kaWan...

Friday 14 February 2014

Dilema lepasan SPM: Asasi atau Matrikulasi?

Assalamualaikum..

Ramai yang masih keliru mengenai Asasi dan Matrikulasi
Apa perbezaan kedua-dua pengajian ini?


Siapa yang boleh apply for Asasi dan Matrikulasi?
Terbuka kepada lepasan SPM

Apa persamaan Asasi dan Matrikulasi?
Kedua-duanya merupakan pengajian di bawah Pengajian Tinggi Malaysia
Level Asasi mahupun Matrikulasi adalah sama. Xde yang lagi superior ke apa..

Apa yang akan dipelajari kalau masuk Asasi, dan kalau masuk Matrikulasi?
Syllabus untuk Asasi dan Matrikulasi adalah sama
Asasi dan Matrikulasi boleh dianggap fasa persediaan sebelum masuk degree
Bergantung kepada aliran yang kita pilih:Sains Hayat? Sains Fizikal? Akaun?

Jika sama,mengapa wujud term Asasi; Matrikulasi?
Asasi adalah program Matrikulasi yang ditawarkan oleh Universiti itu sendiri.
Contohnya, pelajar Asasi UiTM. Ini bermaksud pelajar tersebut sedang mengikuti program matrikulasi di bawah style dan corak pembelajaran UiTM. Juga dikenali sebagai program Pra-Universiti
Matrikulasi adalah program tajaan Pengajian Tinggi Malaysia, di mana pelajar matrikulasi belum terikat dengan mana-mana universiti. Pilihan untuk menyambung pelajaran di universiti perlu dilakukan selepas tamat matrikulasi.

Dengar kata pelajar Asasi ni lagi terjamin nak sambung degree? Dan apa kelebihan program Asasi?
Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing dan of course, bergantung kepada result.
Kebiasaannya, pelajar Asasi akan diserap terus untuk menyambung degree di universiti tersebut jika bernasib baik. Itulah kelebihan pelajar Asasi tapi itu semua belum terjamin yer adik-adik.
Kehidupan Asasi ni macam pelajar universiti la.Ada kebebasan, x pressure sgt compared to Matrikulasi

Matrikulasi macam mana pulak?
Kehidupan Matrikulasi ni lebih kurang macam sekolah. Pergi belajar, balik study, belajar dan study. Lebih strict sikit.
Tapi selalunya budak Matriks, bila masuk degree, diorang ni memang perform la..sebab dh biasa dgn suasana study yang giler-giler. tak macam budak Asasi.
Peluang untuk sambung degree masih ada untuk budak Matrikulasi cuma persaingan tu la. Kena fight dengan budak matriks sendiri, pastu nk fight dgn Asasi lagi. Sebab Asasi memang akan dapat priority untuk pilih course degree nanti

Harap dapat membantu serba sedikit. Teruskan meng-google dan cari ye. Ada banyak jenis Asasi yang akan jadi guidance untuk sambung degree nanti. Ini link untuk sesiapa yang berminat nak tahu pasal Asasi:

10 comments:

  1. terima kasih .. sangat membantu .. saya dah boleh buat keputusan sekarang

    ReplyDelete
  2. sape kte asasi tk bljar mcm giler2?asasi lg giler dri matrix der...lab report ala2 undergraduate je..

    ReplyDelete
  3. asasi lg pedih dri matrix la

    ReplyDelete
  4. Realitinya asasi jauh lebih susah dari matrikulasi. Gaya hidup yg bebas, pensyarah tak ambil peduli mcm matrik lecturer macam cikgu

    ReplyDelete
  5. Very good info and sharing. thanks a lot. Sangat membantu :-)

    ReplyDelete
  6. biasiswa kerajaan nageri di tawarkan kepada matrik jika dpt 3.0. asasi 3.5. maknanya matrik lg sosaa...

    ReplyDelete
  7. Antara asasi ngan matriks. UPU lebih utamakan yg mana dulu??

    ReplyDelete