kaWan...

Monday, 31 October 2011

uaarrgghhh!!!!!

mungkin saya akan kurangkan ber-blog-ing 

mungkin saya akan kurangkan ber-facebook-ing

mungkin saya akan kurangkan berangan-angan


....MUNGKINKAH....

mungkin ka,.xmungkin ka..

kena bagi mungkin jugak la..


sob3..
result test aku teruk weyhhh!!!
*tlg la,.tumpang simpati kt aku skali..



seandainya blog ini dibiarkan terbengkalai,.
usahlah saudari/saudara bermuram durja

itu BERERTI..



Saya tengah study..

tak sempat nk update blog..

kalo rasa rindu sangat nk baca entry blog ni....

tunggu lagi 4 tahun yer,.  =p


lepas saya dh graduate nanti...
*over tak? jangan risau,.azam baru ini hanya mampu bertahan selama 5 minit ke bawah..........hahahahahaa

Dietician wanna be..InsyaAllah

ok..babai
not in mood
~~see u soon~~





Sunday, 30 October 2011

dapat bAby lagi..!!

wahh..
title entry kali ni mmg mengancam ni..

huhu,.
bukan saya la yg dapat baby..
mak teh saya la...

sebenarnya dh 5 6 hari dh ready nk post entry ni,.
tapi malang betul..
USB phone terlupa bwak balik,
laptop pulak..xda la canggih..
xda bluetooth  -,-'
so xbley la nk update blog a.s.a.p

kena la tunggu balik UPM ni haaa...
hehehehe


asal aku balik kedah ja,.
mesti ada punya 'penambahan' ahli keluarga..
adoiiiii..

susah betol..
nk tw apa yg susah??
bila mai time raya..mati kantoi aku..
xkenal anak sedara sendiri la,..
kezen sendiri la..
ngek btol la..

lain kali,pakai la nametag sorang satu,.
senang sikit nk cam,.
~anak sapa
~nama apa

huhu..
tapi xpa, best ramai budak2..
bez nk mengaco..hihi


ok..meh nk tunjuk mangsa2 dera aku..
kalo xnangis,.memang xsah la kan kena buli ngn aku..

ni yang paling latest..bersiap sedia la Nurul Afiqah.....

yg ni paling best nk buli..kezen paling bongsu,MANJA~~

ni mangsa yg paling gagah..MULUT POWER!!

budak 2 org ni dh xmkn saman...-,-'








ramai lagi,.
tapi xlarat la nk upload semua..
korang pn dh x larat nk scroll down kn..?
haha
pendek kata,.
bertambah la lagi budak2 yg comey untuk aku kaco..
i loike~~


ok,.yg tu aja..
dats all~~
daa~~




p/s:bkn setakat budak2 je aku kaco,.mak budak pn jadi mangsa gk kekadang..('',)

Tuesday, 25 October 2011

untung la..

untung la ada adik penyegan ni kan?
nk kata 4 tahun,.tipu sangat..
darjah 4 dh kot..

kalau sebulan kakak dia x balik rumah,.
sebulan la si adik x potong kuku,.
xcmpoq lagi ngn taik telinga,.taik pusat..???
-,-'


satu malam,semasa si kakak sedang 'memproses' adiknya,.
sambil mulut xhenti-henti membebel,

"napa kak tgk seluaq banyak terkoyak kt lutut?"

jawapan standard adiknya.."tak tau.."

tiba-tiba,....
backup pertama telah pun tiba..

"abah tau,.dh dk main lari-lari kt skolah,.
lari sikit,jatuh..lari sikit,jatuh,.
tu seluaq habeh terkoyak..btoi x adik?"

si adik tersengih-sengih.."btoi2..mana abah tau?"


