kaWan...

Friday 28 November 2014

Counting days

Ya, mengucapkan sayonara, selamat tinggal itu sedih. Pedih untuk diucapkan. Terasa berat hati ini, cuma mampu memujuk bahawa banyak boleh diterokai apabila menjejak kaki ke tempat baru. Tiga bulan lebih di Hospital Sultanah Bahiyah, banyak yang aku belajar, banyak yang aku faham, banyak yang akan aku ingati. Semoga placement seterusnya juga mampu memberi kenangan dan memori yang aku akan kenang selalu. Sumpah sedih, tapi adat ber-praktikal kan. Tak selamanya akan di sini.


Counting days to say:
Selamat tinggal HSB.
Terima kasih HSB.
Semoga berjumpa lagi HSB.

Wednesday 10 September 2014

Posting #2: Hospital Sultanah Bahiyah

Assalamualaikum

Semester 7 baru bermula.
Mula rindu nak masuk lecture class, dapat assignment,
balik bilik layan korea 2 3 round..
='(

Tapi la ni dok tengah praktikal kat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Kali ni praktikal outpatient, selama 6 minggu.

Oh lupa nak ceqita, praktikal Dietetik UPM terbahagi kepada beberapa bahagian.
1. Foodservice and Institutional Management
2. Out-patient setting
3. In-patient setting
4. Special Unit
5. Community

Haa.. kira la sendiri berapa round, berapa hospital nak kena pi posting.

So, kali ni punya posting tersangat la happy. Pasai cek balik mai negeri sendiri, jumpa orang kampung cek sendiri. Alhamdulillah dapat HSB, dapat juga merasa dok rumah 1-2 bulan. Lepas ni, depa hantaq pi tang lain pulak.. untuk posting in-patient.

Tak ada apa tips sangat untuk praktikal ni.. yang penting:
:: Kesabaran ::    :: Usaha ::
 :: Semangat ::   :: Mental yang kuat ::
:: Senyum Selalu::

Biasa la, budak baru belajaq..kalau salah, saheh kena marah, ye dop?

Bagi yang risau, masuk lecture class, rasa x belajaq apa-apa, main-main..
jangan risau lebih sangat..
cuma kena kental sikit masa praktikal ni
kena belajaq lebih sikit dari orang lain, kena marah lebih sikit..haha

tapi tak pa, stay positive.
anggap semua tu indirect learning process.
 ok?

Esok pagi nak pi qeja, nak keluaq awai.
Masa tidoq makin dekat, pukul 10pm light off dah.
Daa~

Photo: Ahad-7.20am-Alor Staq,Kedah
6 weeks to go.. :)

Monday 11 August 2014

Posting #1: HKL

Assalamualaikum

Lama benau x lalu lalang di sini. Ihiks
Transition dari alam FYP nak ke alam praktikal menyekat keinginanku untuk datang ke sini.

Alhamdulillah..
Sebenarnya dah 2 bulan praktikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Cepat masa berlalu..
Sedar tak sedar, posting untuk Clinical bakal bermula..

Next posting kat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar..
oh yeahhhh.... I'm back!!

Sekarang sem berapa?
Owh... sekarang ni nak masuk semester 7 dah.
Tahun 4.
Alhamdulillah..

Sedar tak sedar ye..
Ok la..
Saja nak update sikit-sikit.. kang orang cakap tuan belog ni dah meninggalkan kerpuk-kualiful..
Oh tidak~

Masih di sini.. cuma masa tak mengizinkan nak update panjang-panjang
Oleh itu...
Assalamualaikum~ =)

Saturday 22 March 2014

Sahabat 6 Semester

Assalamualaikum..

Meniti hari, detik demi detik
Semester 6 rupanya kini.
Bermakna ini semester terakhir bersama kalian
Tahun depan dah nak praktikal, mana mungkin boleh berjumpa selalu

Hidup sebagai 27 orang rakan. Sangat variasi.
Assignment, ward round, gosip bersama.

Semester terakhir beriadah bersama

Semester terakhir, 27 orang pergi lawatan bersama


Sibuk dengan assignment, kerja.. sebenarnya merapatkan kami semua
Daripada tak kenal, last last dah kenal siapa kau.haha






Sabar, ini bukannya pengakhiran.
Ini hanya suatu permulaan.
Kami bukannya bakal chef, bukan juga bakal waiter/waitress

Impian kami adalah menjadi Dietitian.
Dan kami berkenalan kerana meniti perjalanan yang serupa
Dan perkenalan kami ini baru bermula....

Saturday 15 February 2014

Minimum Requirement for Dietetics program

Assalamulaikum..

Berapa pointer untuk apply Dietetics di UPM?


