kaWan...

Showing posts with label fakta for today~. Show all posts
Showing posts with label fakta for today~. Show all posts

Saturday, 30 May 2015

Anak tidak suka makan sayur

Assalamualaikum.

Sayur-sayuran bukan sesuatu yang sinonim dengan anak-anak secara amnya. Ramai anak kecil yang tidak suka makan sayur-sayuran dan tabiat ini diteruskan sehingga meningkat usia mereka.


Bagaimana caranya untuk mengubah tabiat ini?

Walaupun sukar bagi anak-anak untuk makan sayur, pastikan sekurang-kurangnya satu hidangan sayur perlu ada setiap kali masa makan utama. Jangan asingkan jenis sayuran yang tidak dimakan anak-anak dari menu keluarga. Sebaliknya, secara berkala (1-2 bulan), perkenalkan sayuran tersebut kepada anak-anak. Untuk memastikan anak-anak dapat menerima makanan yang tidak disukai memerlukan tempoh masa yang berbeza, bergantung kepada kekerapan makanan itu disediakaan. Food availability may influence food acceptance.


Adalah penting sebagai ibu bapa untuk menjadi role model kepada anak-anak. Makan secara berjemaah di meja bersama anak-anak dan sentiasa memastikan sayur-sayuran dihidangkan dapat mengubah pemikiran anak-anak. Anak-anak mudah terpengaruh dengan cara pemakanan ibu bapa mereka. Oleh itu, jadilah role model yang baik dan anda pun boleh mula menjadikan sayur-sayuran sebagai salah satu komponen penting dalam pemakanan anda.


Gunakan teknologi bagi mencari penyelesaian. Resepi-resepi yang menarik bagi anak-anak boleh diperoleh di hujung jari sahaja.  Jangan berputus asa dan menyingkirkan khasiat sayur-sayur hanya kerana ia bukanlah kegemaran anak-anak. Penerimaan makanan dan perubahan tabiat makan memerlukan masa dan environment yang menyokong perubahan tersebut. 







Friday, 14 February 2014

Dilema lepasan SPM: Asasi atau Matrikulasi?

Assalamualaikum..

Ramai yang masih keliru mengenai Asasi dan Matrikulasi
Apa perbezaan kedua-dua pengajian ini?


Siapa yang boleh apply for Asasi dan Matrikulasi?
Terbuka kepada lepasan SPM

Apa persamaan Asasi dan Matrikulasi?
Kedua-duanya merupakan pengajian di bawah Pengajian Tinggi Malaysia
Level Asasi mahupun Matrikulasi adalah sama. Xde yang lagi superior ke apa..

Apa yang akan dipelajari kalau masuk Asasi, dan kalau masuk Matrikulasi?
Syllabus untuk Asasi dan Matrikulasi adalah sama
Asasi dan Matrikulasi boleh dianggap fasa persediaan sebelum masuk degree
Bergantung kepada aliran yang kita pilih:Sains Hayat? Sains Fizikal? Akaun?

Jika sama,mengapa wujud term Asasi; Matrikulasi?
Asasi adalah program Matrikulasi yang ditawarkan oleh Universiti itu sendiri.
Contohnya, pelajar Asasi UiTM. Ini bermaksud pelajar tersebut sedang mengikuti program matrikulasi di bawah style dan corak pembelajaran UiTM. Juga dikenali sebagai program Pra-Universiti
Matrikulasi adalah program tajaan Pengajian Tinggi Malaysia, di mana pelajar matrikulasi belum terikat dengan mana-mana universiti. Pilihan untuk menyambung pelajaran di universiti perlu dilakukan selepas tamat matrikulasi.