ayahnya menjawab,"biasa la,.pengalaman abah gk dulu"

~~~~~~~~~~~~


keesokan paginya..,jam menunjukkan pukul 7.20 pagi,.

si kakak membebel lagi,"adik!dh lewat ni,.makan la cepat sikit..nk p sekolah pukul bpa ni?"


tiba-tiba..
backup kedua telah pun tiba..

"rileks la adik norh..xlewat lagi ni kan?
pukul 7.30 baru lewat kan?
mama selalu p sekolah pukul 7.29,.
xpernah la lagi smpai lewat.."

si adik tersengih-sengih sambil mengangguk...




untung la si adik..mewarisi genetik-genetik dari abah dan mamanya..
anak bongsu la katakan..
haihh~~~~~



p/s:cerita ini BUKAN rekaan semata-mata..benar2 terjadi  -,-'


thats all~
sekian..

Sunday, 23 October 2011

sepetang di dalam bas..

apabila tiba ja cuti mid sem..cuti sem..
ramai la berpusu-pusu nk balik..
anda begitu??

haha..sudah tentu kan?
oke2..

kali ni bkn nk ajar korang cara2 nk beli tiket ke..
atau bukan nk jadi tour guide korang..
kali ni aku nk story pasal "sepetang di dalam bas"
apa tu??


haaaaaaa...
alkisah,,,

semalam,aku naik bas kt kajang,
nk balik negeri ter-chenta..
KEDAH D.A
hahaha,,oke..pulun

dalam bas tu,
of course la semua orang yg nk balik kedah gk kn?
kalo x,baik diorang xyah naik bas tu..

dari kajang ----> pudu ----> kedah
dalam bas..
rasa mcm pelik ja..
"awat semua speaking keyy ell ni?"

ok,fine..
maybe diorang ni bukan org kedah kot..
depa nk pi melawat sedara kt kedah ja kot..

perjalanan diteruskan..
sampai kt r&r pn..rasa sma gk..
mcm kt kl g
*aku ni silap naik bas pa...-,-'

tidur punya tidur..
tgk2 dh smpai kt gurun..
wahh!!
nk smpai dh!!

then.nmpak dh la sawah padi yg luas terbentang..
home sweet home..hehehe

lepas ja tol alor setar utara..
aku pun kol la ayah aku,nk gtw..dh nk smpai dh ni
ingatkan aku sorang ja yg excited nk kol..
tgk2..rmai la yg pakat kol..

~ "helo,mak..ceq nk smpai dh ni..mak kt mna la ni?"

~"abah..nk smpai dh ni,tapi ujan la..jgn lupa bawak payung nk mai ambek satgi"

~"lagi 5 minit ceq sampai shahab"




oh,rupanya aku tak silap naik bas la tadi~~~~~



thats all~
tatatititutu..
renung-renungkan...
('',)




Saturday, 22 October 2011

bila terdetik..

bila terdetik walaupun hanya sekali di hati..
bukan bererti kamu di hati
hanya melintas mengganggu emosi
tapi bukan mengganggu hidup ini

hidup ini terlalu panjang..
panjang untuk ditempuh
banyak lagi perkara mendatang
yang mampu mewarnai hidup

kadang-kadang,kerana perkara remeh,
kita mula gelisah
tak tentu arah
mula gelabah

MENGAPA?

kerana kita insan biasa..
punya hati dan perasaan
kadang-kadang gembira
kadang-kadang berduka
kadang-kadang kecewa


tapi hidup ini perlu diteruskan..
kerana..

masih banyak warna-warna dunia yang belum kita lihat..


masih banyak pengalaman yg belum kita tempuh


masih luas pemandangan yg belum kita lihat....

=)




Thursday, 20 October 2011

makin tua ka..?

tergerak tangan ni nk wt entry baru..
tadi..
roomate cakap mcm ni, "baru lepas setahun kn,tapi dh lain dh muka dulu dgn sekarang"

maksudnya..???


makin matured
@
makin tua
@
makin berkedut -,-'


waaaaAAaa....
sedih la mcm ni,.
x remaja dh la kalau mcm ni

tapi rasanya xda la banyak perubahan pn..
kan2..??
meh nk tunjuk perubahan/perbezaan aku since sekolah dulu
rasanya muka sama ja..
awet muda...hahahaha,... *perasan


ni time form 3 kot..*xsure

err..ni xtau zaman apa..hahahaha


zaman muda-mudi


~year of 2009
~2011 (kelebaran muka bertambah..haha)
ni gmbar ter-latest -Sept,2011

hehehehe...
xda la ketara sgt kn perbezaan dati tahun ke tahun..
setakat jadi makin comeyyyy tu mmg xdpt dinafikan la..
waahahaha...ni bkn diba yg taip,,terjadi secara otomatik..hik3

xceli malam ni ada test physiology..
tapi boleh pulak kan nk uptade blog..

ok la,..japgi aku ada kelas..
so,.nk tutup blog yg xguna ni..
qeja menyesatkan aku ja..
hahaha

ok..
tatatititutu
daa~


~sekadar berkongsi kerisauan di hati..haha
takut la..makin TUA..
sob3

Tuesday, 18 October 2011

