kaWan...

Saturday 6 April 2013

Bidang kerjaya dietetik

...Assalamualaikum...


begini jalan ceritanya..
untuk pengetahuan semua, ini hanya merupakan salah satu cabang bidang dietitik
iaitu di bahagian klinikal (hospital)

bermula dengan in-patient (pesakit yg admit di hospital) diperiksa oleh doktor
mungkin kerana diabetes, darah tinggi, obesiti, kurang berat badan dan lain-lain..
doktor mendapati, sekadar ubat-ubatan sahaja tidak mampu untuk membantu proses pemulihan kesihatan patient tersebut


faktor pemakanan dan cara hidup patient juga memerlukan perhatian
jadi, doktor terus refer patient tersebut kepada dietitian
setelah dietitian menerima referral letter dari doktor..
dietitan terus memeriksa patient tersebut
mengenal pasti latar belakang, sakit, punca, ujian darah, bla..bla..bla




dan, bila semua data dah dapat..
now is the time to jumpa dengan patient
mula la buat kenai.. sembang punya sembang
contohnya, nak korek apa yang obese patient selalu makan, bukan buleh main tanya ja
" semalam encik makan nasik berapa pinggan? ada dalam 10 senduk dak?"
hah sudah~~~


kalau kita jadi patient pun, saheh menipu daripada memalukan diri sendiri
sapa la nak p habaq semalam makan berapa pinggan, ye dop?
jadi, dietitian ni pandai-pandai la guna skill nak probe petient supaya depa ni tak putaq belit


lepas tu... dah tau dia punya data, dah tau diet history dia, dah tanya dia suka makan apa.
baru la boleh dietitian plan apa yang sesuai untuk patient, based on patient tu sakit apa, berat badan, energy requirement/ day beliau


saya memang tahu, tulisan saya cantik


dan, lepas dah plan dengan jayanya..
jumpa patient, explain dan bincang dengan patient tersebut
memandangkan ini semua untuk kebaikan diri mereka sendiri, perlulah redha...
hahaha

bukan berhenti sekadar di situ sahaja..
doktor dan dietitian perlulah follow up dengan patient tu..
nak tengok ada perkembangan ka dak
perkara ini berterusan sehingga lah patient mencapat target, keluar dari hospital


sesi kaunseling 


tapi kenapa kalau pi hospital, x pernah jumpa dengan dietitian ni pun? doktor ada la
sebabnya... hanya patient yang kritikal sahaja memerlukan khidmat dietitian
 x semua diabetic patient akan refer kepada dietitian, hanya sesetengah yang telalu serius dan kritikal
itulah sebabnya bukan semua patient di hospital akan jumpa dietitian
mu pahe dop?


ok..sekadar perkongsian
semoga memahami
jumpa lagi~
('',)


5 comments:

  1. salam, tumpang tanya..boleh ke dari bachelor in nutrition nak proceed to master in dietetic and nutrition?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada B. Sc. of dietetics..boleh proceed ke master in dietetics. tapi kalau nutrition, rasanya xboleh..unless ambil semua subjek dietetics yg undergraduate tu..

      Delete
  2. Salam Sis, saya nak tanya kalau lepasan SPM, apa yang harus saya ambik untuk jadi seorang dietitian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak boleh sambung asasi atau pun masuk matrik

      Delete
  3. Salam . Peluang pekerjaan dlm bidang ni banyak ke? Sy baru je dpt offer utk sambung ijazah sarjana muda dietetics di UiTM and masih lg confuse utk terima ke tak tawaran tu .

    ReplyDelete