kaWan...

Tuesday, 11 December 2012

Adab & Etika Kerja Berkumpulan

Assalamualaikum...

Makin ke depan perjalanan kita ini, makin ramai dan pelbagai karakter yang bakal kita jumpa
tambah-tambah lagi la bila ada group assignment, atau apa-apa aktiviti yang memerlukan usahasama dari setiap ahli kumpulan

Kadang-kadang terasa ringan bebanan kalau ahli kumpulannya menyenangkan
tapi kekadang terasa bebannya juga bila ada yang memusingkan pikiran..
hahaha

tapi itu normal kan?
ada lagi ni....
ada yang buat kerjanya slow and steady... rileks...rilekss....
ada jugak yang berlari x cukup kaki nak siapkan kerja
dan paling pasti, ada yang setakat goyang kaki

muhasabah diri seketika, aku ni under kategori mana r?
andai kata kita ini kerjanya goyang kaki, tukang angguk kepala semata,
apa kata kita masuk gear 2, dan involve secara separa aktif pun jadi la
daripada kita jadi parasit menumpang x sedar diri!!!! emo..emo

dan kiranya kita sedar ataupun di luar sedar yang gear kita tu terlebih lebih
maka eloklah tarik handbrek, hentikan kenderaan dan lihat side mirror sat
ada ahli kumpulan yang tercungap cungap nak ligan kita oiiiii
bertimbang tara la sikit... kot ya pun nak siapkan kerja awal
tapi jangan selfish.. ini la ketegori yang mampu membuatkan aku naik menyampah



Kesimpulannya di sini, jika dah berkerja secara berkumpulan tu
kenali dan fahami karakter setiap ahli kumpulan dahulu
supaya senang untuk masuk gear masing-masing nak buat assignment nanti
jangan pulak kita guna gear 1, sorang lagi gear 5, yang lagi sorang gear reverse!
hah sudah......
ok lah...
jumpa lagi!
hari ni cuti!!
bye-bye 
assalamualaikum~~~



p/s: jadikan kerja secara berkumpulan ini peluang untuk kita mengenali rakan-rakan sendiri, bukan sebagai batu loncatan untuk kita menumpang hasil kerja mereka   ^.^

2 comments:

  1. makin ramai ahli kumpulan makin la banyak kerenah.. so kenalah respect each other utk sama2 ke hadapan.. xgitu? hehehe

    ReplyDelete