kaWan...

Tuesday, 26 June 2012

keluhan insan..

Mereka bilang, diri mereka sudah cukup sempurna
tiada apa perlu ditokok tambah lagi
sudah cantik,sempurna dengan apa yang mereka ada..

Memang tidak terzahir kekurangan sekiranya tidak terlintas di mata
namun akan terserlah kekurangan itu sekiranya ditafsir dengan mata hati..
Carilah kekurangan itu supaya dapat diperbaiki 
terimalah kekurangan itu agar rasa tenang di hati

sering kita mengeluh,
bagaimana aku sedar akan kekurangan diri ini
sedangkan aku rasa ini yg terbaik untukku?

bukalah mata hatimu..
penyelesaian bagi kekuranganmu itu pasti ada di sekelilingmu
setiap masalah ada penyelesaiannya
begitu juda dengan setiap kekurangan manusia
pasti ada yg menjadi petunjuknya
apa yg perlu dilakukan, hanyalah membuka mati hatimu utk menerimanya

carilah pembaharuan..
jangan hanya berada di dunia kamu semata-mata
sekiranya kamu melangkah ke dunia lain, 
pasti dirimu merasakan dirimu masih belum sempurna
masih jauh perjalanan ini
kerana masih banyak perlu diterokai



kekurangan yg kita baru sedari ini, bukan untuk membuktikan kita ini tidak sempurna
namun,itu  menunjukkan bahawa kita sedang berusaha utk melengkapkan kesempurnaan itu
dan memperbaiki segala kekurangan yg kita miliki

ingatlah,tiada siapa yg dilahirkan sempurna segalanya
malah setiap orang dilahirkan untuk mendapatkan kesempurnaan itu
maka, kejarlah kesempurnaan itu..
bukan hanya menunggu dan menunggu di sini






No comments:

Post a Comment