kaWan...

Sunday 28 October 2012

Bahagia kita serupakah?

Assalamulaikum..

Sebelum kaki menjejak ke UPM, haruslah sebanyak mungkin menghiasi ruangan ini agar kelak tidak dikata kosong tak berpenghuni

Selalu terimbau kenangan zaman lalu, zaman bersekolah dgn rakan se-jantina..  
(skema habeh dh ni)
dan juga kenangan di zaman kanak-kanak riang
memang semua itu kenangan terbaik buat diriku!!
aku GEMBIRA!
aku BAHAGIA!!

tapi semalam bagai dikejutkan dari angan-angan indahku ini
baru ku tahu, bukan semua orang mengapai kenangan itu semudah yang aku sangkakan
aku begitu mudah menikmati keindahan zaman kanak-kanak
tetapi ada yang perlu berusaha untuk mendapatkannya

tersentak hati setelah mengetahui perkongsian ini
makin menyedarkan aku, kegembiraan luaran yang ditonjolkan tidak semestinya melambangkan kebahagiaan dirinya yang sebenar.




aku gembira dan berterusan gembira, apabila datangnya masalah atau bencana
aku jatuh, dan cuba untuk bangun semula...
tetapi dia pula, masalah datang tanpa diduga, jatuh dan cuba bangun semula hanya untuk mendapatkan secebis kegembiraan itu...

Alpanya aku kerana hanyut dengan dunia sendiri

Saturday 27 October 2012

about BONGSU again

Assalamualaikum.

Kepulanganku sempena Raya Haji kali ini disambut lebih meriah daripada sebelum ini
padahal raya haji tahun lepas x balik pun..hahaha
tahu kenapa?

Kalau exam kali ni dapat no. 1, kakak bagi hadiah...sebut ja nak apa!

dan..
ditakdirkan nasib menyebelahi
pertama kali sejak dari darjah 1, hingga kini iaitu darjah 5
beliau berjaya mendapat tempat pertama   *OMG...
kopaklah kakak beliau jawabnya


disebabkan semua kakak-kakak dan abang beliau tidak menetap di rumah..keh3
lebih jelas lagi, 2 org dk asrama, lagi 2 di perantauan
jadi setiap kali kami pulang, beliau menjadi sasaran melepas rindu dendam
walaupun ku tahu beliau bukanlah lagi baby yg kecil comel..
tapi beliau tetap comel di mata kami semua

seronok menjadi bongsu seperti beliau
acap kali menang jika bertelagah dengan abang kakak
jika itu yang beliau inginkan, itulah yang akan dapat
jika handset abang yang dia mahu, sampai nangis2 merajuk pun mampu
yakin ada yang membela nasibnya itu
ayat x menahan, but it's true 

along,mai sat handset..nak main game.. (dh sebak,along xbagi)                               apa yang pasti, akan datang pembela nasib membantu beliau

bukan beliau seorang sahaja
mungkin genetically daripada ayah (si pembela nasib beliau)
bongsu juga la katakan
usai mengkhabarkan kepada adinda-adinda di kampung bahawa ingin pulang menziarah
masing-masing sibuk memasak..lauk kegemaran disediakan
ikan pekasam, daging cicah ayaq asam, dan macam-macam lagi
mungkin... inilah lumrah anak bongsu tersayang

suatu hari nanti,mungkin aku juga akan begitu
mendengar khabar beliau ingin datang,
pantas disediakan apa yang disukai, apa yang digemari



bantal busuk menjadi rebutan
perut selesa menjadi idaman
gigi besar menjadi taruhan
pipi comel menjadi sasaran

it's all about my BONGSU...




p/s: kamu yang di Indonesia, usah nangis-nangis ya..saya mendengar luahan rindu kamu semua...hehehhee

Thursday 25 October 2012

untuk apa bertemu

Assalamualaikum..

jika kita sudah berada di hadapan, tidak salah menoleh melihat apa yang berada di belakang
tapi hanya sebagai peringatan dan pedoman
jangan pula kita berhasrat untuk melangkah ke belakang kembali

untuk apa kembali jika bukan untuk kebaikan
pergilah jauh dari sini
lebih baik jika tidak bersua kembali




Wednesday 24 October 2012

Hati Sayu

Assalamualaikum.


Tidak pasti sama ada normal atau abnormal bagi seseorang itu mengalami simptom 'kesayuan hati' sekurang-kurangnya sekali dalam satu bulan
Tapi yang pasti, itulah yang terjadi kepada tuan tanah Kerpuk-kualiful



motif?
kadang-kadang tidak pasti apakah ertinya hati ini menjadi sebegitu lemah
mungkin rindukan mereka di Kedah
atau terkenangkan kealpaan diri saban hari
barangkali penat belajar?
rasanya kerana menghuni planet tanpa air..mungkin
konklusinya, segalanya berlegar di minda setiap ketika



Apapun, perlu bagi kita mencuba menjadi sekuat mungkin
dari dulu, itu yang selalu mama titipkan
dan mungkin kerana itulah juga i am who i am today..


cara terbaik bagiku, luahan rasa hati supaya dapat mengubat sakit ini
jika tidak mampu kepada mereka di sekeliling, di sini juga bisa mengurangkan bebanan ini


sabar hati..
Khamis makin dekat,
semoga kepulangan ke Kedah bisa melenyapkan rasa ini
tapi sebelum itu, kuatlah hati
mari sama-sama kita hadapinya





