang tertempias sekali
mu dok pikiaq yang mu suka, pehtu mu dok update status
awat mu ingat mu kawe dengan ayam itik ka kat FB or Twitter ni?
depa pun bila mu kata itu ini, geram la jugak


x mau la disebabkan PRU 13, friends 1300 dah jadi 1250 orang..
habeh dak pun, dok lawan update status ka, dok tweet dgn tujuan nak pangkah org
oh tidakkk
anda sebagai golongan cerdik pandai, tolong jangan bertindak sedemikian


sangat berbeza ya, kawan-kawan..
antara nak up-to-date dengan politik negara dengan mengutuk/ menghina
x salah kalau nk share keputusan PRU ka apa
tapi jangan la pulak dok hingaq lebih


apapun, golongan cerdik pandai sekalian
pilihan di tangan anda
pilihlah yang mana berkenan
gunakan akal cerdik pandai mu itu





Yang menang, tunaikanlah amanah dan janji...

Yang kalah, usah menunggu kuasa untuk berjasa dan berbakti..

Yang masih belum berpuas hati, tuntutlah keadilan dengan berhati-hati

Saturday 4 May 2013

kukejar kamu

..Assalamualaikum..


Walaupun penat
tapi masih aku mencuba untuk mengejar
penat, memang penat
seperti sudah tidak mampu berada satu tapak di belakang
tapi aku juga tidak ingin berada seribu tapak dibelakang kamu



sering aku mengeluh
mengenangkan diri yang tidak mampu berada di sisi kamu
bukan mengeluh untuk mengalah
tetapi mengeluh agar mendapat sedikit kekuatan untuk terus melangkah


kejar
kukejar kamu
biarpun mereka yang lain pantas mengejar kamu
aku tetap melangkah, biarpun tidak sepantas itu




masa
kukejar masa
biarpun mereka kata aku sudah tiada masa
tapi aku tahu
aku masih punyai masa


hidup bukan sekadar untuk menghabiskan masa
belajar juga untuk menghargai masa
biarpun masa semakin pantas meninggalkan kita