Dengar kata pelajar Asasi ni lagi terjamin nak sambung degree? Dan apa kelebihan program Asasi?
Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing dan of course, bergantung kepada result.
Kebiasaannya, pelajar Asasi akan diserap terus untuk menyambung degree di universiti tersebut jika bernasib baik. Itulah kelebihan pelajar Asasi tapi itu semua belum terjamin yer adik-adik.
Kehidupan Asasi ni macam pelajar universiti la.Ada kebebasan, x pressure sgt compared to Matrikulasi

Matrikulasi macam mana pulak?
Kehidupan Matrikulasi ni lebih kurang macam sekolah. Pergi belajar, balik study, belajar dan study. Lebih strict sikit.
Tapi selalunya budak Matriks, bila masuk degree, diorang ni memang perform la..sebab dh biasa dgn suasana study yang giler-giler. tak macam budak Asasi.
Peluang untuk sambung degree masih ada untuk budak Matrikulasi cuma persaingan tu la. Kena fight dengan budak matriks sendiri, pastu nk fight dgn Asasi lagi. Sebab Asasi memang akan dapat priority untuk pilih course degree nanti

Harap dapat membantu serba sedikit. Teruskan meng-google dan cari ye. Ada banyak jenis Asasi yang akan jadi guidance untuk sambung degree nanti. Ini link untuk sesiapa yang berminat nak tahu pasal Asasi:

Monday, 22 July 2013

Cantik, tapi berkekalan kah?

Assalamualaikum.
Apabila jari menekan tab Facebook, notification ku lihat beratur,
menunggu untuk dibelek, dilihat dan sebagainya

tapi makin lama, makin jemu rasanya untuk melihat semua itu
timeline juga dipenuhi dengan perkara yang menjemukan itu
perkara apakah itu?

Produk kecantikan, produk memutihkan, produk menghilangkan jerawat, produk pelangsingan
wowwwww~~~
superbbb~~


Ramai yang mencuba, dan dikatakan berjaya, berkesan..
BENARKAH??

Sudah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan?
Boleh saya dapatkan bukti saintifik?

Tapi benarlah, memang cantik lepas guna produk anda..
cantik sangat.. flawless kulitnya
berdasarkan gambar yang diupload tu la, memang melepak kulit dia....
memang licin sungguh muka dia,,lawa sungguh



Tapi beware... kesan untuk jangka masa panjang?
ada jaminan ke x?

Maaflah, jangan dk request saya masuk group segala group pasai bisnes hampa
Jika benar produk anda berkesan, tidak perlu mencari..
seharusnya pelanggan yang mengejar anda
tak gitu?

# S.E.K.I.A.N #


* terkeluaq entry ntah apa-apa setelah dibelenggu masalah annoying dengan game request dan jugak promotion dari produk kecantikan,kesihatan..bla..bla..bla dalam Facebook

Sunday, 21 July 2013

Pemandu yang penyabar?

Assalamualaikum dan selamat siang/tengahari/malam..
semoga sihat selalu walau di mana anda berada
di harap berpuasa selalu x kira pukul berapa anda membaca blog ini
dah tu kalau malam??

cuma nak berkongsikan keratan artikel yang agak menarik di sini..


Apa kobondo nya ni?
hah, ni la pasai tahap kemarahan + ketidaksabaran pemandu di Malaysia. 
Seperti yang aku selalu bebelkan, pemandu di KL mostly tahu nak cepat je
kat traffic light, kereta depan lambat tekan minyak 30 saat, dah berhon-hon kau bagi
kt highway, kereta depan bawak 110km/jam pun kau dh angkat lampu,suruh berambus dari lane tu
bila jalan dah sesak, jalan pun slow jeee..tu pun kau dh nk hon, nk cilok ikut laluan kecemasan

apa masalah sebenar yer?
attitude yang sangat mengecewakan..

dan bila aku pulang ke Kedah,
terasa aman damai je bila drive
nak dengar bunyi hon tu amatlah susah
unless masa musim perayaan , apabila pemandu2 x berhemah tinggi made in KL pulang ke kampung
errggghhh,, sekali lagi..
fenomena x bermoral pasti berlaku


walaupun tak pasti artikel tu tahun bila punya, tapi memandangkan fakta yang diberikan agak relevan,
jadi x salah aku kongsikan
tapi x pasti la pulak macam mana pemandu di Terengganu dan Melaka,
yang turut dilabelkan tinggi kemarahan + ketidaksabaran...
hahaha...

itu sahaja
sayonara
jangan maraaaa~~

Monday, 6 May 2013

Siapa pun dia..

