kaWan...

Saturday, 20 October 2012

Mukadimah Semester Tiga

berlalunya test 1 bukan penentu segalanya lagi...
cabaran Clinical masih menanti..adakah kami masih ditakuk yang lama?
insyaAllah kami mencuba

memang perjalanan Dietitian-to-be makin terasa peritnya
sukar digambar, sukar dicerita
hanya hasil nukilan bukti segala

ingin menjadikan kami lebih dewasa awal berbanding mereka?
baiklah..kami akan mencuba
aku tahu, ini yang terbaik yang ingin dilakukan oleh lecturer semua
subjek Tahun Ketiga, dijadikan subjek Semester Ketiga
terlalu awal belajar, banyak kecelaruan aku rasakan

masa bergembira perlu dilupakan seketika
tiada lagi zaman bercerekarama atau berdrama
belajar kerana ingin tahu, bukan lagi seperti dahulu
bersuka ria x kira waktu

dan kemudian.., Final Year Project pula menanti tahun hadapan
ya..aku perlu bersedia

apapun, minat membantu aku untuk meneruskan perjalanan ini
semoga selamat tiba ke destinasi
walaupun tidak mampu memberikan yang terbaik, tapi aku akan cuba untuk melakukan sehabis baik
bukan untuk orang lain, tapi demi kebaikan sendiri

hati, tabahlah mengharungi perjalanan ini
kita tidak keseorangan..
rakan seperjuangan sentiasa di sisi



walau perit dan pahit semakin dirasai, tapi tiada halangan jika mereka menemani
sungguhpun tidak pasti apa yang menanti, tapi yang pasti kamu semua di sisi...

No comments:

Post a Comment