kaWan...

Monday, 15 October 2012

Mengejar impian atau mengejar bayang?

Assalamualaikum..

Kalau tersalah laluan, tersilap simpang masih boleh u-turn.. banyak lagi jalan untuk berpatah balik
tapi andai sudah tersalah haluan menuju impian, makin perit perjalanan itu kerana tiada u-turn untuk kita memulakan semua perjalanan ini
langsaikan satu persatu impian kita, dan bukan gopoh untuk merebut semua..



sejak bayi pun,satu persatu yang kita tempuhi
bukan selepas lahir ja, terus sibuk belajar berlari..ye dak?
kita bermula dengan meniarap, kemudian belajar merangkak, lama-lama baru pandai berdiri, itu pun masih terjatuh..selepas pandai berjalan, barulah mampu berlari..



begitu juga dengan kehidupan dewasa kita ini
kita mulakan dengan belajar. Belajarlah sebanyak mungkin yang kita mampu
kemudian baru melangkah ke alam berkerja, dan kita teruskan lagi langkah kita dengan impian atau angan-angan kita untuk membeli kereta,rumah dan sebagainya.

apa terjadi jika seorang bayi yang baru mampu merangkak ingin terus bangun berlari?
pastinya tersungkur bukan? kerana masih banyak langkah yang perlu si kecil comel pelajari..
sama sahaja dengan kita yang sudah besar ini..
jika kini kita hanya perlu belajar,menuntut ilmu, maka lakukan dengan bersungguh-sungguh
jangan pula kita rasa ingin lebih advance dari orang lain
belajar dan bekerja dalam satu masa??
2 komitmen yang besar dalam satu masa??
mampukah....?? tidak tersungkurkah kita



Jangan sampai mengejar impian, kita terlepas detik-detik yang harus kita rasai sepanjang kehidupan ini
dan jika itu berlaku, apa sebenarnya yang dikejar?
impian ataupun hanya bayang-bayang?
Renungkan wahai hati..



No comments:

Post a Comment