kaWan...

Saturday, 19 October 2013

Dietetik Semester 5

Assalamuaikum. 

Lama tak menjenguk, memang krik krik krik ja kat sini
Hahaha... 
nak tahu cerita semester 5 ni?

Dah masuk Tahun 3, rasa macam x pecaya ja..cepat gilass masa berlalu
tapi yang pasti, dah kurang melatah dengan lambakan kerja
dan pandai susun lambakan kerja dengan tertibnya

x banyak beza dengan semester lepas.
masih ribut dengan ward round, case presentation, assignment, MNT
cuma kali ni ditop-up lagi dengan Final Year Project dan Counseling

kalau dulu planner aku tu penuh, setiap hari ada ja kerja utk dibuat
tapi kini.,
mungkin kerana overload sgt kot lambakan kerja, dah tercabut dah dari cover page.
hhahahahaa -,-''

jangan berasa musykil
apapun, life must be go on
bagi yang ingin merasa pengalaman as dietetic's student,
mohon apply dan pilih kos ini segera

assignment tu memang x kan siap
tapi ingat..
semua tu bakal beranak dan bertambah
so..
sendiri mau ingat la



kita perlukan ruang dan waktu untuk adapt dengan situasi
jangan pula kita salahkan situasi yang mungkin mengganggu ruang dan waktu yang kita ada





Thursday, 5 September 2013

Pulang mengadap Semester 5

Assalamualaikum.


Seperti biasa, bila dekatnya countdown semester baru,
makin hari terasa feeling lelebih pulop
masa ni la besunggoh masak
besunggoh goreng cempedak abah
besunggoh tgk tv
besunggoh tidoq
besunggoh makan
besunggoh lipat kain
besunggoh kacau bdk kepung UPSR
besunggoh peluk dia


Sebabnya dulu masa Asasi, anytime aku nak balik,
dipersilakan...
anytime nak keluaq bgumbira,
dipersilakan..
dan sekarang, di mana ada kekosongan waktu
di situ ada kerja,esainmen menunggu


dan sekarang, Semester 5
merupakan semester ke-2 terakhir aku di UPM
semester sebelum aku mula berpraktikal
ingin sangat mengisi masa terluang dengan kenangan
tapi macam mustahil..
pasti terisi dengan kerja-kerja sebagai seorang pelajar


mana ada orang belajaq makin lama, makin senang
kena mencabar sikit, baru best...
best gilerssss


Syukur.. timetable Semester 5 nampak bersih dan teratur



Saturday, 31 August 2013

This is How we learn


Career path as a Dietitian

Job opportunities for dietitians include positions in a variety of different areas: health care agencies or institutions, community organizations, businesses, food industry, education, research, media and freelance work.  

The Clinical Dietitian is the health care team member responsible for the nutritional care of individuals who need special diet as part of their medical treatment.  

Management Dietitians direct quality food delivery systems in hospitals, nursing homes, schools and other group feeding establishments.

A Community Dietitian works on the public health management team or in a specialized service programs for people with disability and special needs, patients on rehabilitation program, home nutrition support and populations at greatest nutritional risk.

Private Practice and Consultant Dietitians address health promotion through seminars, articles and newspapers and magazines and dietary counseling of individuals and groups.  


The Business Dietitian works as a professional resource for corporations in product development, food styling and menu design.  


In future, the demand for dietetic professionals will continue to be strong nationally and internationally.

For more info: UPM (B.s Dietetik)

Thursday, 22 August 2013

Cik Fida dah tua..!!

Assalamualaikum.

Ehehehehehehehehee...
SELAMAT HARI LAHIR, Cik Rafidah ku sayang
Selamat menjadi warga tua 21 tahun ye...




Inilah cik fida kita..
dah tua rupanya..hmmmm
ahahaha

roomate dari sem 1 hingga kini
insyaAllah bakal terus menjadi roomate kalau jodoh masih panjang


Apa yang kitorang suka sembang?
ohh... xda apa sangat
kitorang suka cakap-cakap pasal A,B,C,D...
^.^

Apa yang cik Fida suka makan?
ohh..
dia ni suka makan apa yang x leh makan
kalau bab jeruk tu, memang fevret sangat la
lagi orang larang, lagi cepat tangan dia cekau semua jeruk


Apa yang cik Fida tunggu?
hahahahaha..=p
dia tunggu nak kawen lerrrr
tunggu orang masuk minang
ahaks~

Kalau aku,kureng suka bila dah masuk 20-an ni, bulan 2 ni aku dh masuk 22 tahun.
cepat gila kan?
yang cik Fida ni eksaited bila makin 20-an ni
makin remaja katanya

xpa la,
apa pun,
selamat menjadi warga tua narh
('',)




p/s: awai beno cik abe mu pos kt Fb kan..?hahaha..so cweeeetttt!

