kaWan...

Wednesday 25 July 2012

Indahnya ketika dilamun cinta


Orang yang bercinta melihat hijaunya daun itu lebih hijau daripada biasa.
Orang yang bercinta melihat birunya air laut lebih biru daripada biasa.
Orang yang bercinta merasa pahitnya hempedu seperti enaknya madu.
Orang yang bercinta merasa masinnya cuka seperti manisnya gula.


Indah bukan?


Jika kehadiran cinta mampu membimbing kita ke jalan bahagia
sememangnya cinta itu indah
Seandainya kita semakin menjauh dari pintu bahagia,
masihkah indah cinta itu?


Demi cinta, sanggup berkorban apa saja
Demi cinta, sanggup membelakangkan kedua ibubapa
Demi cinta, sanggup melakukan apa shj
Adakah ini layak digelar cinta?


Tatkala cinta berbunga-bunga
tega hatimu membohongi ibu sendiri?
adakah itu dikatakan pengorbanan demi cinta
sesuci itu cintamu, kononnya lebih hebat dari cinta kepada orang tua sendiri


Harus bagaimana untuk menyedarkanmu
bahawa cinta suci impianmu itu mungkin sekadar di pinggiran
Sedarlah wahai kamu
memang indah ketika dilamun cinta
tetapi ke mana hilangnya seorang anak yang dulunya mendahulukan kedua ibubapanya dalam segala perkara..


Cinta ini mudah untuk dimanipulasi, samada kebaikan atau keburukan. 
Letaknya di antara dua persimpangan.  
Cinta bila dimanipulasikan ke arah kompas kebaikan maka akan wujudlah jalan-jalan menuju syurga. 
Sebaliknya bila ia dimanipulasi ke arah kompas kefasikan maka wujud pula jalan menuju neraka.



:: Renung-renungkan ::













Tuesday 24 July 2012

Segulung ijazah sebagai suri rumah



BELAJAR


WITH FRIENDS




AFTER 4 YEARS, GRADUATE!! and sambung Master, InsyaAllah

Dietitian ^^


New Chapter of Life....
Lepas tu?
mungkin sambung kerja..
dan juga mungkin berhenti kerja

WHY??
salahkah kalau ada segelintir wanita di luar sana berhenti kerja 
walaupun sudah mendapat pendidikan yg tinggi?
maksud berhenti kerja itu bukanlah bermaksud duduk goyang kaki ja kt rumah
mungkin boleh ceburi bidang2 lain...
mungkin bisnes online.. buat bisnes kecil-kecilan sendiri di rumah

TAPI...
bergantung juga kepada persetujuan dan keizinan suami sekiranya sudah mendirikan rumahtangga
dan juga kebenaran kedua ibubapa jika masih belum berkahwin..
seandainya suami mampu memberikan nafkah secukupnya
dan tidak mendatangkan sebarang masalah atau kesulitan kepadanya

ALAHAI,
penat je la belajar penat-penat
sambung master pulak tu lepas habis degree
buat habis duit ja belajar
baik xpayah belajar teruk-teruk
last-last, duduk rumah jugak....
sama je la dengan x belajar 


FIKIRKAN..
sekiranya suami tidak mampu menanggung keluarga dengan gaji bulanannya,
maka menjadi tanggungjawab isteri untuk membantu..
jadi, bekerjalah isteri dan tidak timbul isu ini
tetapi....
jika sebaliknya, iaitu suami mampu mencari rezeki yg cukup untuk keluarga
rasanya tidak menjadi masalah besar kepada suami kerana
isteri mampu menjaga anak-anak sebaik mungkin jika dia berada di rumah
dia mampu memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak jika dia berada di samping mereka
dia mampu menguruskan rumahtangga sesempurna mungkin
tidak salah mempunyai ijazah, dan kemudian hanya berada di rumah untuk mendidik anak-anak
ilmu yang diperoleh masih berguna untuk mendidik mereka bukan?
jadi, rugikah kita belajar setinggi gunung dan seluasan lautan untuk membesarkan anak-anak dengan tangan sendiri?


