kaWan...

Friday, 8 March 2013

Semangat yang hilang

Assalamualaikum


niat di hati memang x terselit pun nak update blog
tapi memandangkan fasa kesibukan seterusnya perlu dimulakan segera
jadinya elok juga segala kekusutan kepenatan dimuntahkan 


student's life memang hectic
bermula Isnin, mula mendapat tugasan,
Selasa hari bahagia
Rabu mula serabut kepala, kerjanya menderu-deru bagai air mata
Khamis dan Jumaat lagi la pula
dan begitulah kehidupan untuk 3 minggu pertama ini


ya.. baru 3 minggu
tapi bagaikan dah 3 bulan aku rasa
literature review, rationale, proposal
lab MNT lagi..


oh, memang penat, gila kau tak penat
dalam seminggu, pasti ada yang bertanya
"Kenapa korang ni nampak busy sangat?"
bukan kami meminta untuk sibuk sebegini, tapi sibuk inilah yang kami perlu terima


selepas hampir seminggu tidur dalam kegelisahan, memikirkan kerja..kerja..kerja
akhirnya tadi aku mampu baring dan tidur seketika sebelum meneruskan kerja..kerja..kerja lagi
dan bila selesai fasa ini, mungkin baru mampu update blog lagi


harap semangat berkekalan
jangan putus asa
mustahil untuk berpatah balik
hanya mampu melangkah walaupun hanya setengah langkah
('',)


1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete