kaWan...

Saturday 23 February 2013

Hobi terbaru saya: MEMBACA


..Assalamualaikum..



Agak lama aku meninggalkan hobi semulia ini
MEMBACA JAMBATAN ILMU
yup! aku suka baca. baca novel paling aku suka.
kehkehkehkeh
dan baca majalah-majalah mak aku
kalau bacaan berilmiah ni..baca jugak, tapi kurang fokusnya


tapi kini,
tiada lagi erti lagha
selain dari baca blog-blog kalian
aku kini lebih cenderung nak belek artikel dan journal 


mau tak cenderung..
assignment semua nak kena ada bau-bau bacang dengan research
ahhhhh.... stressss
bantuan incik intenet amat diharapkan tanpa sebarang gangguan


makin lama, makin tinggi pulak tangga yang nak kena daki
phewww~
harapnya mampu sampai sebelum kecundang





Monday 18 February 2013

Lambaian Semester 4



Assalamualaikum..



ya semua.. tuan hamba baru melangkah masuk ke Semester 4
makin banyak ilmu baru, lecturer baru, fakta baru yang bakal masuk dalam kepala otak tuan hamba ni
tapi yang pastinya tiada kosmate baru..
hanya mampu mengadap muka-muka yang sama serupa sebijik untuk tahun ini dan tahun-tahun mendatang
hahahaha


apakah perkara yang paling bermain di fikiran anda ketika hari pertama kuliah?
Harap-haraplah lecturer x masuk hari ni...
Alah, kalau masuk pun, setakat baca sinopsis subjek tu je, lepas tu blahh


Oh tidakkk.....!!!!
Itu semua hanya mimpi!!!
tiada lagi burung-burung keriangan tatkala tiada kelas, ataupun kelas hanya dalam masa 15 minit
lecturer ni, makin bertambah semester, makin xdan dan depa nak start mengajaq
huuuuuuu~
kusangka hujan sampai ke petang, rupanya banjir di tengah hari


oleh itu, tanpa membuang masa..
marilah kita sama-sama reset minda kembali
kehadiran semester 4 mungkin lebih mencabar daripada biasa
memang x sabar ingin menghabiskan Tahun 2 sepantas kilat








Tuesday 12 February 2013

Macam mana nak habaq ni..




Assalamualaikum semua~



Apa rasanya kalau kita ditegur/dinasihat mak ayah?
rasanya ok kan...
tapi kalau kita yang nak habaq something kat depa?
haaaa....
dup dap..dup dap..dup dap


rasa macam kurang betoi pun ada
tapi masalahnya memang nak kena tegoq
tapi dah tegoq pun x makan saman..
hahahaha


nak tau dak..
bila mana seorang anak di perantauan pulang,
masak, menguruskan hal rumah, mengambil alih sepenuhnya tugas mereka
mampu membuatkan mereka goyang kaki 2 3 bulan
hahahahaha


tapi, bila anak masak bukan kena dengan taste...
xdak gulai, xdak masak lemak..
hahaha
mulalah chef senior turun padang

payah nak habaq..
dok tengok kotak simvastin dah berlambak
tapi itu lah
payah na habaq




bukan x pernah habaq,
tapi dah 52 tahun dok besa makan macam tu
payah nak tukaq dah...
pagi ayaq kopi + susu
tengahari ada gulai ka, masak lemak ka,
malam sebelum nak tidoq ayaq kopi + susu


see..
macam mana nak habaq
even x habaq pun, dah tau...
dah tau kena makan bayam banyak
lebihkan buah-buahan dengan sayoq
part tu memang la ok, xdak masalah


tapi apa yang kena kurangkan tu
x nampak pun kurang..
huuuu
macam mana nak habaq


mohon mana-mana doktor atau dietitian yang prihatin sudi membantu,
sila tinggalkan jejak di sini
habaq la kat abahku sat narh..........