Thursday, 15 August 2013

Raya Kedah 2013

Assalamualaikum.

Dah masuk 8 Syawal hari ni. Alhamdulillah. Selamat Hari Raya semua..!!
Dan seperti biasa, masuk musim Raya, semua orang sibuk dengan plan beraya
tak lupa jugak kami di sini

Dari Alor Setar menuju ke Jitra,
Kemudian ke Pendang..
Raya satu Kedah katanya
almaklumlah, Kedah ni bukan besaq mana pun..
nak beraya sampai ke Baling pun boleh ja


Tuan Rumah 1: Cik Adilah Azizan

Peserta rombongan yang tiba awal.keh3
Isi perut dulu sebelum beraya

Teqa tunggu org Baling sampai, kita photoshoot dulu!! ^^

Kedah & Bendang

Nak photoshoot punya pasai, sanggup depa duduk atas titi reput 

Driver kita ke bendang. hahaha

Gigih nak bergambaq

Di rumah II: Cik Naziha Syazliana

Ceq memang suka amek gambaq ikot suka. haha

Tuan Rumah III: Bakal Puan Roshaleena

Penat dah oiiii

Let's pulang..!!






Bertemu setahun sekali
and this is how we celebrate our old friendship
SELAMAT HARI RAYA!!!!

Friday, 26 July 2013

Right or Wrong?



Alhamdulilah ,Allah telah anugerahkan kau kepada aku . Aku bahagia sangat dengan ada nya kau disisi aku . Segala yang berlaku ada hikmahnya . Lebih baik mncintai orang yg mncintai kita dripda kita mmilih org yg kita cintai kerana ia amat memeritkn & hnya membuang masa !!


Fikirlah wahai adik,
betul atau salah..

Status sebegini mendapat 30 Likes dlm masa 2 minit
betul atau salah sebenarnya?


Saya percaya...


Monday, 22 July 2013

Cantik, tapi berkekalan kah?

Assalamualaikum.
Apabila jari menekan tab Facebook, notification ku lihat beratur,
menunggu untuk dibelek, dilihat dan sebagainya

tapi makin lama, makin jemu rasanya untuk melihat semua itu
timeline juga dipenuhi dengan perkara yang menjemukan itu
perkara apakah itu?

Produk kecantikan, produk memutihkan, produk menghilangkan jerawat, produk pelangsingan
wowwwww~~~
superbbb~~


Ramai yang mencuba, dan dikatakan berjaya, berkesan..
BENARKAH??

Sudah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan?
Boleh saya dapatkan bukti saintifik?

Tapi benarlah, memang cantik lepas guna produk anda..
cantik sangat.. flawless kulitnya
berdasarkan gambar yang diupload tu la, memang melepak kulit dia....
memang licin sungguh muka dia,,lawa sungguh



Tapi beware... kesan untuk jangka masa panjang?
ada jaminan ke x?

Maaflah, jangan dk request saya masuk group segala group pasai bisnes hampa
Jika benar produk anda berkesan, tidak perlu mencari..
seharusnya pelanggan yang mengejar anda
tak gitu?

# S.E.K.I.A.N #


* terkeluaq entry ntah apa-apa setelah dibelenggu masalah annoying dengan game request dan jugak promotion dari produk kecantikan,kesihatan..bla..bla..bla dalam Facebook

Sunday, 21 July 2013

Pemandu yang penyabar?

Assalamualaikum dan selamat siang/tengahari/malam..
semoga sihat selalu walau di mana anda berada
di harap berpuasa selalu x kira pukul berapa anda membaca blog ini
dah tu kalau malam??

cuma nak berkongsikan keratan artikel yang agak menarik di sini..


