kaWan...

Wednesday 19 June 2013

Di kala memerlukan sokongan

Mereka pengajar..
Mereka yang garang
Mereka si pemberi assignment
Mereka si pemberi case study
Mereka si pemberi homework
Mereka yang sangat comel
Mereka pendengar..
Mereka sahabat..
Mereka kakak..
Mereka ibu..


Susah mencari mereka, di kala senang pun tercari-cari lagi
Makin sukar jalan untuk dilalui, makin ringan mulut mereka menyokong sekali lagi
Mana mungkin ku jumpa pengganti
Yang jelas, ikhlas mendidik dan membimbing kami


Bagi aku
Semester 3 yang lalu, fasa untuk aku bangun dari mimpi dan angan-angan
sedar bahawa jalan di hadapan bukan mudah seperti yang disangka
sedar bahawa masih banyak kekurangan, masih banyak ilmu perlu digali

Dan kini
Semester 4 pula
menyedarkan aku, aku mampu menggali ilmu itu
menyedarkan aku, sebenarnya mereka sangat concern mengenai kita
menyedarkan aku, aku mampu untuk melalui jalan di hadapan
semangat, ilmu, keberanian, kasih seorang pengajar banyak diperoleh

Dan akan datang
Semester 5 ini,
sebenarnya untuk mengasah lagi semangat, ilmu dan keberanian yang baru dibina
sebenarnya sebagai peluang sebelum aku bertemu dengan dunia realiti
sebenarnya sebagai fasa untuk mematangkan dan mengemaskan lagi potensi diri


Lain orang, lain caranya
Mana mungkin kita boleh bertemu dengan pengajar yg concern dengan ex-student,
walaupun semester ini sudah berakhir, beliau masih lagi risau dan sedia membimbing kami


Dr. Gan.. dah la cute, sayang kami pulak tu.! aha~



Dan,
mana nak jumpa kakak yang sabarrrr sangat melayan adik-adik beliau
yang penuh dengan soalan yang kadang-kadang macam 'soalan bodoh'
hmmmm...
tapi selalu dia pesan: Ask anything that you dont know, dont be afraid to ask even if the answer might be wrong


Kak Chew Sia kiterrr..... ni pun comel.hehehe


Semester 4 berakhir dengan indah dan jayanya
jasa dan budi mereka tidak akan dilupa.
Sesuai untuk dijadikan pembakar semangat untuk menghadapi semester 5
mengenangkan jasa mereka, haruslah aku rajin dan lebih berusaha untuk berjaya
kalau tidak, sia-sia saja usaha mereka.
terima kasih lecturer semua.sungguh aku sayang kamu <3


Dr. Asyura


Cikgu


No comments:

Post a Comment