kaWan...

Saturday, 30 May 2015

Anak tidak suka makan sayur

Assalamualaikum.

Sayur-sayuran bukan sesuatu yang sinonim dengan anak-anak secara amnya. Ramai anak kecil yang tidak suka makan sayur-sayuran dan tabiat ini diteruskan sehingga meningkat usia mereka.


Bagaimana caranya untuk mengubah tabiat ini?

Walaupun sukar bagi anak-anak untuk makan sayur, pastikan sekurang-kurangnya satu hidangan sayur perlu ada setiap kali masa makan utama. Jangan asingkan jenis sayuran yang tidak dimakan anak-anak dari menu keluarga. Sebaliknya, secara berkala (1-2 bulan), perkenalkan sayuran tersebut kepada anak-anak. Untuk memastikan anak-anak dapat menerima makanan yang tidak disukai memerlukan tempoh masa yang berbeza, bergantung kepada kekerapan makanan itu disediakaan. Food availability may influence food acceptance.


Adalah penting sebagai ibu bapa untuk menjadi role model kepada anak-anak. Makan secara berjemaah di meja bersama anak-anak dan sentiasa memastikan sayur-sayuran dihidangkan dapat mengubah pemikiran anak-anak. Anak-anak mudah terpengaruh dengan cara pemakanan ibu bapa mereka. Oleh itu, jadilah role model yang baik dan anda pun boleh mula menjadikan sayur-sayuran sebagai salah satu komponen penting dalam pemakanan anda.


Gunakan teknologi bagi mencari penyelesaian. Resepi-resepi yang menarik bagi anak-anak boleh diperoleh di hujung jari sahaja.  Jangan berputus asa dan menyingkirkan khasiat sayur-sayur hanya kerana ia bukanlah kegemaran anak-anak. Penerimaan makanan dan perubahan tabiat makan memerlukan masa dan environment yang menyokong perubahan tersebut. 







Wednesday, 28 January 2015

Siapakah kamu sebenarnya


Sayalah tukang masak.
Mereka lapar,
Saya punya tanggungjawab untuk menyediakan, yang terbaik agar mereka kenyang.

Sayalah jururawat.
Mereka perlu bantuan untuk bersiap,
Saya punya tanggungjawab agar mereka sentiasa bersih dan tampak kemas.

Sayalah doktor.
Mereka sakit,
Saya punya tanggungjawab untuk merawat mereka sehabis baik.



Siapa kamu?

Sekecil mana pun tugas, tanggungjawab kita, pasti besar di mata mereka.
Walau tugas hanya menghantar makanan, membantu mereka makan, masih besar nilai bantuan itu. 
Kudrat mereka tidak mengizinkan, tidak sedaya kita mungkin..
Ikhlas, sabar, dan kesungguhan kita sangat berharga di mata mereka.

Betulkan niat, tanamkan kesabaran dan tingkatkan kesungguhan.
InsyaAllah itulah kita yang sebenarnya.

Ingatlah,
Tiada siapa mahu dibantu, selagi  mampu.

Ingatlah,
Tiada yang mustahil, kita pun mungkin akan begitu juga nanti.

Mereka tiada kudrat. Mengapa perlu kita mempertikaikan tanggungjawab kita. Lupakah siapakah kamu sebenarnya? Bukankan kita di situ untuk membantu mereka?