kaWan...

Sunday, 28 October 2012

Bahagia kita serupakah?

Assalamulaikum..

Sebelum kaki menjejak ke UPM, haruslah sebanyak mungkin menghiasi ruangan ini agar kelak tidak dikata kosong tak berpenghuni

Selalu terimbau kenangan zaman lalu, zaman bersekolah dgn rakan se-jantina..  
(skema habeh dh ni)
dan juga kenangan di zaman kanak-kanak riang
memang semua itu kenangan terbaik buat diriku!!
aku GEMBIRA!
aku BAHAGIA!!

tapi semalam bagai dikejutkan dari angan-angan indahku ini
baru ku tahu, bukan semua orang mengapai kenangan itu semudah yang aku sangkakan
aku begitu mudah menikmati keindahan zaman kanak-kanak
tetapi ada yang perlu berusaha untuk mendapatkannya

tersentak hati setelah mengetahui perkongsian ini
makin menyedarkan aku, kegembiraan luaran yang ditonjolkan tidak semestinya melambangkan kebahagiaan dirinya yang sebenar.




aku gembira dan berterusan gembira, apabila datangnya masalah atau bencana
aku jatuh, dan cuba untuk bangun semula...
tetapi dia pula, masalah datang tanpa diduga, jatuh dan cuba bangun semula hanya untuk mendapatkan secebis kegembiraan itu...

Alpanya aku kerana hanyut dengan dunia sendiri

No comments:

Post a Comment