PERNAH TERBACA?
- Bayi tersedak susu di rumah asuhan
- Bayi didera pengasuh ketika ibubapa bekerja
- Anak kecil menderita dibelasah bibik
- Gara-gara ibu pulang lewat, anak kelaparan
- Kurang perhatian dan kasih sayang punca anak-anak terlibat dengan gejala sosial


Hal-hal ini terjadi pada 2012..
adakah sesuatu yang lebih tragis mungkin terjadi apa tahun yg akan datang?
jadi,fikir-fikirkan
jangan jadikan alasan sibuk bekerja untuk melepaskan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak
kelak, diri sendiri juga yang merasai kesannya.
Sekadar perkongsian~




By the way, comel kan? ('',)





Sunday 22 July 2012

RAMADHAN bulan BERPESTA

Assalamualaikum.


Sekarang kita berada dalam Bulan Ramadhan ye dak?
Alhamdulillah, selesai kita berpuasa untuk 1 Ramadhan..
dan semoga kita mampu meneruskan ibadah puasa ni sampai la hujung bulan ni

walaupun kemungkinan untuk tidak berpuasa penuh itu tinggi,
tapi redha je la.. :)

YA betol!!!
Ramadhan bulan berpesta..!!!

pesta puasa..
pesta bersahur..
pesta berbuka..
pesta terawih..
pesta al-quran..

pesta apa lagi yer?
INI????

||
||
||
||


Katakan TIDAK!!!!
bukan pesta ini yg kita perlu utamakan
ini hanyalah pesta nafsu semata-mata


memang susah untuk kita adapt dgn perubahan aktiviti harian kita
kena bangun awal utk bersahur, berpuasa sepanjang hari dan sambung pulak sampai ke malam utk solat terawih
tapi InsyaAllah, dalam 30 hari ini, lama kelamaan badan kita x dak la nk terkejut sangat dh


heheehehe..
aku pun, utk 1st day berpuasa dlm bulan Ramadhan ni
agak pening-pening lalat la,
bangun sahur dalam pukul 5.15 pagi,
lepas subuh dah x tido.. tapi dalam pukul 8 pagi tadi
Allah....
dah start berpinau mata ni...
last2 rebah bersama bantal busuk Nyiau la jawabnya....hehehe

lepas tu, bangun mandi segala..
dah mula rasa bosan xtw nk buat apa..
selalunya dlm pukul 11 pagi tu dh start selongkar peti ais,
ready nk masak la katakan...
pagi tdi, kejap2 aku p dapur..
qeja dk ulang bukak peti ais..hahahaha
haru sungguh!!

jadinya,
marilah kita jadikan Ramadhan sebagai bulan utk berpesta
harapnya perubahan-perubahan positif mendatangi kita

kalau dulu,
mak ayah kita yg bangun nk masak untuk sahur
so sekarang,apa salahnya kita bangun awal sikit ja dari depa..
tolong ready2 bahan ka, gamak bangun awai... tolong teruih masak pn ok gk
hehehe

ok la...dh lewat malam ni
nk tidoq awai sikit
esok xda la nk pening-pening macam tadi lagi
abeh tunggang tebalik jadual tidurku

ok kalian
selamat berpuasa esok hari!!!
sekian
tatatititutu!!!

::    ::   ::    ::   ::   ::   ::   ::   ::   ::   ::   ::   ::   ::   ::   ::   ::   ::   ::    ::   ::  ::  :::   ::
























Monday 16 July 2012

Kehidupan

Assalamualaikum.


Sering sekali kita menoleh ke belakang
dan cuba memperbaiki masa lampau
tetapi adakah benar jalan yang kita rentasi ini?


Mampukah kekurangan masa lampau kita diperbaiki
apa kita benar-benar yakin dengan jalan masa hadapan ini?


apa pun, 
perjalanan yang dimulakan ini perlu diteruskan hingga ke penghujungnya
kita tidak mampu mengubah apa yang telah terjadi
tetapi kita masih mampu mengimpikan apa yang kita ingini.


Jangan memandang ke bawah  sebelum memulakan langkah kita
Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.