Assalamualaikum...





Musim PRU13 baru saja melabuhkan tirai
memang hangat dan hangit pun dok usha kat FB dgn Twitter


siapapun kita sokong, siapapun kita nak undi
jangan sampai ada mutual friends atau kenalan yang tertempias sekali
mu dok pikiaq yang mu suka, pehtu mu dok update status
awat mu ingat mu kawe dengan ayam itik ka kat FB or Twitter ni?
depa pun bila mu kata itu ini, geram la jugak


x mau la disebabkan PRU 13, friends 1300 dah jadi 1250 orang..
habeh dak pun, dok lawan update status ka, dok tweet dgn tujuan nak pangkah org
oh tidakkk
anda sebagai golongan cerdik pandai, tolong jangan bertindak sedemikian


sangat berbeza ya, kawan-kawan..
antara nak up-to-date dengan politik negara dengan mengutuk/ menghina
x salah kalau nk share keputusan PRU ka apa
tapi jangan la pulak dok hingaq lebih


apapun, golongan cerdik pandai sekalian
pilihan di tangan anda
pilihlah yang mana berkenan
gunakan akal cerdik pandai mu itu





Yang menang, tunaikanlah amanah dan janji...

Yang kalah, usah menunggu kuasa untuk berjasa dan berbakti..

Yang masih belum berpuas hati, tuntutlah keadilan dengan berhati-hati

Sunday, 31 March 2013

Saturday, 30 March 2013

Food is Food









So true... food is food.
eat what you want, dont worry....
if we have jodoh..let's meet in ward ya... ('',)



Thursday, 7 February 2013

Burger Bakar Abang Burn

Assalamualaikum~


Ssssllrruupppppp!!
bagi anda yang masih belum bertanya Mr Google mengenai Burger Bakaq Abang Burn,
silalah bertanya dengan segera dan jangan berlengah untuk mencuba
memang totally sangat lazat dan menjilat jari
hahahaha...


hah! ni dia gambaq burger bakaq
tapi edisi original ja, xdak la tinggi mana pun
sebab masa pi tu xdak rezeki kot, p awai sangat..
depa pun xdan nak bakaq burger lagi
so order la yang ni













cuba scroll naik ataih balik,
perhatikan longgokan mayonnaise dan sos burger ini
dan utk extra info, sebijik burger ni ada 2 keping cheese
manakala daging ayamnya ibarat 3/4 chicken chop
tebai kan?


makan sekali, saheh kenyang
ni teqa yang besa ja ni
kalau beli yang tower tinggi nuh...
Allah.....




p/s: Kalau teringin nak makan,boleh...tapi elakkan makan selalu. Berapa la agaknya kalori burger bakaq ni..rsanya ada dalam 400-500kcal ni

Wednesday, 16 January 2013

Hang adalah kamu..

Assalamualaikum.





Tak rasa sesak ka hidup berpandukan kritikan/ judgement orang lain?
Aku pun setuju, kadang-kadang kita kena open minded, dengaq pendapat orang lain
tapi bukan la dalam seribu satu perkara... mampuih la gutu


Nak tentukan course apa nak amek after SPM, memang patut terima pandangan orang
Nak tentukan tarikh bila nak kahwenng, pun memang lagi patut bincang dengan orang
ada ka main terjah ja,...gilo ye dop?

tapi kalau.. nak pakai kasut apa hari ni?
Nak amek lauk apa ni..banyak sangat choice-nya...
Nak setadi bila r? 
Nak buat esei ni, nak guna pen biru ka hitam r?
Nak tidoq pukoi berapa?
hah~~
jawab-jawab....

Ingat..hang adalah kamu, kamu tu adalah hang
toksah la nak serabut sangat nak pertulungan setiap saat setiap second
dah macam robot gayanya
ok.bye robots sekalian.
jumpa lagi~




Tuesday, 15 January 2013

Degree Vs O-level

Assalamualaikum.

