kaWan...

Wednesday 25 July 2012

Indahnya ketika dilamun cinta


Orang yang bercinta melihat hijaunya daun itu lebih hijau daripada biasa.
Orang yang bercinta melihat birunya air laut lebih biru daripada biasa.
Orang yang bercinta merasa pahitnya hempedu seperti enaknya madu.
Orang yang bercinta merasa masinnya cuka seperti manisnya gula.


Indah bukan?


Jika kehadiran cinta mampu membimbing kita ke jalan bahagia
sememangnya cinta itu indah
Seandainya kita semakin menjauh dari pintu bahagia,
masihkah indah cinta itu?


Demi cinta, sanggup berkorban apa saja
Demi cinta, sanggup membelakangkan kedua ibubapa
Demi cinta, sanggup melakukan apa shj
Adakah ini layak digelar cinta?


Tatkala cinta berbunga-bunga
tega hatimu membohongi ibu sendiri?
adakah itu dikatakan pengorbanan demi cinta
sesuci itu cintamu, kononnya lebih hebat dari cinta kepada orang tua sendiri


Harus bagaimana untuk menyedarkanmu
bahawa cinta suci impianmu itu mungkin sekadar di pinggiran
Sedarlah wahai kamu
memang indah ketika dilamun cinta
tetapi ke mana hilangnya seorang anak yang dulunya mendahulukan kedua ibubapanya dalam segala perkara..


Cinta ini mudah untuk dimanipulasi, samada kebaikan atau keburukan. 
Letaknya di antara dua persimpangan.  
Cinta bila dimanipulasikan ke arah kompas kebaikan maka akan wujudlah jalan-jalan menuju syurga. 
Sebaliknya bila ia dimanipulasi ke arah kompas kefasikan maka wujud pula jalan menuju neraka.



:: Renung-renungkan ::













2 comments:

  1. mungkinkah Anda telah jatuh cinta?

    ReplyDelete
  2. oh tidak...tidak sama sekali
    hanya coretan buat kawan yg dh jatuh cinta.. :)

    ReplyDelete