Inilah kehidupan
tidak selamanya indah, tidak selamanya pudar
suatu ketika kita masih bermimpi indah 
tetapi pasti akan tiba masanya untuk kita berpijak di bumi nyata.


jangan dipersoalkan tentang mengapa sesuatu itu terjadi
walaupun kita tidak pernah meminta sebegitu
kerana inilah KEHIDUPAN...






Hidup tidak boleh berpandukan perasaan di hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Menerima dan membuat keputusan berlandaskan kenyataan dalam hidup mampu memacu kita ke jalan yang diimpikan.


Friday 13 July 2012

Dia itu wanita..

Assalamualaikum.

Kecantikan seorang wanita dinilai sejauh mana dia dapat menjaga malunya, dan kegagahan seorang lelaki terzahir sejauh mana dia dapat menahan marah.


Wanita selalunya ketawa bila dia mampu, dan menangis apabila menginginkan sesuatu.


Wanita mudah memaafkan suatu pengkhianatan, tetapi sukar baginya untuk melupakan


Tidak diciptakan seorang wanita untuk dikagumi semua lelaki, tetapi wanita ialah sumber kebahagiaan seorang lelaki


Sesungguhnya tidak ada wanita yg cantik, yang ada hanyalah kaum adam yang sering tewas dengan kecantikan.


Wanita hidup berbahagia dengan cinta, manakala lelaki mencintai untuk hidup berbahagia


Jangan menyalahkan wanita kerana perasaannya  yang terbaik ialah ketika dia menerima anda sebagai lelaki


Sekadar perkongsian~













Thursday 12 July 2012

Dietetik Tahun Satu

Assalamualaikum.

Selesai sudah satu tahun.. 3 years more to go!!
walaupun tahun satu agak lenggang-lenggang kangkung..
tapi quite extreme jugak la..

tahun satu..belajar memasak..
i like it so much!!
sebab.. kita masak, kita la yg makan.. so kira jimat la duit lunch..hehe
utk melengkapkan hidangan, setiap minggu kitorang mesti akan curik-curik p beli nasi kt kafe..
maklumlah, lauk-lauk semua special-special..
gila hang kalau xdak nasi..!!!
ehehehe

sesapa yang x reti masak, akan tetiba jadi pro
yang x pandai buat air teh,milo, jus.. gerenti dh master skrg ni!
yg xpernah pegang sudip pn, memang wajib pegang punya
hehehehe..
SERONOK oooooOOOOOOoooo


belajar masak apa jer?
helo.... kitorang bukan setakat masak nasi goreng, mi goreng, bihun goreng..
nk senang cerita, macam ni la yer anak-anak..
kalau seorang bakal doktor, perlu la belajar segala mak nenek bahagian pasal human body
dan bakal engineer pun perlu la belajar segala mak datuk pasal dunia engine
begitu juga dengan seorang bakal dietitian..
dari sekecil-kecil kacang, hingga sebesar-besar daging kitorang blajo

every week, resepi yg berbeda akan disediakan oleh kami..
dari sayuran,buah-buahan,telur,kekacang,daging,ikan,pastry,cake dll.
pendek kata, 2 in 1 la ni
blajar utk jdi dietitian, dan jugak utk diri sendiri  : )




kitorang masak sendiri okeeee...


sedap gilersssssss...


yummy!!!


here some MORE!!!


memang best la... serius x tipu
sangat enjoy 1st year ni...
tapi xtau la pulak apa yg menanti utk 2nd year ni...
huh~
nervous la jgk sebab makin lama, course ni makin heavy
bukan heavy nk memasak yer tuan2 puan2
heavy sebab ye la.. nk kena sediakan makanan or diet utk patient
bukan buleh main hentam nk bagi ja..
susah bukan?


apa pun, pray for me..
semoga dapat menghadapi hari mendatang dgn lancar
Amin~


~1st year ~
learn from zero..


~together we go~

pray for me, dear friends!!!

sampai di sini sahaja coretan kali ini
sama-sama lah kita ber-fighting utk masa depan kita..
ok kalian
tatatititutu!!!!!
see you then~
('',)





Wednesday 11 July 2012

what my mama's want

Assalamualaikum.


