kaWan...

Sunday, 31 March 2013

Saturday, 30 March 2013

Food is Food









So true... food is food.
eat what you want, dont worry....
if we have jodoh..let's meet in ward ya... ('',)



Gelombang melanda

Assalamualaikum..


ketika zaman tadika: A..B..C..

masuk sekolah rendah: Ba ju = Baju

zaman UPSR = surat rasmi, surat tidak rasmi, segala bagai karangan

menjejak kaki di alam sekolah menengah: paleolitik, mesolitik, neolitik

zaman PMR: novel Leftenan Adnan, poem, (x ingat sangat)

zaman Form 4: honeymoon time~~~

SPM: dying time~~


....and now...

terima kasih di atas segala budi guru-guru kerana sudi mendidik saya dari zaman tadika hingga sekarang
walaupun Hari Guru masih lambat sebenarnya, tapi tetiba mood Jasamu Dikenang muncul


jika dulu anak muridmu ini sering merungut, ini ja ka yang belajaq? x mencabar langsung.. bosan
tapi kini, ingin rasanya aku meminjan Pintu Ajaib kepunyaan Doraemon..
supaya aku bisa kembali, dan memukul aku yang dulu itu
kerana tidak menghargai detik-detik bahagia seperti itu


jika hujung minggu ketika masih tadika dulu, aku rasa suka.. berjalan x kira tempat
jika hujung minggu masa sekolah rendah, masih aku suka.. p tuisyen, belanja x kira masa
jika hujung minggu masa sekolah menengah, memang aku sangat suka.. sebab boleh balik rumah x kira apa


tapi la ni
jika hujung minggu mulai menjelma, aku mula garu kepala x tentu hala
bukan kerana rasa hujung minggu terlalu singkat untuk aku bersuka ria
tapi kerana terlalu pantas untuk aku menyiapkan kerja tergendala


walaupun seperti ingin putus asa, tapi kita semua serupa sahaja
tiada beza..
jadi tiada sebab untuk berhenti
life must be go on..









carilah masa untuk diri sendiri walaupun hanya di dalam mimpi..
itu sudah mencukupi buat masa ini..

Friday, 22 March 2013

Semangat Yang Hilang II

~Assalamualaikum~


Terima kasih kepada semua yang sudi singgah 
rupanya berinput juga blog bersawang ni.. ^^


Alhamdulillah, semalam selesai fasa kedua kesibukan
proposal dah dibentangkan, dan sangat berpuas hati dengan ketekunan ahli kumpulan
tahniah semua!!


walaupun Health Promotion dah melepasi fasa tersebut,
masih lagi mencari semangat untuk meneruskan hidup bersama proposal Biostatistics
sem depan ni aku ada FYP, kalau blup blup lagi aku xtau nak kata apa dah la
hidup ini dipenuhi dengan proposal, kertas kerja, dan stress




walaubagaimanapun, mama i cakap
jadikan stress tu sebagai satu cabaran
oh yeahhhh, memang sangat mencabar mental dan fizikal
sampaikan laptop pun kini mula stress dengan aku yang bangun tidur mencari beliau, nak tidur mencari beliau
nasib dalam tidur ja aku tak menggagau cari beliau


apa kes yang hang pi amek FYP tahun depan? 
bukan baru 3rd year ka next year?


iya, itu dinamakan stress berganda
sebabnya FYP 3rd year, 
4th year dah nak p praktikal



ok, blog dah update
jadi bolehlah aku meneruskan fasa seterusnya
pada sesiapa yang bertanyakan best tak kos ni?
aku jawab,


bapak giler best.. dalam mimpi pun boleh terbayang thesis yang baca kat library tadi.
dalam satu hari, anda mampu submit assignment, assignment, assignment, assignment
dan yang paling best, bayangan nak beli laptop paling ringan, portable, mula menjelma kerana 5 minit anda itu sangat bernilai.
sekian~



Friday, 8 March 2013

Semangat yang hilang

Assalamualaikum


niat di hati memang x terselit pun nak update blog
tapi memandangkan fasa kesibukan seterusnya perlu dimulakan segera
jadinya elok juga segala kekusutan kepenatan dimuntahkan 


student's life memang hectic
bermula Isnin, mula mendapat tugasan,
Selasa hari bahagia
Rabu mula serabut kepala, kerjanya menderu-deru bagai air mata
Khamis dan Jumaat lagi la pula
dan begitulah kehidupan untuk 3 minggu pertama ini


ya.. baru 3 minggu
tapi bagaikan dah 3 bulan aku rasa
literature review, rationale, proposal
lab MNT lagi..


oh, memang penat, gila kau tak penat
dalam seminggu, pasti ada yang bertanya
"Kenapa korang ni nampak busy sangat?"
bukan kami meminta untuk sibuk sebegini, tapi sibuk inilah yang kami perlu terima


selepas hampir seminggu tidur dalam kegelisahan, memikirkan kerja..kerja..kerja
akhirnya tadi aku mampu baring dan tidur seketika sebelum meneruskan kerja..kerja..kerja lagi
dan bila selesai fasa ini, mungkin baru mampu update blog lagi


harap semangat berkekalan
jangan putus asa
mustahil untuk berpatah balik
hanya mampu melangkah walaupun hanya setengah langkah
('',)