kaWan...

Friday, 10 August 2012

Surat buat kamu, duhai anak

Assalamualaikum.




Akan tiba suatu ketika,. 
anak-anak yang dahulunya dikendong, disuap makan, disarung pakaian
membesar..
pandai mengurus makan pakai, boleh bergerak sendiri ke mana sahaja..
Maklumlah, lesen kereta motor sudah digenggam, 
makin jauh langkah mereka.


Tinggal berdua?
Jika ke ruang tamu, muka dia ada di sana
Jika ke ruang kerja, aku lihat dia, dia lihat aku
Berkali-kali
Selalunya tiada wajah lain, hanya kami berdua..


Ya, kesemua anakku telah berjaya dalam hidup
Mak bangga!
tapi inilah yang terjadi kepadaku hari ini
aku keseorangan bersama suami tua sahaja
di mana anak-anak mak?


Waktu petang-petang dulu,
selalu berkelahi berebutkan ais krim Malaysia yang mak buat
Ais krim itu lebih sedap apabila bubur kacang hijau digunakan
tapi itu sudah berlalu..


Bulan demi bulan berlalu
duit tidak pernah lupa kamu semua kirimkan
Mak bangga!
tetapi bilakah agaknya kiriman salam mesra sayang darimu akan tiba?


Jarang benar telefon rumah mak berdering
rasanya, setiap bulan bil telefon udah dibayar
bukan apa..
mak cuma nk berkongsi cerita
kadang-kadang nampak anak Lebai Usop tu balik
anak Jah tu pun selalu jugak balik
tapi anak mak bila pulak nak balik....

Baliklah nak,
jenguklah dalam peti ais
mungkin ada lagi ais krim Malaysia yang mak buat 
lebihan bubur kacang masa berbuka semalam..




* Jangan biarkan ibumu menitipkan kata-kata sebegini jika suatu hari nanti kamu sudah bergraduat, berjawatan tinggi, berpangkat besar dan berkeluarga.

( Diolah semula dari hasil penulisan Sri Diah,akhbar Sinar Harian bertarikh 9 Ogos 2012)

No comments:

Post a Comment