  • masuk MRSM la kakak.. study terjamin sikit  --> disagree
  • habis PMR, p join kelas tambahan kt sekolah mama --> agree
  • dh habis SPM, xpayah la kerja,.duduk rumah ja,kerja ngn mama --> ok fine.....  :(
  • dlm UPU nanti, letak UM > UPM > UIA > UITM --> ok,kak ikut ja
  • xpayah la p matrik Kedah, stay ja kat Asasi UPM --> agree
  • utk degree, letak medical doctor > dietetics > biomedic > nutrition > vet  --> kureng disagree
  • kak dh habis degree nanti, sambung buat master teros --> sob..sob..sob
  • lepas abeh master, nk kawen ka, nk kerja ka, nk sambung phD terus pn xpa --> sob..sob..sob..sob

sejak dulu lagi, mama saya selalunya akan menentukan hala tuju hidup saya. Saya sebagai budak innocent, hanya follow the flow..let it be. Tapi, setiap kali my mama tentukan hala tuju hidup saya, saya selalu berfikir, "inikah yang terbaik untukku?"

Alhamdulillah, setiap perkara yg mama inginkan, selalunya sangat tepat untukku. Habis SPM, mama memang menentang sehabisnya bila aku cakap nk kerja part-time..!!  *huwaaaaa...
Mama suruh duduk rumah,kerja dgn dia.. kerja apa?  -masak,kemas rumah, jaga nyiau 
masa ni agak protes r sebab lama kot cuti...BOSAN tahu?

dan ada hikmahnya mama suruh aku duk rumah, jadi suri rumah kononnya..hehe
sekarang ni kan dh terer nk masak katanya.. xda la nk terkodek-kodek sangat bila nk masak n sangat bertepatan dengan course yg saya ambil..hehehe

dan..mama terus mengatur utk masa hadapan saya.. lepas degree,sambung master terus.. -,-''
walaupun rasa kureng disagree., tapi selepas memuhasabah diri ini, rasanya ada kebaikan dan reason mama berkata begitu.. walaupun terpaksa mengorbankan niat hati saya untuk berkahwin awal..x pa la

saya yakin dengan setiap keinginan mama.. mama lebih tahu apa yg tebaik untuk saya
saya follow je la, harap hati ini rela..ehehehe
mama lebih memahami apa yg perlu untuk saya..

KAMU BAGAIMANA?
InsyaAllah, apa yg ditentukan itu bertunjangkan petunjuk Allah S.W.T
sebagai anak, tiada apa yg mampu kita berikan selain memenuhi impian-impian ibu bapa kita yg suatu masa dahulu tidak kesampaian..
kita tidak punya harta, wang ringgit untuk membahagiakan mereka, tetapi kita mempunyai ilmu yg mampu membahagiakan kehidupan mereka dunia akhirat~


Saturday 7 July 2012

bongsu katanya

Assalamualaikum.

Niat di hati xnk update blog..
tapi disebabkan ketidak-puasan hati berlaku di sini
so,memang dari tadi tak sabar-sabar nak buat luahan hati di sini


PAGI
man, baju dh pakai x kan longgok kt bilik ja? pi letak dalam mesin nuh

man, dh sarapan tu, cawan tu p la letak dalam sinki..sapa nk tolong kutip

amboi..perut dah kenyang, kertas bungkus nasi lemak ni sapa nk buang?


TENGAHARI
cedok la nasi sendiri..bukan x sampai pun

cuba amek kuah tu elok-elok, apa yg kalut sangat?

oi2, ni pinggan sapa nk tolong angkat?

kipas kt dapur tu x reti nk tutup ka, man?

zohor masuk g xtau? dah2..tutup tv


PETANG
kerja sekolah nk buat bila? esok Ahad dh..

p amek cotton bud cepat!! telinga serupa Gua Kelam dh tengok

nk dekat pukul 7 dah ni, pi mandi cepat..gosok kaki, ketiak tu


MALAM
cepat-cepat,buat kerja sekolah bagi peqabeh

kemas buku dak gi, man?

cari stokin siap2, esok pagi x kalut dah

dah2.tutup tv, lewat dah ni, esok nk bangun payah


..............................................................................................................................................

