kaWan...

Saturday, 26 January 2013

Berdua-duaan dalam kereta



Assalamualaikum.


Ya,memang..sejak dua menjak ni jari-jemari dengan penuh lemah-gemalai rerajin sangat nak update blog bernama 'kerpuk-kualiful' ini...
dan kali ini...

hamba ingin berkongsi berkenaan --> Saat kami berdua-duaan dalam kereta



Ceritanya begini,..
bermula pada suatu petang, semasa dalam perjalanan dari Sungai Tiang ke Pendang
yang mengambil masa kira-kira 15 minit untuk tiba ke sana


mulanya rasa tidak sedap hati sebelum berangkat lagi
namun apakan daya, ku gagahi jua untuk ke sana
macam-macam perkara mula menujah ke dalam fikiran


5 minit pertama melepasi papan tanda Sungai Tiang,
apa yang terlintas dalam fikiranku tadi benar belaka
itulah yang terjadi kiranya


perbincangan isu 'Kahwin' mula ke udara
siapa menantu sulung dan kedua mula diutara
calon-calonnya juga turut dikemuka!!
oh malunya, mana aku nak letak muka..!!!!!


nampak gayanya calon menantu sulung memang sudah ada
senang katanya sebab anak sulung tak banyak kiqa
mula cucuk jarum untuk menantu kedua
hakhakhak, di-reject semua yang ada


aircond yang sejuk mula terasa bahang
mau tak bahangnya
habis degree cek oiii....nak dilangsungnya~


