kaWan...

Monday, 16 July 2012

Kehidupan

Assalamualaikum.


Sering sekali kita menoleh ke belakang
dan cuba memperbaiki masa lampau
tetapi adakah benar jalan yang kita rentasi ini?


Mampukah kekurangan masa lampau kita diperbaiki
apa kita benar-benar yakin dengan jalan masa hadapan ini?


apa pun, 
perjalanan yang dimulakan ini perlu diteruskan hingga ke penghujungnya
kita tidak mampu mengubah apa yang telah terjadi
tetapi kita masih mampu mengimpikan apa yang kita ingini.


Jangan memandang ke bawah  sebelum memulakan langkah kita
Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.


Inilah kehidupan
tidak selamanya indah, tidak selamanya pudar
suatu ketika kita masih bermimpi indah 
tetapi pasti akan tiba masanya untuk kita berpijak di bumi nyata.


jangan dipersoalkan tentang mengapa sesuatu itu terjadi
walaupun kita tidak pernah meminta sebegitu
kerana inilah KEHIDUPAN...






Hidup tidak boleh berpandukan perasaan di hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Menerima dan membuat keputusan berlandaskan kenyataan dalam hidup mampu memacu kita ke jalan yang diimpikan.


No comments:

Post a Comment