kaWan...

Thursday 23 August 2012

ucapan raya buat abang perantau..

Assalamualaikum.


Buat abang kakak yang jauh di perantauan,.
dari KL, Johor, Melaka, Penang..
adik di Kedah mengucapkan tahniah sebab berjaya kembali berhari raya di Kedah

di sini..
suka untuk adik menyatakan,
Kedah tidak secanggih dan se-style KL mahupun JB
jalan raya kami hanya untuk pemandu yang berhemah dan bertimbang rasa
maaf abang kakak,
tiada ruang untuk drifter-drifter berani mati macam abang kakak sekalian

lagi satu..
suka untuk adik menyatakan juga,.
KEDAH DARUL AMAN
aman di sini beerti kedamaian dan kemakmuran
jarang-jarang kedengaran pekikan hon kereta mahupun motosikal

tapi abang kakak,
kepulangan anda semua telah menjahanamkan segalanya
pantang kereta depan anda tu lambat sesaat, dan2 jugak abang kakak kalut nak hon
awatnya abang oii?



adik di sini menyusun sepuluh jari sekiranya melukakan hati abang kakak sekalian
tapi bagi adik,
kepulangan abang kakak tu kadang-kadang mendatangkan kemarahan kepada kami
kedamaian negeri terganggu dek kerana ke-overan kamu semua
sampai di sini sajalah ucapan raya dari adik
semoga abang kakak selamat pulang ke negeri masing-masing
adik doakan, kepulangan abang kakak untuk raya next year lebih penuh dengan ketenangan dan kedamaian.

gamak rasa x buleh buang habit suka hon-hon, drift laju-laju ni
rasanya lagi afdhal next year abang kakak balik naik bas
bukan apa...
risau x sampai ke kampung halaman ja nanti

ok la abang kakak,
adik amat berharap abang kakak betul-betul memahami maksud yang tersirat disebalik ucapan raya adik ni..


SELAMAT HARI RAYA!!!!

No comments:

Post a Comment