Entry ini memang khas bagi mereka yang mencari info mengenai B.Sc. Dietetics in UPM ye. Khas buat bacaan adik-adik Asasi Sains Pertanian,UPM especially. Hehehe..

ok, back to the topic. Sebenarnya korang pun boleh google dan cari sendiri maklumat ni. Tapi alang-alang dah jumpa kan, apa salahnya share dengan korang.
Tapi lagi sekali nak tekankan, maklumat ni mengenai Dietetik di UPM yer. Maybe ada persamaan dan perbezaan dengan Universiti lain.








Ingin maklumat yang lebih lanjut, silalah ke website ini:

Subjek dipelajari bagi B.Sc. (Dietetics)

Assalamualaikum..

Ramai tertanya-tanya..kalau pilih course Dietetik ni, belajar apa je?
Pasal pemakanan? Ye la pemakanan..tapi macam mana..
Ke belajar memasak semata?


Ini merupakan senarai subjects yang boleh dikategorikan sebagai basic knowledge untuk Dietetik dan Sains Pemakanan. Subjek-subjek ini belajar semasa 1st year basically.


Dan yang ini pula, subjek-subjek yang agak penting nak topup knowledge mengenai pemakanan dari segi physiology,anatomy, human genetics dan lain-lain. Nak jadi Dietitian ni,kena la tahu pasal tubuh badan manusia, fungsi, macam mana berfungsi, kenapa bahagian tu berlaku penyakit ni..ha.. Mostly semuanya berkaitan dengan Biology. Chemistry cuma ada untuk subjek Biochemistry.


Hah, bagi yang tertanya-tanya.. subjek memasak apa yang Dietetik akan belajaq. Ni dia..Food Preparation tu subjek basic untuk masak-masak. Then baru akan proceed dengan Food Experiment dan Foodservice Management.


Last sekali..inilah dia subject yang penting untuk Dietetik. Subjek core yang memang perlu, kena, harus, mesti tahu dan reti nak apply.

Nak tahu setiap subjek ni belajarnya macam mana? Mohon apply B.Sc. Dietetics ye..baru tahu. Dan ditekankan di sini, subjek yang dipamerkan ini khususnya untuk UPM punya Dietetik. Bagi Universiti lain, mungkin terdapat sedikit perbezaan dan persamaan. Harap membantu. Terima kasih.

Friday 14 February 2014

Dilema lepasan SPM: Asasi atau Matrikulasi?

Assalamualaikum..

Ramai yang masih keliru mengenai Asasi dan Matrikulasi
Apa perbezaan kedua-dua pengajian ini?


Siapa yang boleh apply for Asasi dan Matrikulasi?
Terbuka kepada lepasan SPM

Apa persamaan Asasi dan Matrikulasi?
Kedua-duanya merupakan pengajian di bawah Pengajian Tinggi Malaysia
Level Asasi mahupun Matrikulasi adalah sama. Xde yang lagi superior ke apa..

Apa yang akan dipelajari kalau masuk Asasi, dan kalau masuk Matrikulasi?
Syllabus untuk Asasi dan Matrikulasi adalah sama
Asasi dan Matrikulasi boleh dianggap fasa persediaan sebelum masuk degree
Bergantung kepada aliran yang kita pilih:Sains Hayat? Sains Fizikal? Akaun?

Jika sama,mengapa wujud term Asasi; Matrikulasi?
Asasi adalah program Matrikulasi yang ditawarkan oleh Universiti itu sendiri.
Contohnya, pelajar Asasi UiTM. Ini bermaksud pelajar tersebut sedang mengikuti program matrikulasi di bawah style dan corak pembelajaran UiTM. Juga dikenali sebagai program Pra-Universiti
Matrikulasi adalah program tajaan Pengajian Tinggi Malaysia, di mana pelajar matrikulasi belum terikat dengan mana-mana universiti. Pilihan untuk menyambung pelajaran di universiti perlu dilakukan selepas tamat matrikulasi.

Dengar kata pelajar Asasi ni lagi terjamin nak sambung degree? Dan apa kelebihan program Asasi?
Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing dan of course, bergantung kepada result.
Kebiasaannya, pelajar Asasi akan diserap terus untuk menyambung degree di universiti tersebut jika bernasib baik. Itulah kelebihan pelajar Asasi tapi itu semua belum terjamin yer adik-adik.
Kehidupan Asasi ni macam pelajar universiti la.Ada kebebasan, x pressure sgt compared to Matrikulasi

Matrikulasi macam mana pulak?
Kehidupan Matrikulasi ni lebih kurang macam sekolah. Pergi belajar, balik study, belajar dan study. Lebih strict sikit.
Tapi selalunya budak Matriks, bila masuk degree, diorang ni memang perform la..sebab dh biasa dgn suasana study yang giler-giler. tak macam budak Asasi.
Peluang untuk sambung degree masih ada untuk budak Matrikulasi cuma persaingan tu la. Kena fight dengan budak matriks sendiri, pastu nk fight dgn Asasi lagi. Sebab Asasi memang akan dapat priority untuk pilih course degree nanti

Harap dapat membantu serba sedikit. Teruskan meng-google dan cari ye. Ada banyak jenis Asasi yang akan jadi guidance untuk sambung degree nanti. Ini link untuk sesiapa yang berminat nak tahu pasal Asasi:

Thursday 6 February 2014

Nutrition/Pemakanan VS Dietetik

Assalamualaikum..

