Bukan kerana mereka
bukan kerana dia
bukan kerana sesiapa
hanya kerana kamu
hanya kerana anda
hanya kerana diri sendiri
kita berjalan di laluan masing-masing
apapun terjadi bukan kerana mereka
bukan kerana dia
tapi sebenarnya
diri sendiri
memang terasa kesunyian
keseorangan
tapi, sambil kita melangkah
pandanglah kanan dan kiri
pasti kita lihat
mereka pun sedang melangkah
serupa seperti kita
jadi,
apa yang perlu dikeluh kesah?
melangkahlah dengan kegirangan
walaupun hakikatnya terasa bebanan langkah kita itu
kita rasakan senyuman tidak mampu mengurangkan bebanan
tapi sebenarnya
senyuman mampu melupakan bebanan
cukuplah walau untuk seketika
ingatlah..
siapalah kita, jika tidak untuk diduga?
ingatlah..
siapalah kita, jika tidak untuk diduga?
No comments:
Post a Comment