kaWan...

Monday, 27 August 2012

Facebook teman BELAJAR yang melalaikan

Assalamualaikum kawan-kawanku sekalian..





Pernah mengalami situasi begini?












cukupkah 15 minit itu untuk Facebook?
adakah anda mampu untuk study walaupun hanya sebaris ayat ??
inikah yang digelar teman study sepanjang hari??
kita semua memang sudah tahu, tapi hanya buat-buat x tahu kann....  ('',)




~RENUNG-RENUNGKAN~

Saturday, 25 August 2012

Wanita dan Perempuan

Assalamualaikum semua..




Wanita dan perempuan
tetap sama walau di mana-mana
hati mudah tertarik
hati mudah terusik

Wanita dan perempuan
punyai angan yang sama
inginkan kesempurnaan dalam setiap perkara
hanya terbaik menjadi pilihan

Wanita dan perempuan
terlalu mudah terpedaya
terlalu mudah diperdaya
hanya akal fikiran menjadi tali ukuran

Wanita dan perempuan
di luar nampak cantik
namun belum pasti di dalam secantik yang disangka
lain orang lain juga cara mengenali mereka

Wanita dan perempuan
mulut menuturkan benci
tapi di hati masih sudi
itulah mereka

Wanita dan perempuan
tiada perbezaan
kedua-duanya serupa
hanya terganggu kerana seorang lelaki
hanya terusik hatinya kerana seorang lelaki



:: Wanita ::
:: Perempuan ::


Thursday, 23 August 2012

ucapan raya buat abang perantau..

Assalamualaikum.


Buat abang kakak yang jauh di perantauan,.
dari KL, Johor, Melaka, Penang..
adik di Kedah mengucapkan tahniah sebab berjaya kembali berhari raya di Kedah

di sini..
suka untuk adik menyatakan,
Kedah tidak secanggih dan se-style KL mahupun JB
jalan raya kami hanya untuk pemandu yang berhemah dan bertimbang rasa
maaf abang kakak,
tiada ruang untuk drifter-drifter berani mati macam abang kakak sekalian

lagi satu..
suka untuk adik menyatakan juga,.
KEDAH DARUL AMAN
aman di sini beerti kedamaian dan kemakmuran
jarang-jarang kedengaran pekikan hon kereta mahupun motosikal

tapi abang kakak,
kepulangan anda semua telah menjahanamkan segalanya
pantang kereta depan anda tu lambat sesaat, dan2 jugak abang kakak kalut nak hon
awatnya abang oii?



adik di sini menyusun sepuluh jari sekiranya melukakan hati abang kakak sekalian
tapi bagi adik,
kepulangan abang kakak tu kadang-kadang mendatangkan kemarahan kepada kami
kedamaian negeri terganggu dek kerana ke-overan kamu semua
sampai di sini sajalah ucapan raya dari adik
semoga abang kakak selamat pulang ke negeri masing-masing
adik doakan, kepulangan abang kakak untuk raya next year lebih penuh dengan ketenangan dan kedamaian.

gamak rasa x buleh buang habit suka hon-hon, drift laju-laju ni
rasanya lagi afdhal next year abang kakak balik naik bas
bukan apa...
risau x sampai ke kampung halaman ja nanti

ok la abang kakak,
adik amat berharap abang kakak betul-betul memahami maksud yang tersirat disebalik ucapan raya adik ni..


SELAMAT HARI RAYA!!!!

Wednesday, 15 August 2012

Result...OH...Result

Assalamualaikum.






Seperti biasa, tatkala result exam sudah terpampang di psp.upm.edu.my, maka seluruh rakyat jelata mula memencilkan diri di facebook terutamanya..


tidak kurang yg menekan "Go Offline" di ruangan chatting masing-masing
dan tidak kurang juga meng-update status berunsur amaran keras seperti berikut:-
Jangan  tanya result aku, tawu la result tu gempak..diam-diam sudaaa


setiap kali online,langkah yg diambil ialah:-
  1. tengok kosmate online ke x
  2. kalau ada, apa lagi..logout3!!
  3. jika ada pun yg online, masing-masing tidak bertegur sapa seperti biasa
  4. aktiviti seperti update status, like, share dihentikan seketika  
(nak elak depa tau kerap dok online, satgi tanya result pulak..haru la)



hahahahaahahhahahahaha....
dok sengih pa sorang-sorang depan laptop tu?
terasa kena sipi-sipi ka?
ini fakta, bukan mengata

dan kepada rakyat jelata yang masih tertanya-tanya result beta..
dengan ini biarlah beta khabarkan..
bahawa...















Result saye biase-biase jew.. maintain,sama macam semester 1. 


SEKIAN~

Friday, 10 August 2012

Surat buat kamu, duhai anak

Assalamualaikum.




Akan tiba suatu ketika,. 
anak-anak yang dahulunya dikendong, disuap makan, disarung pakaian
membesar..
pandai mengurus makan pakai, boleh bergerak sendiri ke mana sahaja..
Maklumlah, lesen kereta motor sudah digenggam, 
makin jauh langkah mereka.


Tinggal berdua?
Jika ke ruang tamu, muka dia ada di sana
Jika ke ruang kerja, aku lihat dia, dia lihat aku
Berkali-kali
Selalunya tiada wajah lain, hanya kami berdua..


Ya, kesemua anakku telah berjaya dalam hidup
Mak bangga!
tapi inilah yang terjadi kepadaku hari ini
aku keseorangan bersama suami tua sahaja
di mana anak-anak mak?


Waktu petang-petang dulu,
selalu berkelahi berebutkan ais krim Malaysia yang mak buat
Ais krim itu lebih sedap apabila bubur kacang hijau digunakan
tapi itu sudah berlalu..


Bulan demi bulan berlalu
duit tidak pernah lupa kamu semua kirimkan
Mak bangga!
tetapi bilakah agaknya kiriman salam mesra sayang darimu akan tiba?


Jarang benar telefon rumah mak berdering
rasanya, setiap bulan bil telefon udah dibayar
bukan apa..
mak cuma nk berkongsi cerita
kadang-kadang nampak anak Lebai Usop tu balik
anak Jah tu pun selalu jugak balik
tapi anak mak bila pulak nak balik....

Baliklah nak,
jenguklah dalam peti ais
mungkin ada lagi ais krim Malaysia yang mak buat 
lebihan bubur kacang masa berbuka semalam..




* Jangan biarkan ibumu menitipkan kata-kata sebegini jika suatu hari nanti kamu sudah bergraduat, berjawatan tinggi, berpangkat besar dan berkeluarga.

( Diolah semula dari hasil penulisan Sri Diah,akhbar Sinar Harian bertarikh 9 Ogos 2012)

Thursday, 9 August 2012