Tergelak aku sendirian mengadap laptop dari tadi. Nak tau pasaipa? pasai fenomena listen! listen! listen! listen! listen! listen! listen! listen!........dan listen!


bilamana O-level people talking nonsense pasai kucing, anjing, burung, tikus, jaws.... dengan niat yang satu, untuk cuba tidak menjawab soalan yang dikemukan secara sangat bernas oleh degree people...

when o-level people cuba mengajar si pemegang degree je katanya..
Mahasiswa perlu respect other people while she threw out statement disrespecting the entire hall...
HAHA!!!


As a degree holder, rasanya memang patut aku gelak pun. Dah macam "Anjing mengajar anaknya cakap Melayu, padahai dia pun mengonggong ja" - sumber ilham dari #listen #listen #listen sendiri



Dan tadi ter-rajin nak search Facebook Miss o-level tuh, kahkahkahkah!! lagi sekali aku dok gelak sorang sorang.. habeh semua komen dia dari yang kemarin punya, sampai la yang zaman tok nadoq punya.. mesti ada insan tlg komen: listen listen listen listen listen listen listen listen listen listen listen listen

hmmmm..rupanya senang nak famous ni... di Twitter pun sakan jugak.. 


betul la orang cakap, bila dah belajaq tinggi-tinggi ni, makin tertutup pemikiran kita ni
apa orang lain cakap. semua salah..REASON? sebab hang tu ada degree ja...!!!
bajet kan?








masih x dapat tangkap? pi kat Mr. Youtube, taip Forum Seringkah Mahasiswa dan Politik

p/s: Nama forum pun x boleh  blah..ada ka Mahasiswa dan Politik diletakkan dalam satu ayat?? oh no..no..no... setakat sogok dengan Galaxy Note 2 & iphone 5 tu, xhingin la aku!! ya ya ja kan...hahahaha

Monday, 14 January 2013

Actually bukan atas pagar


.: Assalamualaikum :.

ATAS PAGAR = Tidak menyebelahi mana-mana pihak

Makanya di sini, ingin aku huraikan apa yang ingin aku huraikan sejak dari tadi lagi. Fuhh ayat.. paria habeh!!
Seperti yang kita sedia maklum, Himpunan Kebangkitan Rakyat #112 baru melabuhkan tirai. Ya.. aku take note pasal isu politik yang sedang bergolak hebat di Malaysia.

Aku tahu ada segala himpunan, pertikaian, ketidakpuasan hati, drama nak jatuh menjatuhkan kerajaan dan pembangkang. I KNOW!!
Ada sesapa nak tau pasai  Himpunan Kebangkitan Rakyat #112? NAH, BACA NI KALAU RAJIN

Dan bila kita rajin dok godek-godek Facebook, usha dalam diam kt Twitter, stalk belog orang..
nak tau kerajaan cakap apa, bukak TV3, baca Berita Harian.. apa susah?
nak tengok pembangkang kata apa pulak, carilah Harakah
haruslah banyak input-input pasai politik ni masuk pala otak ni jugak
xdak la istilah x amek tau masalah negara.... lepas tangan la... benci meluat sunggoh la bila dengaq politik ni
xdak la sampai macam tu sekali.... aku warganegara Malaysia, anda bagaimana?

Cumanya, aku lagi prefer menjadi pemerhati, pendengar kot daripada menajadi pengulas, peserta aktiviti-aktiviti sebegini.
Sebab aku sibuk melayan korea mahupun kpop? Oh, tidak la sampai begitu sekali sekali..jauh panggang dari arang
Ataupun aku ni golongan neutral? Eh... x jugak rasanya

Kesimpulannya, aku bukan berada di atas pagar okeee... aku di atas awan, melihat semuanya yang berlaku dari jauh.. ceewwaaahhh!!!! ahahaha....
okbye
huh~
seronok pulak tangan aku ni nak menuleh hari ni.. banyak entry ter-update.hahaha -,-''






Tuesday, 11 December 2012

Adab & Etika Kerja Berkumpulan

Assalamualaikum...