PAGI
kak ni..satgi mama kutip la baju tu, rileks la..

ala, satgi abah nk minum air kopi, abah p la tlg buang kertas nasi lemak tu, rileks r

ishhhh..kak ni hingaq la,semua man nk kena buat sniqi


TENGAHARI
cedok la sat..x larat ni...

ish..orang suruh boh lauk tadi, xmau..ni dh tumpah, nk marah pulak

sat-sat..nk tgk tv,5 minit g p smayang la


PETANG
esok xda la subjek ni, nanti la man buat qeja sekolah ni

mama xsuruh korek telinga pun...man x korek la


MALAM
esok pagi mama cari la stokin,rileks la

nk pi tidoq la ni..Abah,!jom tidoq?

abah pasang la ubat nyamuk sat...satgi nyamuk kacau...

kakak ni,balik rumah ja...semua nk hingaq..semua man nk kena buat sniqi

bla...bla...bla




moral of the story:
untung la jadi anak bongsu ni.. zaman kegagahan dan kegarangan mama dengan abah dh berakhir...dah tiada istilah berdikari + bedisiplin macam dulu-dulu

untung la jadi anak bongsu, kakak-kakak, abang sayang sungguh...marah pun,marah gitu-gitu ja
geram pun,geram gitu-gitu ja...eeeiiiiii,,memang nk gigit la!!!!

adoi la..
bak kata mak aku, "bukan x garang kakak, tapi memang dh macam tu..makin tua, makin hilang la garang tu"
memang la aku yg hingaq tiap-tiap hari
apa la nasib badan.....

that's all..
sayonara..
esok, lusa, tulat, tungging,.skrip harian aku macam ni la
hahahahahaha
daaaaaa~


















Friday 6 July 2012

kerja part-time

Assalamualaikum.

Apa plan korang untuk cuti sem ni?
any plan?
no plan?
hahahahaha...

memandangkan result semester 2 pun x keluar-keluar lagi..
so aku pun sambung la kontrak dengan Ismail and Co.
hahahahaha
kontrak as a Bibik full time ok.. not part-time

tapi sebelum aku ikat kontrak..haruslah me-release tension dulu..ye dak?
so,2 minggu sebelum ni, sibuk la aku bersuka ria ke mana-mana shj
pi singapore,. balik malaysia, sambung p langkawi pulak
wah...!!!
mau tak pokai..
pheww~
tapi xpa, bukan selalu pun..ngeh3

apa?
gambar?
nak tengok ke?
ala..malas la nk upload gambar
nanti-nanti la..la ni busy ni
busy gila nak setelkan segunung baju-bajuan
xlupa dgn setimbun buku-bukuan
dan juga selonggok pinggan-pingganan
hahaha

ni ada masa nk update blog pun,kira bersyukur la ni
ok la.nk p tidur..ponat eden melipat baju-baju cikgu Ismail and Rusnah sekeluarga
esok nk sambung lagi ni aktivitis lain
ok bye

sapa-sapa rasa bosan dk rumah..xtw nk buat apa tu kan..
meh la minta kerja ngn aku
nk kerja part-time pn bolehhh..
byk kerja kosong ni..
haha
ok...daaaAAAAAaaaAAAA!!!

Monday 2 July 2012

manusia



kekadang apa yang kita bayangkan, tidak seindah apa di depan mata
memang dulu, dialah idola..
tapi..mengapa berubah??

semoga hati ini masih di jalan yg benar
dan semoga dia berubah kepada dirinya yang dulu

mampukah untuk aku berkata-kata
sedangkan kita sudah jauh...
jauh dari mat, jauh jua perjalanan kita, jauh juga pemikiran kita




sedangkan hati seorang kawan terasa walang
apatah lagi hati seorang ibu?

apabila ibu meluahkan rasa hibanya, aku terasa sungguh sayu
bagaimana pula perasaan ibu si dia yang menanggung

kuharap, kenangan dan memori dulu kembali terlayar
agar dia teringat dan tersedar..
siapa dia suatu masa dulu