kaWan...

Thursday, 26 April 2012

Awak pun ada 24 jam..

Assalamualaikum.

rutin kehidupan seorang pelajar:
Bangun awal pagi, solat subuh
lepas tu, ada yg x tidur balik lepas solat, tapi ada jugak yg TER-tido
dari pagi sampai ke petang.. sibuk dgn kelas ini, kelas itu
masa lunch pun, sibuk jugak.....sibuk nk makan itu, makan ini

kadang-kadang sibuk dengan aktiviti kolej lagi, sapa yg amek koko,.bertambahlah sibuknya..
kadang-kadang tidur lewat..tidur  pukul 3 pagi tu kira standard la
atau mungkin ada yg sibuk dengan aktiviti lain
contohnya, sibuk nk bergayut + SMS + bergosip sampai 2 3 pagi...
haaa...itu pun kategori sibuk jugak tu.. kategori PENYIBUK

tapi agaknya,bila nk boleh study ni?
abes satu aktiviti...ada lagi satu..
memang sampai bila-bila la x akan habis
kan?? kan?? kan??




tapi kakak, abang..
saya ada 24 jam shj..
kamu pun ada 24 jam
x semestinya sibuk itu merugikan
rasanya dalam sibuk itu..banyak benda baru yg kita belajar
benda yg xda dalam lecture notes kita semua.. btol x??
ada ke dlm lecture notes ajar pasal cara nk bersosial dgn org sekeliling?
jgn mengadap notes sampai awak tu jadi mcm computer yg dh di-program udah lerrr..
cakap pun dh ala-ala robot..
hihihihihihihik
*statement di atas tiada kena mengena dgn sesiapa..hanya ayt2 ngarut si penulis ini


yg penting, dalam 24 jam kita setiap hari ini..buatlah perkara yg kita rasakan perlu..
jgn smpai 24 jam kita berlalu dgn mengadap notes semata-mata
xdak life la cik oiiiiii kalau mcm tu
tengok macam saya ini,walaupun saya sibuk dgn koko, hal2 lain, tapi masih sempat jugak sibuk nk update blog ni...keh3
itu shj perkongsian kali ni
fikirkan-fikirkan ya...sesibuk manakah anda sebenarnya??
ok la kalians..
thats allsss


INGAT!!!!  awak ada 24 jam je..tapi saya pun ada 24 jam jgk ('',)

tatatititutu







Sunday, 15 April 2012

sekeping hati

Assalamualaikum.

Susahnya menjaga hati
bila dipuji, ia berbunga.. terasa luar biasa
pujian yg kadangkala boleh melupakan siapa kita..

selalulah kita ingatkan hati ini
jangan mudah teruja dengan kata-kata dan janji-janjinya
sememangnya tiada kepastian dalam setiap ungkapannya itu



teguhkan hati ini
jangan mudah memberi dan membiarkan hati dipermainkan
hati memang cepat tersentuh dengan kebaikan dan sifat bertanggungjawab yang ditunjukkan
tapi mampukah semua itu bertahan selamanya?
atau hanya untuk seketika?
fikirkan....

jika tidak ingin hati ini dilukai
jangan pernah memberi kepada mereka yang tidak berhak
teruskanlah penantian kita untuk si dia yang lebih layak
: )

kerana hanya dia mampu menjaga hati kita sebaik-baiknya
INGATLAH WAHAI SEKEPING HATI
jangan teruja dibuai sesuatu yang belum pasti
sesuatu yang belum pasti kita miliki.

 HATI-HATI DENGAN HATI MU.....