Ada yang masih keliru apa perbezaan course Nutrition/Pemakanan dan course Dietetik. 
Apa yang ingin dikongsikan hanyalah berdasarkan sedikit sebanyak pengetahuan dan pengalaman hamba.


Nutrition dan Dietetics merupakan course yang berkait rapat dengan pemakanan.
Kedua-dua course ini sebenarnya memainkan peranan untuk mencegah dan merawat pesakit dari faktor pemakanan. 
Tapi, siapa yang mencegah dan siapa pula yang merawat?



Meh nak cerita dari segi kerjaya dulu la yer. Nanti kita masuk bab apa subjek yg Nutrition dan Dietetik ni belajar pulak..

Keyword yang penting utk membezakan dua course ini:
:: Mencegah :: Merawat ::

Nutritionist 
Lebih mesra alam dengan komuniti. Maksudnya bekerja di klinik kerajaan untuk membantu komuniti. Nutritionist penting untuk mencegah penyakit kronik terjadi dengan lebih teruk. So, Nutritionist akan menganjurkan program, kempen untuk memberi information kepada komuniti tentang kepentingan menjaga pemakanan.

Dietitian 
Dietitian bekerja di hospital. Tapi sekarang Dietitian juga mula ditugaskan di klinik kesihatan. Tugas Dietitian adalah untuk merawat pesakit secara personal, maksudnya face-to-face. Contohnya Pesakit A mempunyai masalah kencing manis dan Pesakit B juga mempunyai masalah yang sama. Tetapi cara untuk merawat masalah kencing manis bagi pesakit ini berbeza.

Kenapa berbeza pula? Sakitnya sama ja.


Haa.. itu la cabaran nak jadi Dietitian. Walaupun Pesakit A dan B menghidap kencing manis, tapi cara hidup, faktor pemakanan, persekitaran mereka berbeza. Dietitan perlu merawat kencing manis itu based on apa yang mereka selalu makan, food preferences, persekitaran masing-masing.

Merawat penyakit dari segi perubatan mungkin boleh menggunakan ubat yang sama, tapi dari segi dos yang berbeza. Tetapi untuk merawat penyakit dari segi pemakanan memerlukan lebih komitmen kerana perlu memahami corak pemakanan,kehidupan pesakit itu.

Beza ke subjek yg Nutrition dan Dietetik belajar?

Dari segi subjek yang dipelajari, basically masa 1st year, 2nd year tu tak ada banyak beza. Banyak juga belajar subjek yang sama. Tapi bila dah masuk 3rd years, 4th year, subjek tu dah lain. Maksudnya lebih fokus kepada bidang masing-masing.

Tapi objektif dan peranan Dietitan dan Nutritionist adalah sama. Kedua-dua bidang ini memainkan peranan besar dalam bidang pemakanan pesakit.

Itu la serba sedikit yang boleh dikongsi. Nak cerita lebih pun x mampu lagi. Ceq ni pun x grad lagi. ahahahaha.. 
okbye. 
('',)

Saturday 11 January 2014

Simpang jalan

Assalamualaikum..

Sebulan meninggalkan laman ini..
Kini kembali menghiasi dengan isi hati


Sering kita berdepan dengan situasi
Perlu memilih A atau B..
Perlu memilih kiri atau kanan..
Perlu memilih hitam atau putih..
Mana yang perlu kita pilih?


Ada di antara kita yang,
Lagi selamat jika memilih apa yang selalunya orang pilih..

Ada juga di antara kita yang,
Aku ingin sesuatu yang belum orang pilih..


Mana satu adalah kita?
Tiada apa yang salah dan tiada yang betul
Semua bergantung kepada akal kita untuk menentukan

Tidak semua perkara memerlukan kelainan,

Dan tidak semua perkara juga memerlukan persamaan
Kerana perbezaan itu menghubungkan kita manakala persamaan itu mengeratkan kita


Apa yang diperlukan hanyalah
Keberanian dan kepercayaan dengan keputusan kita itu.


Jika kita tidak meletakkan sepenuh kepercayaan dalam keputusan sendiri jadi, siapa lagi yang akan berbuat begitu?

Jadi..
Be yourself and trust yourself.