Apa kobondo nya ni?
hah, ni la pasai tahap kemarahan + ketidaksabaran pemandu di Malaysia. 
Seperti yang aku selalu bebelkan, pemandu di KL mostly tahu nak cepat je
kat traffic light, kereta depan lambat tekan minyak 30 saat, dah berhon-hon kau bagi
kt highway, kereta depan bawak 110km/jam pun kau dh angkat lampu,suruh berambus dari lane tu
bila jalan dah sesak, jalan pun slow jeee..tu pun kau dh nk hon, nk cilok ikut laluan kecemasan

apa masalah sebenar yer?
attitude yang sangat mengecewakan..

dan bila aku pulang ke Kedah,
terasa aman damai je bila drive
nak dengar bunyi hon tu amatlah susah
unless masa musim perayaan , apabila pemandu2 x berhemah tinggi made in KL pulang ke kampung
errggghhh,, sekali lagi..
fenomena x bermoral pasti berlaku


walaupun tak pasti artikel tu tahun bila punya, tapi memandangkan fakta yang diberikan agak relevan,
jadi x salah aku kongsikan
tapi x pasti la pulak macam mana pemandu di Terengganu dan Melaka,
yang turut dilabelkan tinggi kemarahan + ketidaksabaran...
hahaha...

itu sahaja
sayonara
jangan maraaaa~~

Wednesday, 19 June 2013

Di kala memerlukan sokongan

Mereka pengajar..
Mereka yang garang
Mereka si pemberi assignment
Mereka si pemberi case study
Mereka si pemberi homework
Mereka yang sangat comel
Mereka pendengar..
Mereka sahabat..
Mereka kakak..
Mereka ibu..


Susah mencari mereka, di kala senang pun tercari-cari lagi
Makin sukar jalan untuk dilalui, makin ringan mulut mereka menyokong sekali lagi
Mana mungkin ku jumpa pengganti
Yang jelas, ikhlas mendidik dan membimbing kami


Bagi aku
Semester 3 yang lalu, fasa untuk aku bangun dari mimpi dan angan-angan
sedar bahawa jalan di hadapan bukan mudah seperti yang disangka
sedar bahawa masih banyak kekurangan, masih banyak ilmu perlu digali

Dan kini
Semester 4 pula
menyedarkan aku, aku mampu menggali ilmu itu
menyedarkan aku, sebenarnya mereka sangat concern mengenai kita
menyedarkan aku, aku mampu untuk melalui jalan di hadapan
semangat, ilmu, keberanian, kasih seorang pengajar banyak diperoleh

Dan akan datang
Semester 5 ini,
sebenarnya untuk mengasah lagi semangat, ilmu dan keberanian yang baru dibina
sebenarnya sebagai peluang sebelum aku bertemu dengan dunia realiti
sebenarnya sebagai fasa untuk mematangkan dan mengemaskan lagi potensi diri


Lain orang, lain caranya
Mana mungkin kita boleh bertemu dengan pengajar yg concern dengan ex-student,
walaupun semester ini sudah berakhir, beliau masih lagi risau dan sedia membimbing kami


Dr. Gan.. dah la cute, sayang kami pulak tu.! aha~



Dan,
mana nak jumpa kakak yang sabarrrr sangat melayan adik-adik beliau
yang penuh dengan soalan yang kadang-kadang macam 'soalan bodoh'
hmmmm...
tapi selalu dia pesan: Ask anything that you dont know, dont be afraid to ask even if the answer might be wrong


Kak Chew Sia kiterrr..... ni pun comel.hehehe


Semester 4 berakhir dengan indah dan jayanya
jasa dan budi mereka tidak akan dilupa.
Sesuai untuk dijadikan pembakar semangat untuk menghadapi semester 5
mengenangkan jasa mereka, haruslah aku rajin dan lebih berusaha untuk berjaya
kalau tidak, sia-sia saja usaha mereka.
terima kasih lecturer semua.sungguh aku sayang kamu <3


Dr. Asyura


Cikgu


Sunday, 16 June 2013

Rindu

Berbual dengan adik kecil x kecil sangat pun 
adik bongsu
pelajar tahun 6,
bakal mengambil UPSR tahun ni

cadangnya kakak prihatin ni nak memulakan 'Program Kepong UPSR'
sebaik sahaja tamat semester 4
tapi memandangkan ada urusan, maka mungkin semasa Ramadhan, tak berada di rumah

Man, sedih tak kak x balik nanti? 
xleh buat kepong la





Hurm, tu la! sedihnya...



Percaya?
percaya budak ni cakap?
sedih bila kakaknya x balik, x buat kepong, xda orang selongkar beg sekolah, xda guru besaq, x da latihan
Ok benci.meluat aku dengan budak ni
mulut cakap lain, tapi realitinya..hanya kami yang tahu
ohh...

tunggu aku balik ni
memang nak kena dera secukupnya..
tunggu...

Saturday, 8 June 2013

Berapa pointer nak apply Dietetics?

Assalamualaikum..


Adakah anda lepasan matrikulasi/diploma/asasi
yang berminat untuk menyambung degree
dan berhajat untuk memilih Bac. Sc. (Dietetics)??



tapi x sure berapa minimum pointer??



sebenarnya saya pun x berapa nak pasti
tapi kalau nak share based on UPM punya, boleh la jugak~
hehehe


kalau diikutkan, 
kawan kawan x kisah la lepasan matrikulasi mahupun lepasan asasi, 
pointer diorang 3.5 and above..
tapi mostly 3.8..
mostly..
mostly..

kalau lepasan matrikulasi, memang tinggi la pointer diorang
ya la, kan ramai, nak kena fight
bagi lepasan asasi UPM, kitorang 3.8 and above yang dapat course ni
harapnya dapat membantu memberi sedikit maklumat bagi anda di luar sana
sekian~


Friday, 7 June 2013

Study Week yang Pemalas!!

Assalamualaikum..



Ingatnya sepanjang study week ni, x sempat kononnya nk update blog
tapi tengok hah...
sempat ajerrrrrsss


oh my..
x sure reason-nya apa
tapi study week ni memang sungguh sungguh pemalas
bukan aku yang malas
study week ok... study week yang pemalas
ahaa


kembalikan mood
kembalikan segalanya
mudah sangat fokus aku ni berganjak
asalnya menatap lecture notes Mama Rocky,
tetiba teringat, terindu pulak nak bukak laptopppp
kembalikan..
kembalikan..

dan bila dah update blog
tetiba fokus berganjak sekali lagi
kali ini teringat dan terindu katil pulakkkk
nampak tak permainan dia?
shaitonnn..shaitonnn

dan..
tanpa banyak bicara
aku akhiri penulisan sampai di sini sahaja
sayonara...
selamat malam
katilku sudah memanggil
esok pagi la baru aku kembali menatap lecture notes mama Rocky
hopefully.....







Wednesday, 29 May 2013

The end of semester 4

Assalamualaikum...


Pejam celik, celik x pejam-pejam
tengok-tengok dah nak dekat pukul 3 pagi
begitulah rutin semester 4 ni

tapi sekarang,
pejam celik, pejam celik
rupanya dah nak habis semester 4

makin nervous menanti semester baru
mampukah aku nak menghadapinya...
= )

Alhamdulillah,
selesai segala perkara
assignment, presentation, ward round
memang perjalanan yang agak ganas
tapi banyak memori tercipta

rasa macam nak pecah kepala
x cukup tangan dengan assignment, case, ward round, report, presentation,
dah campak ke mana fikiran pasal exam
x sempat nak mengenangkan exam
tapi hanya mampu mencuba yang terbaik

x mungkin kami lupa kepada mereka yang banyak berjasa
Miss Chew Sia.. sabar..sabar.. sabar ja dengan kami yang penuh dengan soalan2 'bodoh'
hahaha
hanya dia mampu melayan soalan 'bodoh' kami
haihla~

lecturer-lecturer yang mostly memang sangat comellllllllll
hahaha
comels gilers
comel-comel tu la yg kasi assginment menimbun
tapi nasib la comel-comel belaka
haihla~

semester 5?
memang ternanti-nanti..
Fyp..
MNT II..
Foodservice II..


apapun...
semester ini bakal melabuhkan tirai
ada pahit, ada manis, payau pun ada
semuanya cukup rasa

with Miss Chew Sia, after MNT case presentation

a moment with primary school

a moment with preschoolers

MNT case presentation

serik? haruslah serik
serik rasanya dengan semester 4
tapi serik bukan beerti perit
mana ada yang makin senang kat dunia ni
jadi,
haruslah bersedia fizikal mental untuk next semester
fighting!!!
bye~

Monday, 27 May 2013

keseorangan

Bukan kerana mereka
bukan kerana dia
bukan kerana sesiapa

hanya kerana kamu
hanya kerana anda
hanya kerana diri sendiri

kita berjalan di laluan masing-masing
apapun terjadi bukan kerana mereka
bukan kerana dia
tapi sebenarnya
diri sendiri


memang terasa kesunyian
keseorangan 
tapi, sambil kita melangkah
pandanglah kanan dan kiri

pasti kita lihat
mereka pun sedang melangkah
serupa seperti kita

jadi,
apa yang perlu dikeluh kesah?
melangkahlah dengan kegirangan
walaupun hakikatnya terasa bebanan langkah kita itu


kita rasakan senyuman tidak mampu mengurangkan bebanan
tapi sebenarnya
senyuman mampu melupakan bebanan
cukuplah walau untuk seketika

ingatlah..
siapalah kita, jika tidak untuk diduga?

Friday, 17 May 2013

Perlukan rehat

Assalamualaikum semua



Apa khabar semua?
sihat kah?
harapnya semua sihat dan gembira selalu


harapnya aku juga sihat dan gembira selalu
banyak nak dicerita
tapi tak terluah
banyak nak dikongsi
tapi tak beerti


andai kata aku ada peluang dan ruang
bukan wang yang aku inginkan
cukuplah sekadar masa untuk berehat sejenak
tak mengapa walaupun bukan untuk 1 hari
tapi cukuplah jika hanya setengah hari




nasib kita serupa planner..
kau perlukan ruang untuk aku boleh menambah lagi reminder kerja-kerja ku
dan aku pula
perlukan ruang untuk diri sendiri


susah untuk dicerita
tapi ini kenyataan
exhausted




bukan bermaksud ingin mengalah
cuma perlukan ruang untuk mengumpul kekuatan semula
jika mereka menangis, agar kemudiannya lebih kuat untuk berjuang
aku pula perlukan ruang menulis untuk aku meluah rasa



Monday, 6 May 2013

Siapa pun dia..

Assalamualaikum...





Musim PRU13 baru saja melabuhkan tirai
memang hangat dan hangit pun dok usha kat FB dgn Twitter


siapapun kita sokong, siapapun kita nak undi
jangan sampai ada mutual friends atau kenalan yang tertempias sekali
mu dok pikiaq yang mu suka, pehtu mu dok update status
awat mu ingat mu kawe dengan ayam itik ka kat FB or Twitter ni?
depa pun bila mu kata itu ini, geram la jugak


x mau la disebabkan PRU 13, friends 1300 dah jadi 1250 orang..
habeh dak pun, dok lawan update status ka, dok tweet dgn tujuan nak pangkah org
oh tidakkk
anda sebagai golongan cerdik pandai, tolong jangan bertindak sedemikian


sangat berbeza ya, kawan-kawan..
antara nak up-to-date dengan politik negara dengan mengutuk/ menghina
x salah kalau nk share keputusan PRU ka apa
tapi jangan la pulak dok hingaq lebih


apapun, golongan cerdik pandai sekalian
pilihan di tangan anda
pilihlah yang mana berkenan
gunakan akal cerdik pandai mu itu





Yang menang, tunaikanlah amanah dan janji...

Yang kalah, usah menunggu kuasa untuk berjasa dan berbakti..

Yang masih belum berpuas hati, tuntutlah keadilan dengan berhati-hati

Saturday, 4 May 2013

kukejar kamu

..Assalamualaikum..


Walaupun penat
tapi masih aku mencuba untuk mengejar
penat, memang penat
seperti sudah tidak mampu berada satu tapak di belakang
tapi aku juga tidak ingin berada seribu tapak dibelakang kamu



sering aku mengeluh
mengenangkan diri yang tidak mampu berada di sisi kamu
bukan mengeluh untuk mengalah
tetapi mengeluh agar mendapat sedikit kekuatan untuk terus melangkah


kejar
kukejar kamu
biarpun mereka yang lain pantas mengejar kamu
aku tetap melangkah, biarpun tidak sepantas itu




masa
kukejar masa
biarpun mereka kata aku sudah tiada masa
tapi aku tahu
aku masih punyai masa


hidup bukan sekadar untuk menghabiskan masa
belajar juga untuk menghargai masa
biarpun masa semakin pantas meninggalkan kita

Wednesday, 10 April 2013

Cuti..Cuti..Cuti

Assalamualaikum semua!!!