Makin ke depan perjalanan kita ini, makin ramai dan pelbagai karakter yang bakal kita jumpa
tambah-tambah lagi la bila ada group assignment, atau apa-apa aktiviti yang memerlukan usahasama dari setiap ahli kumpulan

Kadang-kadang terasa ringan bebanan kalau ahli kumpulannya menyenangkan
tapi kekadang terasa bebannya juga bila ada yang memusingkan pikiran..
hahaha

tapi itu normal kan?
ada lagi ni....
ada yang buat kerjanya slow and steady... rileks...rilekss....
ada jugak yang berlari x cukup kaki nak siapkan kerja
dan paling pasti, ada yang setakat goyang kaki

muhasabah diri seketika, aku ni under kategori mana r?
andai kata kita ini kerjanya goyang kaki, tukang angguk kepala semata,
apa kata kita masuk gear 2, dan involve secara separa aktif pun jadi la
daripada kita jadi parasit menumpang x sedar diri!!!! emo..emo

dan kiranya kita sedar ataupun di luar sedar yang gear kita tu terlebih lebih
maka eloklah tarik handbrek, hentikan kenderaan dan lihat side mirror sat
ada ahli kumpulan yang tercungap cungap nak ligan kita oiiiii
bertimbang tara la sikit... kot ya pun nak siapkan kerja awal
tapi jangan selfish.. ini la ketegori yang mampu membuatkan aku naik menyampah



Kesimpulannya di sini, jika dah berkerja secara berkumpulan tu
kenali dan fahami karakter setiap ahli kumpulan dahulu
supaya senang untuk masuk gear masing-masing nak buat assignment nanti
jangan pulak kita guna gear 1, sorang lagi gear 5, yang lagi sorang gear reverse!
hah sudah......
ok lah...
jumpa lagi!
hari ni cuti!!
bye-bye 
assalamualaikum~~~



p/s: jadikan kerja secara berkumpulan ini peluang untuk kita mengenali rakan-rakan sendiri, bukan sebagai batu loncatan untuk kita menumpang hasil kerja mereka   ^.^

Sunday, 9 December 2012

KURSUS KAHWIN

Assalamualaikum semua..!!




Haaaaa...amacam tengok title entry kali ni?
gue bukan berangan-angan mau ke Kursus Kahwin, tapinya baru aja pulang dari kursus ni uolllsss
jangan jelly sama gue....
ahahaahaha..galaks + gelenya bunyiknya...
tapi itulah realiti feeling gue sekarang..rasa indah bangat..!!

oppsss..!! jangan ada yang salah paham deh,
gue bukan seronok kerna udah mau nikah..
emangnya belum ketemu jodoh lagik.. masih jauh jalan idup ini
apa yg gue bahgia..kerna dari Kursus Kahwin ini, gue bisa menilai persediaan diri ini
adakah udah cukup atau belum...
nyatanya...
hmmmmm....
itulah.....
gue masih belum layak kiranya....


ok..tukar channel Malaysia balik

Bagi yang berfikiran negatif pasal Kursus Kahwin ni..
meh nak tune balik mind set korang semua,.
x ada apa pun yang mengerikan p kursus ni, bukan ada tok kadi tunggu nk test ijab kabul ka, tanya rukun iman ada berapa ka.. part tu hampa tunggu la masa nk nikah nanti
Kursus Kahwin ni 'Kursus duduk + dengaq + makan' semata...hahaha
ada la jugak terselit part terlelap terpejam tu.. itu memang lumrah la kan

tapi yang sebetulnya, Kursus Kahwin ini membuka minda dan pemikiran kita supaya berfikir, bersedia dan bertanggungjawab dengan peranan masing-masing selepas berkahwin nanti
tak semestinya sesiapa yang nk berkahwin bulan depan ja yang harus pi kursus kahwin
bagi kita-kita ni yang duk tak duk sembang bab kahwin ngn kawan-kawan, dok makan cerita kahwin, dok mandi cerita kahwin, esok exam malam ni dok study pun dan lagi bukak cerita kahwin
pun rasanya sesuai pi kursus kahwin ni..
bukan sebab nk suruh kahwin awai.. tapi mendapat input-input yang sangat tersangat berguna utk kita-kita yang suka berangan ni..

