kaWan...

Saturday, 15 February 2014

Minimum Requirement for Dietetics program

Assalamulaikum..

Berapa pointer untuk apply Dietetics di UPM?


Entry ini memang khas bagi mereka yang mencari info mengenai B.Sc. Dietetics in UPM ye. Khas buat bacaan adik-adik Asasi Sains Pertanian,UPM especially. Hehehe..

ok, back to the topic. Sebenarnya korang pun boleh google dan cari sendiri maklumat ni. Tapi alang-alang dah jumpa kan, apa salahnya share dengan korang.
Tapi lagi sekali nak tekankan, maklumat ni mengenai Dietetik di UPM yer. Maybe ada persamaan dan perbezaan dengan Universiti lain.








Ingin maklumat yang lebih lanjut, silalah ke website ini:

Subjek dipelajari bagi B.Sc. (Dietetics)

Assalamualaikum..

Ramai tertanya-tanya..kalau pilih course Dietetik ni, belajar apa je?
Pasal pemakanan? Ye la pemakanan..tapi macam mana..
Ke belajar memasak semata?


Ini merupakan senarai subjects yang boleh dikategorikan sebagai basic knowledge untuk Dietetik dan Sains Pemakanan. Subjek-subjek ini belajar semasa 1st year basically.


Dan yang ini pula, subjek-subjek yang agak penting nak topup knowledge mengenai pemakanan dari segi physiology,anatomy, human genetics dan lain-lain. Nak jadi Dietitian ni,kena la tahu pasal tubuh badan manusia, fungsi, macam mana berfungsi, kenapa bahagian tu berlaku penyakit ni..ha.. Mostly semuanya berkaitan dengan Biology. Chemistry cuma ada untuk subjek Biochemistry.


Hah, bagi yang tertanya-tanya.. subjek memasak apa yang Dietetik akan belajaq. Ni dia..Food Preparation tu subjek basic untuk masak-masak. Then baru akan proceed dengan Food Experiment dan Foodservice Management.


Last sekali..inilah dia subject yang penting untuk Dietetik. Subjek core yang memang perlu, kena, harus, mesti tahu dan reti nak apply.

Nak tahu setiap subjek ni belajarnya macam mana? Mohon apply B.Sc. Dietetics ye..baru tahu. Dan ditekankan di sini, subjek yang dipamerkan ini khususnya untuk UPM punya Dietetik. Bagi Universiti lain, mungkin terdapat sedikit perbezaan dan persamaan. Harap membantu. Terima kasih.

Friday, 14 February 2014

Dilema lepasan SPM: Asasi atau Matrikulasi?

Assalamualaikum..

Ramai yang masih keliru mengenai Asasi dan Matrikulasi
Apa perbezaan kedua-dua pengajian ini?


Siapa yang boleh apply for Asasi dan Matrikulasi?
Terbuka kepada lepasan SPM

Apa persamaan Asasi dan Matrikulasi?
Kedua-duanya merupakan pengajian di bawah Pengajian Tinggi Malaysia
Level Asasi mahupun Matrikulasi adalah sama. Xde yang lagi superior ke apa..

Apa yang akan dipelajari kalau masuk Asasi, dan kalau masuk Matrikulasi?
Syllabus untuk Asasi dan Matrikulasi adalah sama
Asasi dan Matrikulasi boleh dianggap fasa persediaan sebelum masuk degree
Bergantung kepada aliran yang kita pilih:Sains Hayat? Sains Fizikal? Akaun?

Jika sama,mengapa wujud term Asasi; Matrikulasi?
Asasi adalah program Matrikulasi yang ditawarkan oleh Universiti itu sendiri.
Contohnya, pelajar Asasi UiTM. Ini bermaksud pelajar tersebut sedang mengikuti program matrikulasi di bawah style dan corak pembelajaran UiTM. Juga dikenali sebagai program Pra-Universiti
Matrikulasi adalah program tajaan Pengajian Tinggi Malaysia, di mana pelajar matrikulasi belum terikat dengan mana-mana universiti. Pilihan untuk menyambung pelajaran di universiti perlu dilakukan selepas tamat matrikulasi.