Aku mahu cuti lagi!!!
cuti!!
lagi!!!!


cuti mid sem terindah pernah aku lalui
tapi kenapa?


kerana cuti sebelum ini, tidak dihujani dengan lambakan kerja yang terlampau
semester ini, selori kerja untuk seminggu
jadi, 
haruslah apabila tiba cuti mid sem kali ini
terasa indahnya 


sanggup juga habis test pukul 5 petang
kemudian
pulang untuk solat
mencapai beg dan terus menunggu bas untuk pulang!!!
hahaha..


tapi ini pun ku rasakan masih tidak mencukupi
memang terlayang-layang esainmen di minda
tapi ku hembus hingga ia hilang
untuk berehat dengan tenang


tapi countdown nk pulang tu makin dekat
oh my....


kilija belum buat maaa....
tidoq memang qada x ingat apa dah. huhu
layan movie, segala bagai x payah sembang la
tv yang aku jarang layan pun, tetiba balik ni rindu nak tengok tv
sadis~





nak cuti lagi....




nak tidoq lagi...







Saturday, 6 April 2013

Bidang kerjaya dietetik

...Assalamualaikum...


begini jalan ceritanya..
untuk pengetahuan semua, ini hanya merupakan salah satu cabang bidang dietitik
iaitu di bahagian klinikal (hospital)

bermula dengan in-patient (pesakit yg admit di hospital) diperiksa oleh doktor
mungkin kerana diabetes, darah tinggi, obesiti, kurang berat badan dan lain-lain..
doktor mendapati, sekadar ubat-ubatan sahaja tidak mampu untuk membantu proses pemulihan kesihatan patient tersebut


faktor pemakanan dan cara hidup patient juga memerlukan perhatian
jadi, doktor terus refer patient tersebut kepada dietitian
setelah dietitian menerima referral letter dari doktor..
dietitan terus memeriksa patient tersebut
mengenal pasti latar belakang, sakit, punca, ujian darah, bla..bla..bla




dan, bila semua data dah dapat..
now is the time to jumpa dengan patient
mula la buat kenai.. sembang punya sembang
contohnya, nak korek apa yang obese patient selalu makan, bukan buleh main tanya ja
" semalam encik makan nasik berapa pinggan? ada dalam 10 senduk dak?"
hah sudah~~~


kalau kita jadi patient pun, saheh menipu daripada memalukan diri sendiri
sapa la nak p habaq semalam makan berapa pinggan, ye dop?
jadi, dietitian ni pandai-pandai la guna skill nak probe petient supaya depa ni tak putaq belit


lepas tu... dah tau dia punya data, dah tau diet history dia, dah tanya dia suka makan apa.
baru la boleh dietitian plan apa yang sesuai untuk patient, based on patient tu sakit apa, berat badan, energy requirement/ day beliau


saya memang tahu, tulisan saya cantik


dan, lepas dah plan dengan jayanya..
jumpa patient, explain dan bincang dengan patient tersebut
memandangkan ini semua untuk kebaikan diri mereka sendiri, perlulah redha...
hahaha

bukan berhenti sekadar di situ sahaja..
doktor dan dietitian perlulah follow up dengan patient tu..
nak tengok ada perkembangan ka dak
perkara ini berterusan sehingga lah patient mencapat target, keluar dari hospital


sesi kaunseling 


tapi kenapa kalau pi hospital, x pernah jumpa dengan dietitian ni pun? doktor ada la
sebabnya... hanya patient yang kritikal sahaja memerlukan khidmat dietitian
 x semua diabetic patient akan refer kepada dietitian, hanya sesetengah yang telalu serius dan kritikal
itulah sebabnya bukan semua patient di hospital akan jumpa dietitian
mu pahe dop?


ok..sekadar perkongsian
semoga memahami
jumpa lagi~
('',)


baru 24 jam jejak kaki




 kak,...lapaq....... lapaq..... kak masak pa... cepat la.....(nada gedik)


 kak...... ada semut.... tu... kat ikan tu... nak ambik pun x leh    (nada penuh gedik)


 issshhhh..jangan la check beg sekolah man.... satgi man buat snqi.. x payah la check   (nada qeja sekolah menimbun x siap)

kak ni balik buat pa tak tau, suka paksa man buat qeja sekolah..
 kak, nampak pengasah pensil dak? kak cari sat, tadi suruh man buat qeja sekolah sangat



 lapaq r.. kak p amek cekelat sat  (baru tatsat tadi makan bihun sup)




dah lama tak balik rumah, baru aku perasan betapa gedik gegehnya adik aku ni haih~~
salah kakak melayan, beginilah jadinya..