Thursday 7 February 2013

Burger Bakar Abang Burn

Assalamualaikum~


Ssssllrruupppppp!!
bagi anda yang masih belum bertanya Mr Google mengenai Burger Bakaq Abang Burn,
silalah bertanya dengan segera dan jangan berlengah untuk mencuba
memang totally sangat lazat dan menjilat jari
hahahaha...


hah! ni dia gambaq burger bakaq
tapi edisi original ja, xdak la tinggi mana pun
sebab masa pi tu xdak rezeki kot, p awai sangat..
depa pun xdan nak bakaq burger lagi
so order la yang ni













cuba scroll naik ataih balik,
perhatikan longgokan mayonnaise dan sos burger ini
dan utk extra info, sebijik burger ni ada 2 keping cheese
manakala daging ayamnya ibarat 3/4 chicken chop
tebai kan?


makan sekali, saheh kenyang
ni teqa yang besa ja ni
kalau beli yang tower tinggi nuh...
Allah.....




p/s: Kalau teringin nak makan,boleh...tapi elakkan makan selalu. Berapa la agaknya kalori burger bakaq ni..rsanya ada dalam 400-500kcal ni

Wednesday 6 February 2013

Susah Ke Dietetik?

Assalamualaikum.


Susah ke kos Dietetik?

kalau ditanya masa 1st year jawabnya ----> entah, biasa-biasa ja, belajar pun xda la macam nak jadi Dietitian pun. Semua subjek Universiti ja pun (subjek wajib amek, ikut U masing-masing)

ditanya masa 2nd year -----> agak tough la, tak cukup kaki dengan tangan nak ligan. Bukan sebab complicated, tapi perlu work hard. Banyak knowledge perlu tau.


begitulah seterusnya,....
bila dah masuk 3rd year, haruslah makin tough
x kisahlah kos apa sekalipun, makin lama kita belajar, makin tough la
kalau darjah 1 belajar 1+1=2, masuk darjah 6 mestilah 1000 + ? = 2000
contoh...ha..contoh..!!! hehehe


Apa punca susah?

Punca utama: Ketidakrajinan diri sendiri. haa... pahe dop? kalo mu ghajin blajo, tak dop la susah

Punca sampingan: Banyak ilmu perlu dipelajari. Apa yang doktor, nurse, chef, kaunselor tahu, kita perlu tau jugak


Kalau dimudahkan cerita, kiranya banyak sangat nak kena belajaq... ergghhhh!!!
  *saja tambah sound effect.haha



sebenarnya tiada apa yang senang kalau diri sendiri sering mengatakan susah. 











Friday 1 February 2013

Februari

~Assalamualaikum~


Kabare? waras?
harap-harapnya semua masih waras.haha


Februari sudah  menjelang, dan dengan terpaksa-relanya Januari melabuhkan tirai
walaupun berada dalam lingkungan 2013, tapi permulaan bulan Januari tidak membawa apa-apa erti
memandangkan diri ini sedang bercuti semester
tapi kita tunggu dan lihat permulaan semester 4 ni yer

Februari...
pastinya mustahil bagi kalian mahu melihat entry-entry indah dan tenang seperti ini lagi
tiada lagi erti freedom and peace
there is only fighting! fighting! fighting!
haha


makanya, sebelum aku berfighting lagi
ingin juga aku mengabadikan entry tanpa perlu berfighting
kerana ku tahu
semester 4 makin menghampiri
tak mampu untuk berlari lagi
harus ditempuhi


apa yang mampu ku lakukan sekarang hanyalah
sepuas-puasnya makan
sepuas-puasnya tidur
sepuas-puasnya makan
dan
sepuas-puasnya tidur


Februari..
petanda tiket bas perlu dibeli
tapi nanti dulu
biar kita menghabiskan saat-saat ini bersama rakan-rakan yang jauh di mata tapi dekat di hati
kerana apabila buka semester baru, yang tinggal hanyalah rakan-rakan yang dekat di mata, dekat di hati, dekat dalam segala benda..hahahahaahhahakk.. benda pa ni??








Februari..
mengapa kau hadir?
membuatkan hati ini gundah sekali
ku tak ingin pergi..tak ingin!!!
tapi ini bukan alam fantasi
Februari sudah datang membawa khabar,
aku harus kembali untuk berfighting
meninggalkan bumi Kedah ini
...