kaWan...

Saturday 11 January 2014

Simpang jalan

Assalamualaikum..

Sebulan meninggalkan laman ini..
Kini kembali menghiasi dengan isi hati


Sering kita berdepan dengan situasi
Perlu memilih A atau B..
Perlu memilih kiri atau kanan..
Perlu memilih hitam atau putih..
Mana yang perlu kita pilih?


Ada di antara kita yang,
Lagi selamat jika memilih apa yang selalunya orang pilih..

Ada juga di antara kita yang,
Aku ingin sesuatu yang belum orang pilih..


Mana satu adalah kita?
Tiada apa yang salah dan tiada yang betul
Semua bergantung kepada akal kita untuk menentukan

Tidak semua perkara memerlukan kelainan,

Dan tidak semua perkara juga memerlukan persamaan
Kerana perbezaan itu menghubungkan kita manakala persamaan itu mengeratkan kita


Apa yang diperlukan hanyalah
Keberanian dan kepercayaan dengan keputusan kita itu.


Jika kita tidak meletakkan sepenuh kepercayaan dalam keputusan sendiri jadi, siapa lagi yang akan berbuat begitu?

Jadi..
Be yourself and trust yourself.