kaWan...

Wednesday, 27 June 2012

keburukan Twitter

Assalamualaikum.

ok, based on tajuk post ni pun mesti la mpa semua dah arif bahawa aku nak membentangkan mengenai keburukan twitter
baiklah anda semua..xmau cerita panjang,
meh nak tolong list apakah keburukan twitter
  1. Facebook gerenti terabai
  2. Blog mesti x ter-update
  3. Asyik menyendiri bersama Twitter anda
  4. Status Facebook memang x update dh la jawabnya
  5. Paling kerap pun, anda hanya mampu tekan LIKE di Facebook
  6. Di blog pula, anda hanya mampu membaca entry orang lain
  7. Nak start entry baru pun, rasa kekok je tangan tu
  8. Twitter, dunia yg penuh dgn kesepian
  9. Lama-lama, pasword Facebook pun boleh terlupa
  10. Kemudian, pasword blog pulak ter-lupa
  11. Akhirnya, tinggallah anda di dunia Twitter
  12. Dan itulah yg anda impikan selama ini
  13. Dunia bersama Twitter yang penuh dengan kesepian itu

hahahahahahaha...
YA!!!
memang aku tak puas hati dengan Twitter!!
ada apa-apa masalah ka?

sebab aku pernah buat experiment dengan ber-Twitter
dan ternyata, experiment aku ni berhasil

The more you tweet, the higher probability for you to left your Facebook account and Blog


bagi anda yg gemar ber-Twitter, 4 daripada 13 keburukan yg aku senaraikan mesti ada dekat korang kan?
ngeh..ngeh..ngeh
ok..itu saja mau dikongsi
semoga burung Twitter ni tak marah aku lerrrr
tatatititututututututututuutu!!!!


Tuesday, 26 June 2012

keluhan insan..

Mereka bilang, diri mereka sudah cukup sempurna
tiada apa perlu ditokok tambah lagi
sudah cantik,sempurna dengan apa yang mereka ada..

Memang tidak terzahir kekurangan sekiranya tidak terlintas di mata
namun akan terserlah kekurangan itu sekiranya ditafsir dengan mata hati..
Carilah kekurangan itu supaya dapat diperbaiki 
terimalah kekurangan itu agar rasa tenang di hati

sering kita mengeluh,
bagaimana aku sedar akan kekurangan diri ini
sedangkan aku rasa ini yg terbaik untukku?

bukalah mata hatimu..
penyelesaian bagi kekuranganmu itu pasti ada di sekelilingmu
setiap masalah ada penyelesaiannya
begitu juda dengan setiap kekurangan manusia
pasti ada yg menjadi petunjuknya
apa yg perlu dilakukan, hanyalah membuka mati hatimu utk menerimanya

carilah pembaharuan..
jangan hanya berada di dunia kamu semata-mata
sekiranya kamu melangkah ke dunia lain, 
pasti dirimu merasakan dirimu masih belum sempurna
masih jauh perjalanan ini
kerana masih banyak perlu diterokai



kekurangan yg kita baru sedari ini, bukan untuk membuktikan kita ini tidak sempurna
namun,itu  menunjukkan bahawa kita sedang berusaha utk melengkapkan kesempurnaan itu
dan memperbaiki segala kekurangan yg kita miliki

ingatlah,tiada siapa yg dilahirkan sempurna segalanya
malah setiap orang dilahirkan untuk mendapatkan kesempurnaan itu
maka, kejarlah kesempurnaan itu..
bukan hanya menunggu dan menunggu di sini