kaWan...

Thursday, 6 February 2014

Nutrition/Pemakanan VS Dietetik

Assalamualaikum..

Ada yang masih keliru apa perbezaan course Nutrition/Pemakanan dan course Dietetik. 
Apa yang ingin dikongsikan hanyalah berdasarkan sedikit sebanyak pengetahuan dan pengalaman hamba.


Nutrition dan Dietetics merupakan course yang berkait rapat dengan pemakanan.
Kedua-dua course ini sebenarnya memainkan peranan untuk mencegah dan merawat pesakit dari faktor pemakanan. 
Tapi, siapa yang mencegah dan siapa pula yang merawat?



Meh nak cerita dari segi kerjaya dulu la yer. Nanti kita masuk bab apa subjek yg Nutrition dan Dietetik ni belajar pulak..

Keyword yang penting utk membezakan dua course ini:
:: Mencegah :: Merawat ::

Nutritionist 
Lebih mesra alam dengan komuniti. Maksudnya bekerja di klinik kerajaan untuk membantu komuniti. Nutritionist penting untuk mencegah penyakit kronik terjadi dengan lebih teruk. So, Nutritionist akan menganjurkan program, kempen untuk memberi information kepada komuniti tentang kepentingan menjaga pemakanan.

Dietitian 
Dietitian bekerja di hospital. Tapi sekarang Dietitian juga mula ditugaskan di klinik kesihatan. Tugas Dietitian adalah untuk merawat pesakit secara personal, maksudnya face-to-face. Contohnya Pesakit A mempunyai masalah kencing manis dan Pesakit B juga mempunyai masalah yang sama. Tetapi cara untuk merawat masalah kencing manis bagi pesakit ini berbeza.

Kenapa berbeza pula? Sakitnya sama ja.


Haa.. itu la cabaran nak jadi Dietitian. Walaupun Pesakit A dan B menghidap kencing manis, tapi cara hidup, faktor pemakanan, persekitaran mereka berbeza. Dietitan perlu merawat kencing manis itu based on apa yang mereka selalu makan, food preferences, persekitaran masing-masing.

Merawat penyakit dari segi perubatan mungkin boleh menggunakan ubat yang sama, tapi dari segi dos yang berbeza. Tetapi untuk merawat penyakit dari segi pemakanan memerlukan lebih komitmen kerana perlu memahami corak pemakanan,kehidupan pesakit itu.

Beza ke subjek yg Nutrition dan Dietetik belajar?

Dari segi subjek yang dipelajari, basically masa 1st year, 2nd year tu tak ada banyak beza. Banyak juga belajar subjek yang sama. Tapi bila dah masuk 3rd years, 4th year, subjek tu dah lain. Maksudnya lebih fokus kepada bidang masing-masing.

Tapi objektif dan peranan Dietitan dan Nutritionist adalah sama. Kedua-dua bidang ini memainkan peranan besar dalam bidang pemakanan pesakit.

Itu la serba sedikit yang boleh dikongsi. Nak cerita lebih pun x mampu lagi. Ceq ni pun x grad lagi. ahahahaha.. 
okbye. 
('',)

2 comments:

  1. assalamualaikum...thanks a lot for all information about dietetic course...pray for me okay coz I also want to be dietition ..insyaallah!! nice job sis ^^(wardah 95)

    ReplyDelete
  2. Respect and that i have a nifty provide: What Do House Renovations Cost cost to gut renovate a house

    ReplyDelete