Kursus Kahwin ni dibuat selama 2 hari, Sabtu dan Ahad (dari pukul 8 pagi - 5 ptg)
ada 8 slot ceramah, setiap slot 2 jam... bayangkan, macam nak tertanam tulang punggong aku kat kerusi oooiiii
pheww~
semua slot tu menceritakan perihal kahwin sampai la perihal nk bercerai
ada pasal urusan kewangan,akhlak, adab bila kahwin, komunikasi, prosedur nk kahwin, pengurusan kesihatan dlm rumah tangga





dan..
bagi yang berfikiran negatif pasal ustaz-ustaz yang bagi ceramah ni
meh nak tune jugak mind hampa.... depa ni sangat-sangat la lawak+kelakar+lucu!!!
xdak masanya aku nak tidur berdengkur-dengkur
nak pecah perut aku dengaq depa bagi ceramah
yang penting, niat kita tu.. p Kursus Kahwin nak dapatkan ilmu-ilmu.. bukan nak pi cari jodoh kat sana..
hahaahha


dan...dan....dan tolong la jangan nak buat assumption pulek
yang dah p Kursus Kahwin ni, memang beria nak kahwin
dan ada notis penting bagi lelaki-lelaki yang membaca entry kali ini
bagi anda masih runsing memikirkan kriteria dan sifat wanita yang anda inginkan sebagai seorang isteri... elok sangatlah jika anda join kursus kahwin ni... para ustaz tu memang kejanya 'membantai' kaum wanita dari awal slot hingga slot yang last...adehh~
siamang la, kaki kikis la, mengade-ngade la, emo la...
hahaha...macam-macam!!!
memang perempuan kejanya tersentap je la masa ceramah ni
huuuuuu..


tapi sangat best
x rasa menyesal atau rugi pun p Kursus Kahwin ni
weeeehhuuuuuu!!!!
lepas ni dah boleh kahwin!!
weehuuuuuu!!!

ok
sekian cerita dari saya
tunggu episod seterusnya (Kahwin pulek)  sambungan topik ini dalam 5-6 tahun akan datang
kehkehkehkehkeh
kalau ditakdirkan bertemu jodoh......
okbye
~
('',)

Tuesday, 27 November 2012

Pengalaman atau pengetahuan lebih penting?

Assalamualaikum semua sahabat yang datang menjengah...  : )


Mana satu pilihan anda?
Pengalaman atau pengetahuan?

 Yang selalu kita dengar, Pengalaman mendewasakan kita
tapi dengan pengetahuan pun mampu mendewasakan kita juga..kan??


Ok...contoh yang menarik di sini
kita tahu nak bersalin itu teramat sakit...sakit..dan sakit
tapi macam mana kita tahu???
mestilah mendengar dari orang yang pernah mengalami situasi nak bersalin tu..haha

tapi cukup tahukah kita level kesakitan sewaktu bersalin itu tanpa kita merasainya sendiri?




jadi, tak salah kalau saya ingin dikatakan di sini..   
(memang x salah pun, blog aku..aku punya suka la..hahahahaha)
pengalaman itu lebih penting untuk memastikan pengetahuan yang sedia ada itu betul-betul mencukupi.

Sekadar kaya dengan pengetahuan semata-mata tidak mampu menjadikan kita berilmu. Tetapi pengetahuan berpandukan pengalaman membuatkan kita semakin berilmu.


Ya benar, sebagai pelajar, hanya pengetahuan sahaja yang dapat menaikkan CGPA kita
dan hanya dengan pengetahuan kita dapat menjawab exam dengan cemerlangnya

tetapi pengalaman + pengetahuan menjadikan kita lain dari yang lain
kombo set ini menyebabkan kita lebih berani dan yakin dengan pengetahuan kita itu

pengetahuan mungkin boleh di cari di dalam buku-buku
tetapi pengalaman hanya mampu dirasai jika kita yang menjejaki
itulah bukti betapa mahalnya pengalaman dibandingkan dengan pengetahuan semata-mata~



Pendakian ke puncak pasti hambar jika tidak menoleh kiri kanan seketika untuk menimba pengalaman demi mengukuhkan pengetahuan kita sebelum tiba di puncak.  
= )