Terlintas sejenak masa tengah menonton tv tadi ni..
tetiba teringat nak update blog pasal keunikan dan speciality menjadi anak kedua dalam keluarga. Well, memandangkan 80% dari rakan-rakan saya sama ada di peringkat menengah mahupun universiti terdiri daripada anak kedua, jadi persamaan watak dan keperibadian agak ketara di situ yer.. ('',)
Apa yang dicoret berdasarkan pengalaman dan pemerhatian semata-mata...
Berdikari tetapi DEGIL
FAKTA PENTING,.--> Sikap degil agak terserlah dalam diri anak kedua ini.Kedegilan anak kedua ini selalu membolehkan mereka mempertahankan pendapat mereka sendiri. Tak gitu anak kedua? hehe.. Tetapi kedegilan mereka ini tidaklah mendatangkan pelbagai masalah kepada ibu bapa kerana dalam masa yang sama, anak kedua ini mampu berdikari dalam menyelesaikan atau menguruskan hal kehidupan sejak kecil lagi. Mereka berdegil mempertahankan pendapat, tetapi tetap beralah jika sesuatu yang lebih logik disuarakan orang lain.
Gemar berbelanja
Part ni la paling i loikee!! Sikap gemar berbelanja secara berterusan ini dapat dilihat dalam diri anak tengah dan anak bongsu. Kebanyakan anak kedua juga mempunyai sikap gemar berbelanja ini. Tidak kisahlah untuk apa wang tersebut dibelanja sama ada untuk makanan, pakaian, gadget, mahupun keperluan lain. Yang pasti, mereka (termasuk i la yer) pastinya ghairah berbelanja tanpa menyedari perbelanjaan itu telah melebihi bajet sebenar.
Suka menyendiri
Ini bukan bermaksud bahawa anak kedua ini seorang yang anti-sosial.. OH TIDAK... suka menyendiri ini beerti mereka lebih banyak menghabiskan masa terluang seorang diri. Memang mereka layan Running Man, cerita korea, baca novel atau sebagainya tetapi anak kedua lebih cenderung melakukannya secara sendirian. Jika mood untuk berkongsi gelak ketawa itu hadir, anak kedua ni ok ja...haha. Dan tidak lupa, terdapat sesetengah anak kedua lebih suka menyendiri di dalam bilik. Entah apa yang dilakukan mereka tetapi bagi mereka, bilikku..privasiku...kehkehkeh
Cepat terasa
Menjadi kebiasaan sejak kecil lagi, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian baru untuk anak sulung dan anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh kakak atau abang mereka. Hal ini biasa terjadi jika perbezaan usia mereka adalah dalam 2 3 tahun. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan anak kedua lebih cepat terasa dan mengalah. Jika dibandingkan dengan anak sulung, anak kedua lebih mudah mengalah dan bertoleransi dalam sesuatu hal. Sementara anak sulung ingin selalu menang dan agak tinggi egonya berbanding anak kedua.
So, kepada anda-anda yang merupakan anak kedua.. jangan dok qenyih sangat la sorang-sorang depan laptop tu. Ini fakta bukan auta. Tidak semua anak kedua mempunyai personaliti sebegini,. tetapi inilah yang dikatakan sebagai sindrom anak kedua. Jadi, sedar-sedar la diri tu yer..hahaha
Hee :) K.Bye
mcm angah aku haha
ReplyDeletedh nma pun anak kedua..mesti la serupa wei tehah..haahha
ReplyDelete