lab yg hap-'PENING'

zaman degree dh pun bermula..
alhamdulillah..
xda la berserabut sangat seperti yg disangka-sangka

as usual,
setiap sem,.ada ja kena masuk lab
-,-'
*saya benci lab..kena wt lab report yg mnyusahkan


tapi
untung la~
mmg kt fakulti baru,.
tapi still ngn kawan2 lama..
i mean,.kawan2 asasi..
so,xda la nk rasa cuak sngt kn...
huhu

meh nk tunjuk gambar kenang-kenangan..>,<


ini bangunan lab,oke...



dan bawah ni pulak..
kawan2 dan suasana lab yang sangat.....
hap-'pening'

pantang jumpa kamera....

ahaha,.ex-asasi yg gila~

mcm sibling x?..sorang dari Maldives,.yg kanan ni melayu tulen..haha


hasil kreativiti saya..>,<

hihihihi...mmg comel

xda keja kn..?
sja ja nk share..
hahaha

dats all~
tatatititutu


Friday, 14 October 2011

people..

sememangnya susah nak menyesuaikan diri di tempat baru..

kawan-kawan yang baru..

alam yang baru..

dunia baru..


tapi,

kita PERLU juga berusaha untuk menyesuaikan diri..

mana mungkin kita menunggu orang lain yang menyesuaikan diri mereka untuk kita..

selagi kita mampu berusaha,

jangan sesekali putus harapan..

jangan takut mencuba untuk mengenali sesuatu yang baru..

jangan hanya berpaut pada yang lama


mungkin suasana baru,kawan-kawan baru..

mampu mengajar kita untuk lebih mengenali kehidupan ini,.

untuk lebih mengenali hati budi manusia..

dan untuk mengenali siapa kita sebenarnya..


jangan takut untuk mencuba,.

jangan takut untuk melangkah lebih jauh..


kita tak akan menjadi lebih dewasa jika tiada pengalaman yg mengajar kita..

kita tak akan mampu berjaya jika tiada kegagalan menyedarkan kita..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Monday, 10 October 2011

tAmak..

jika anda sudah berpunya,.
apa yang anda rasa SEKIRANYA....

anda dan pasangan anda belajar/bekerja di tempat yang berbeza + BERJAUHAN..
of course la SETIA itu perlu ada..
tapi bila berjauhan dgn Si dia..anda terjumpa seseorang yg lagi 
menarik @ hensem @ comel dari pasangan anda...


hati manusia ini mmg cepat berubah,.
mudah beralih arah,.

saya x spesifikkan either woman or man..
tapi ini realiti



bila kita jumpa someone,
if pada pandangan pertama pn dh terpikat..

pergh,.cun la,.awek aku pn xcun mcm ni!!..*iklan semata-mata

what should we do???


anda semua perlu ingat..
bila kita memancarkan 'aura' yg kita sukakan seseorang itu..
'aura' itu pastinya akan dapat di-detect oleh individu tersebut..
so,..??

jangan pernah memberi harapan kepada seseorang hanya atas alasan yg x logik..
seperti??

----> dia tu good-looking la
----> suka tengok dia senyum
----> muka dia iras sangat-sangat ngn awek/pakwe aku
----> apa salahnya pasang  2 3 pn,.dh awek/pakwe aku xda kt sini

kesian la kepada insan yg diberi harapan palsu tu..
ingat hati manusia ni macam buku kt library ka?? perumpaan yg sangat hiperbola nampaknya..

hari ni rasa mcm nk pinjam buku Biologi..ok,pinjam
esok dh rasa bosan nk baca,
pergi pulangkan je..
pastu pinjam la pulak buku Fizik ka,Chemist ka..
tu buku,.kalau HATI..?
banyak canntteekkkkk?????
stail gila maksud tersirat aku ni..hahaha

sekiranya anda masih mencari-cari pilihan hati..
still xjumpa yg berkenan g,.
rasanya lagi elok jika anda ber-single dulu,.*maaf,.b.m broken,hehe
bukan dosa pn kalo single..
lagi syok pa...kn2??haha



fate controls who walks into your life,
but YOU decide who you let walk out,
who you let stay
AND 
who you refuse to let go...('',)




so,xpayah nk bolot semua,ok?
fikir dahulu,.
jgn menyesal kemudian..
dan jgn membuat org lain pun tumpang menyesal..

as a conclusion,.jgn pernah memancarkan 'aura' anda itu..
sangat mengerikan + menggelikan ,ok..
*bagi pandangan blogger sendiri..
kalau dh berpasangan,setia pada yg satu pn dh cukup,.
xpayah nk cari spare part pulak..
hurm~

ok la..yg tu ja nk bebel 
dats all~
daa~



*sesungguhnya entry kali ini tidak sama sekali berkaitan ngn saya..,,.
im still single..=p