BELAJAR |
WITH FRIENDS |
AFTER 4 YEARS, GRADUATE!! and sambung Master, InsyaAllah |
Dietitian ^^ |
New Chapter of Life.... |
mungkin sambung kerja..
dan juga mungkin berhenti kerja
WHY??
salahkah kalau ada segelintir wanita di luar sana berhenti kerja
walaupun sudah mendapat pendidikan yg tinggi?
maksud berhenti kerja itu bukanlah bermaksud duduk goyang kaki ja kt rumah
mungkin boleh ceburi bidang2 lain...
mungkin bisnes online.. buat bisnes kecil-kecilan sendiri di rumah
TAPI...
TAPI...
bergantung juga kepada persetujuan dan keizinan suami sekiranya sudah mendirikan rumahtangga
dan juga kebenaran kedua ibubapa jika masih belum berkahwin..
seandainya suami mampu memberikan nafkah secukupnya
dan tidak mendatangkan sebarang masalah atau kesulitan kepadanya
ALAHAI,
penat je la belajar penat-penat
sambung master pulak tu lepas habis degree
buat habis duit ja belajar
baik xpayah belajar teruk-teruk
last-last, duduk rumah jugak....
sama je la dengan x belajar
FIKIRKAN..
sekiranya suami tidak mampu menanggung keluarga dengan gaji bulanannya,
maka menjadi tanggungjawab isteri untuk membantu..
jadi, bekerjalah isteri dan tidak timbul isu ini
tetapi....
jika sebaliknya, iaitu suami mampu mencari rezeki yg cukup untuk keluarga
rasanya tidak menjadi masalah besar kepada suami kerana
rasanya tidak menjadi masalah besar kepada suami kerana
isteri mampu menjaga anak-anak sebaik mungkin jika dia berada di rumah
dia mampu memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak jika dia berada di samping mereka
dia mampu menguruskan rumahtangga sesempurna mungkin
tidak salah mempunyai ijazah, dan kemudian hanya berada di rumah untuk mendidik anak-anak
ilmu yang diperoleh masih berguna untuk mendidik mereka bukan?
jadi, rugikah kita belajar setinggi gunung dan seluasan lautan untuk membesarkan anak-anak dengan tangan sendiri?
PERNAH TERBACA?
- Bayi tersedak susu di rumah asuhan
- Bayi didera pengasuh ketika ibubapa bekerja
- Anak kecil menderita dibelasah bibik
- Gara-gara ibu pulang lewat, anak kelaparan
- Kurang perhatian dan kasih sayang punca anak-anak terlibat dengan gejala sosial
Hal-hal ini terjadi pada 2012..
adakah sesuatu yang lebih tragis mungkin terjadi apa tahun yg akan datang?
jadi,fikir-fikirkan
jangan jadikan alasan sibuk bekerja untuk melepaskan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak
kelak, diri sendiri juga yang merasai kesannya.
Sekadar perkongsian~
No comments:
Post a Comment