Saturday 20 October 2012

Mukadimah Semester Tiga

berlalunya test 1 bukan penentu segalanya lagi...
cabaran Clinical masih menanti..adakah kami masih ditakuk yang lama?
insyaAllah kami mencuba

memang perjalanan Dietitian-to-be makin terasa peritnya
sukar digambar, sukar dicerita
hanya hasil nukilan bukti segala

ingin menjadikan kami lebih dewasa awal berbanding mereka?
baiklah..kami akan mencuba
aku tahu, ini yang terbaik yang ingin dilakukan oleh lecturer semua
subjek Tahun Ketiga, dijadikan subjek Semester Ketiga
terlalu awal belajar, banyak kecelaruan aku rasakan

masa bergembira perlu dilupakan seketika
tiada lagi zaman bercerekarama atau berdrama
belajar kerana ingin tahu, bukan lagi seperti dahulu
bersuka ria x kira waktu

dan kemudian.., Final Year Project pula menanti tahun hadapan
ya..aku perlu bersedia

apapun, minat membantu aku untuk meneruskan perjalanan ini
semoga selamat tiba ke destinasi
walaupun tidak mampu memberikan yang terbaik, tapi aku akan cuba untuk melakukan sehabis baik
bukan untuk orang lain, tapi demi kebaikan sendiri

hati, tabahlah mengharungi perjalanan ini
kita tidak keseorangan..
rakan seperjuangan sentiasa di sisi



walau perit dan pahit semakin dirasai, tapi tiada halangan jika mereka menemani
sungguhpun tidak pasti apa yang menanti, tapi yang pasti kamu semua di sisi...

Monday 15 October 2012

Mengejar impian atau mengejar bayang?

Assalamualaikum..

Kalau tersalah laluan, tersilap simpang masih boleh u-turn.. banyak lagi jalan untuk berpatah balik
tapi andai sudah tersalah haluan menuju impian, makin perit perjalanan itu kerana tiada u-turn untuk kita memulakan semua perjalanan ini
langsaikan satu persatu impian kita, dan bukan gopoh untuk merebut semua..



sejak bayi pun,satu persatu yang kita tempuhi
bukan selepas lahir ja, terus sibuk belajar berlari..ye dak?
kita bermula dengan meniarap, kemudian belajar merangkak, lama-lama baru pandai berdiri, itu pun masih terjatuh..selepas pandai berjalan, barulah mampu berlari..



begitu juga dengan kehidupan dewasa kita ini
kita mulakan dengan belajar. Belajarlah sebanyak mungkin yang kita mampu
kemudian baru melangkah ke alam berkerja, dan kita teruskan lagi langkah kita dengan impian atau angan-angan kita untuk membeli kereta,rumah dan sebagainya.

apa terjadi jika seorang bayi yang baru mampu merangkak ingin terus bangun berlari?
pastinya tersungkur bukan? kerana masih banyak langkah yang perlu si kecil comel pelajari..
sama sahaja dengan kita yang sudah besar ini..
jika kini kita hanya perlu belajar,menuntut ilmu, maka lakukan dengan bersungguh-sungguh
jangan pula kita rasa ingin lebih advance dari orang lain
belajar dan bekerja dalam satu masa??
2 komitmen yang besar dalam satu masa??
mampukah....?? tidak tersungkurkah kita



Jangan sampai mengejar impian, kita terlepas detik-detik yang harus kita rasai sepanjang kehidupan ini
dan jika itu berlaku, apa sebenarnya yang dikejar?
impian ataupun hanya bayang-bayang?
Renungkan wahai hati..



Wednesday 10 October 2012

Siapa bakal pasangan kita..?

Assalamualaikum..


selalu kita dengar, "orang yang baik akan mendapat jodoh baik dan sebaliknya pula bagi mereka yang tidak"
apakah definisi BAIK dalam konteks menilai siapa bakal pasangan kita kelak?

Sebaik manakah bakal pasangan kita?
Jawapan ada pada diri masing-masing.. tepuk hati,jawapan sedang menanti

Cukup baikkah diri ini?
Sejauh mana kita menjaga hati ini?
Terdapat batas atau tidak dalam kehidupan kita?

Apabila dinilai kembali, banyak lagi lubang kekurangan..
perlu segera kita tutup dengan sebaik mungkin
melakukan kesalahan itu tidak salah, tetapi mengulangi kesalahan itu amat salah!!

Jodoh hanya tiba apabila kita sudah bersedia
apabila lubang-lubang kekurangan semakin berkurangan




Mereka yang sudah berjaya, pastinya gembira
kerana jodoh itu telah tiba..
tetapi jangan kerana itu, lubang lama dahulu kembali terbuka

ingin hati ini menjadi seperti itu
tapi ku mengerti, jauh lagi perjalanan ini,
jika dibandingkan dengan mereka yang hampir ke situ



Ku doakan.. sempat diri ini menutupi kekurangan diri sebaik mungkin sebelum ditemukan dengan bakal pasangan pada masa depan..
dan semoga dia juga dalam usaha untuk memperbaiki apa yang kurang dalam diri sendiri..

Baru kini ku mengerti,
bagaimana jodoh itu datang mencari
apabila matangnya hati, kemudian pasti ada yang menanti.......



Sunday 7 October 2012

Serius nk update

Assalamualaikum.

Sumpah nk update blog...tapi mungkin otak tepu sangat buat masa ni ..xmampu melontarkan kata

tapi hanya mampu singgah sebentar di sini mengatakan

saya masih di sini!!!!!

tapi tidak mampu memuntahkan sejuta cerita buat masa ini..