kaWan...

Saturday 27 October 2012

about BONGSU again

Assalamualaikum.

Kepulanganku sempena Raya Haji kali ini disambut lebih meriah daripada sebelum ini
padahal raya haji tahun lepas x balik pun..hahaha
tahu kenapa?

Kalau exam kali ni dapat no. 1, kakak bagi hadiah...sebut ja nak apa!

dan..
ditakdirkan nasib menyebelahi
pertama kali sejak dari darjah 1, hingga kini iaitu darjah 5
beliau berjaya mendapat tempat pertama   *OMG...
kopaklah kakak beliau jawabnya


disebabkan semua kakak-kakak dan abang beliau tidak menetap di rumah..keh3
lebih jelas lagi, 2 org dk asrama, lagi 2 di perantauan
jadi setiap kali kami pulang, beliau menjadi sasaran melepas rindu dendam
walaupun ku tahu beliau bukanlah lagi baby yg kecil comel..
tapi beliau tetap comel di mata kami semua

seronok menjadi bongsu seperti beliau
acap kali menang jika bertelagah dengan abang kakak
jika itu yang beliau inginkan, itulah yang akan dapat
jika handset abang yang dia mahu, sampai nangis2 merajuk pun mampu
yakin ada yang membela nasibnya itu
ayat x menahan, but it's true 

along,mai sat handset..nak main game.. (dh sebak,along xbagi)                               apa yang pasti, akan datang pembela nasib membantu beliau

bukan beliau seorang sahaja
mungkin genetically daripada ayah (si pembela nasib beliau)
bongsu juga la katakan
usai mengkhabarkan kepada adinda-adinda di kampung bahawa ingin pulang menziarah
masing-masing sibuk memasak..lauk kegemaran disediakan
ikan pekasam, daging cicah ayaq asam, dan macam-macam lagi
mungkin... inilah lumrah anak bongsu tersayang

suatu hari nanti,mungkin aku juga akan begitu
mendengar khabar beliau ingin datang,
pantas disediakan apa yang disukai, apa yang digemari



bantal busuk menjadi rebutan
perut selesa menjadi idaman
gigi besar menjadi taruhan
pipi comel menjadi sasaran

it's all about my BONGSU...




p/s: kamu yang di Indonesia, usah nangis-nangis ya..saya mendengar luahan rindu kamu semua...hehehhee

No comments:

Post a Comment