Dengar kata pelajar Asasi ni lagi terjamin nak sambung degree? Dan apa kelebihan program Asasi?
Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing dan of course, bergantung kepada result.
Kebiasaannya, pelajar Asasi akan diserap terus untuk menyambung degree di universiti tersebut jika bernasib baik. Itulah kelebihan pelajar Asasi tapi itu semua belum terjamin yer adik-adik.
Kehidupan Asasi ni macam pelajar universiti la.Ada kebebasan, x pressure sgt compared to Matrikulasi

Matrikulasi macam mana pulak?
Kehidupan Matrikulasi ni lebih kurang macam sekolah. Pergi belajar, balik study, belajar dan study. Lebih strict sikit.
Tapi selalunya budak Matriks, bila masuk degree, diorang ni memang perform la..sebab dh biasa dgn suasana study yang giler-giler. tak macam budak Asasi.
Peluang untuk sambung degree masih ada untuk budak Matrikulasi cuma persaingan tu la. Kena fight dengan budak matriks sendiri, pastu nk fight dgn Asasi lagi. Sebab Asasi memang akan dapat priority untuk pilih course degree nanti

Harap dapat membantu serba sedikit. Teruskan meng-google dan cari ye. Ada banyak jenis Asasi yang akan jadi guidance untuk sambung degree nanti. Ini link untuk sesiapa yang berminat nak tahu pasal Asasi:

Thursday, 6 February 2014

Nutrition/Pemakanan VS Dietetik

Assalamualaikum..

Ada yang masih keliru apa perbezaan course Nutrition/Pemakanan dan course Dietetik. 
Apa yang ingin dikongsikan hanyalah berdasarkan sedikit sebanyak pengetahuan dan pengalaman hamba.


Nutrition dan Dietetics merupakan course yang berkait rapat dengan pemakanan.
Kedua-dua course ini sebenarnya memainkan peranan untuk mencegah dan merawat pesakit dari faktor pemakanan. 
Tapi, siapa yang mencegah dan siapa pula yang merawat?



Meh nak cerita dari segi kerjaya dulu la yer. Nanti kita masuk bab apa subjek yg Nutrition dan Dietetik ni belajar pulak..

Keyword yang penting utk membezakan dua course ini:
:: Mencegah :: Merawat ::

Nutritionist 
Lebih mesra alam dengan komuniti. Maksudnya bekerja di klinik kerajaan untuk membantu komuniti. Nutritionist penting untuk mencegah penyakit kronik terjadi dengan lebih teruk. So, Nutritionist akan menganjurkan program, kempen untuk memberi information kepada komuniti tentang kepentingan menjaga pemakanan.

Dietitian 
Dietitian bekerja di hospital. Tapi sekarang Dietitian juga mula ditugaskan di klinik kesihatan. Tugas Dietitian adalah untuk merawat pesakit secara personal, maksudnya face-to-face. Contohnya Pesakit A mempunyai masalah kencing manis dan Pesakit B juga mempunyai masalah yang sama. Tetapi cara untuk merawat masalah kencing manis bagi pesakit ini berbeza.

Kenapa berbeza pula? Sakitnya sama ja.


Haa.. itu la cabaran nak jadi Dietitian. Walaupun Pesakit A dan B menghidap kencing manis, tapi cara hidup, faktor pemakanan, persekitaran mereka berbeza. Dietitan perlu merawat kencing manis itu based on apa yang mereka selalu makan, food preferences, persekitaran masing-masing.

Merawat penyakit dari segi perubatan mungkin boleh menggunakan ubat yang sama, tapi dari segi dos yang berbeza. Tetapi untuk merawat penyakit dari segi pemakanan memerlukan lebih komitmen kerana perlu memahami corak pemakanan,kehidupan pesakit itu.

Beza ke subjek yg Nutrition dan Dietetik belajar?

Dari segi subjek yang dipelajari, basically masa 1st year, 2nd year tu tak ada banyak beza. Banyak juga belajar subjek yang sama. Tapi bila dah masuk 3rd years, 4th year, subjek tu dah lain. Maksudnya lebih fokus kepada bidang masing-masing.

Tapi objektif dan peranan Dietitan dan Nutritionist adalah sama. Kedua-dua bidang ini memainkan peranan besar dalam bidang pemakanan pesakit.

Itu la serba sedikit yang boleh dikongsi. Nak cerita lebih pun x mampu lagi. Ceq ni pun x grad lagi. ahahahaha.. 
okbye. 
('',)