Sesalan berpanjangan kerana berdua-duaan begitu
tidak sanggup lagi aku hadapinya
biarlah mereka-mereka yang lain pula merasakannya..
~~~~saat berdua-duaan dalam kereta bersama~~~~~


Aku serahkan kepada Dia
pilihan abah mama juga berpandukan Dia





Mama kahwin masa umuq 24 thn sebab mama qeja.. Jadinya kak kahwin 27 thn la kan mama?Sebab nak kena sambung Master pulak lepas abeh Degree....kehkehkeh




Jari nampak buruk bila pakai cincin..wuuu..mcm mana ni... =p

Friday, 25 January 2013

..





Aku akui tidak bermula dengan baik, tapi aku ingin mengakhiri dengan yang terbaik

Tuesday, 22 January 2013

Seram

Assalamualaikum..


Naik bulu roma aku ni bila seram...
seram apa?

|
|
|
|
|
v

hang x rasa seram ka bila hang update status, tup tup ada orang pun turut sama meng-update sesuatu yang sewaktu dengannya...


haaaa... seram dak????
terasa gelenya di situ
jelas dan nyata pulak tu


dan..dan..dan
kalau hang la yang makan cili terasa pedasnya tu, mesti terasa seram dengan aku pulak kan?
hakhakhak
cepat ja entry bab SERAM ni muncul
engkau pun sama menyeramkan ja diba oiiii


hahahaha...
tipu la kalau aku katakan, login ja Fb, Twitter,..terus update status masing-masing,kan?
langkah pertama selalunya, ---> scroll down sedaya mampu untuk melihat post-post terdahulu
btoi dak????


toksah dok geleng pala sangat la
aku kenai sangat mpa semua ni
satu spesies dengan aku ja..kihkihkih


jom kita tengok flow SERAM:

Mr. X update something di FACEBOOK   -------> Mr. Y tweet something tu kat TWITTER pulak  ------------> Mr. Z yg sememangnya mutual friend dengan depa dua kt Facebook, dan follow depa ni kt Twitter post entry baru di BLOG


nicee........
entry tercipta pasai dah tak tahan dok senyum sorang-sorang
jadinya, untuk melengkapkan kitaran SERAM ini, makanya tercipta la entry ini
SEKIAN~

Monday, 21 January 2013

Buat tatapan anak-anakku

Assalamualaikum..

Terlintas sejenak di fikiran sebelum terlelap semalam
sesuatu yang boleh dikatakan agak extreme dan over the future
hahahaha
tapi mustahak bagi bloggers sekalian jugak


"Eh, kiranya nanti aku dah kahwin, dapat anak..anak-anakku dah besaq, depa boleh la baca blog aku ni??"
tu pun kalau x delete account la kan~~~
kalau anda mula berblogging sejak zaman sekolah, byk la entry2 anda kan?
WaHHHHHHH.....

nanti gerenti konfem la anak-anak kita selongkaq habeh blog mummy depa ni
WaHHHHHHH....
oh anakku....
walaupun bertahun lamanya lagi, mama dah menantikan kamu untuk tiba di sini

dalam erti kata yang lain, senang la untuk anak-anakku nanti nak tau perjalanan hidup mak depa
WaHHHHHHH...
aku memang over dose excited kalau bab anak ni...hahah



x kisah la korang excited ke x, tapi dah benda ni terlintas di kiran semalam
memang sampai ke pagi la aku dok seronok sorang-sorang!!
hahaaha




Friday, 18 January 2013

Alarm clock

Assalamualaikum~

Seminggu ni, set alarm clock 6.15 pagi
tapi ANEH
tak pernah mendengarnya
dalam pukul 6.25 pagi, mama mai kejut
ANEH
lewatnya kejut subuh......


kajian diteruskan dari hari ke hari
ANEH
memang setiap hari aku ter-miss dengaq alarm phone
ANEH
sebab aku bukan tidoq lambat pun, standard pukul 11.30 malam

dan... harinya telah tiba
pagi tadi terjaga dari lena
dengan rakusnya aku mencapai phone,
ku lihat jam sudah menunjukkan pukul 6.00 pagi
terfikir sejenak, azan dah ka r? tapi awat senyap sunyi ja
ANEH

jadinya ku berguling-gulingan dulu
hampir 15 minit la jugak... baru kedengaran azan!
6.15 baru azan?? ohhh...sama waktu dengan alarm aku berbunyik!
patot la....

masih x adapt sepenuhnya dengan perubahan latitude altitude.ahahaa
hang di Kedah diba wei!!!
kalau kt UPM pun azan subuh nak dekat pukul 6 pagi, apa lagi di Kedah
haih la

yeahh.. kajian aku success
hahahahahaha
sedih kan?
so slowww untuk menyedarinya..... 



Wednesday, 16 January 2013

Hang adalah kamu..

Assalamualaikum.





Tak rasa sesak ka hidup berpandukan kritikan/ judgement orang lain?
Aku pun setuju, kadang-kadang kita kena open minded, dengaq pendapat orang lain
tapi bukan la dalam seribu satu perkara... mampuih la gutu


Nak tentukan course apa nak amek after SPM, memang patut terima pandangan orang
Nak tentukan tarikh bila nak kahwenng, pun memang lagi patut bincang dengan orang
ada ka main terjah ja,...gilo ye dop?

tapi kalau.. nak pakai kasut apa hari ni?
Nak amek lauk apa ni..banyak sangat choice-nya...
Nak setadi bila r? 
Nak buat esei ni, nak guna pen biru ka hitam r?
Nak tidoq pukoi berapa?
hah~~
jawab-jawab....

Ingat..hang adalah kamu, kamu tu adalah hang
toksah la nak serabut sangat nak pertulungan setiap saat setiap second
dah macam robot gayanya
ok.bye robots sekalian.
jumpa lagi~




Tuesday, 15 January 2013

Degree Vs O-level

Assalamualaikum.

Tergelak aku sendirian mengadap laptop dari tadi. Nak tau pasaipa? pasai fenomena listen! listen! listen! listen! listen! listen! listen! listen!........dan listen!


bilamana O-level people talking nonsense pasai kucing, anjing, burung, tikus, jaws.... dengan niat yang satu, untuk cuba tidak menjawab soalan yang dikemukan secara sangat bernas oleh degree people...

when o-level people cuba mengajar si pemegang degree je katanya..
Mahasiswa perlu respect other people while she threw out statement disrespecting the entire hall...
HAHA!!!


As a degree holder, rasanya memang patut aku gelak pun. Dah macam "Anjing mengajar anaknya cakap Melayu, padahai dia pun mengonggong ja" - sumber ilham dari #listen #listen #listen sendiri



Dan tadi ter-rajin nak search Facebook Miss o-level tuh, kahkahkahkah!! lagi sekali aku dok gelak sorang sorang.. habeh semua komen dia dari yang kemarin punya, sampai la yang zaman tok nadoq punya.. mesti ada insan tlg komen: listen listen listen listen listen listen listen listen listen listen listen listen

hmmmm..rupanya senang nak famous ni... di Twitter pun sakan jugak.. 


betul la orang cakap, bila dah belajaq tinggi-tinggi ni, makin tertutup pemikiran kita ni
apa orang lain cakap. semua salah..REASON? sebab hang tu ada degree ja...!!!
bajet kan?








masih x dapat tangkap? pi kat Mr. Youtube, taip Forum Seringkah Mahasiswa dan Politik

p/s: Nama forum pun x boleh  blah..ada ka Mahasiswa dan Politik diletakkan dalam satu ayat?? oh no..no..no... setakat sogok dengan Galaxy Note 2 & iphone 5 tu, xhingin la aku!! ya ya ja kan...hahahaha

Monday, 14 January 2013

Actually bukan atas pagar


.: Assalamualaikum :.

ATAS PAGAR = Tidak menyebelahi mana-mana pihak

Makanya di sini, ingin aku huraikan apa yang ingin aku huraikan sejak dari tadi lagi. Fuhh ayat.. paria habeh!!
Seperti yang kita sedia maklum, Himpunan Kebangkitan Rakyat #112 baru melabuhkan tirai. Ya.. aku take note pasal isu politik yang sedang bergolak hebat di Malaysia.

Aku tahu ada segala himpunan, pertikaian, ketidakpuasan hati, drama nak jatuh menjatuhkan kerajaan dan pembangkang. I KNOW!!
Ada sesapa nak tau pasai  Himpunan Kebangkitan Rakyat #112? NAH, BACA NI KALAU RAJIN

Dan bila kita rajin dok godek-godek Facebook, usha dalam diam kt Twitter, stalk belog orang..
nak tau kerajaan cakap apa, bukak TV3, baca Berita Harian.. apa susah?
nak tengok pembangkang kata apa pulak, carilah Harakah
haruslah banyak input-input pasai politik ni masuk pala otak ni jugak
xdak la istilah x amek tau masalah negara.... lepas tangan la... benci meluat sunggoh la bila dengaq politik ni
xdak la sampai macam tu sekali.... aku warganegara Malaysia, anda bagaimana?

Cumanya, aku lagi prefer menjadi pemerhati, pendengar kot daripada menajadi pengulas, peserta aktiviti-aktiviti sebegini.
Sebab aku sibuk melayan korea mahupun kpop? Oh, tidak la sampai begitu sekali sekali..jauh panggang dari arang
Ataupun aku ni golongan neutral? Eh... x jugak rasanya

Kesimpulannya, aku bukan berada di atas pagar okeee... aku di atas awan, melihat semuanya yang berlaku dari jauh.. ceewwaaahhh!!!! ahahaha....
okbye
huh~
seronok pulak tangan aku ni nak menuleh hari ni.. banyak entry ter-update.hahaha -,-''






Man darjah 6, bukan 6 tahun

Kakak: Man!! Apa maksud PAWS tu? pi amek kamus cepat, cari makna dia..jangan malas sangat
Man: (sambil pusing tengok belakang..) Kak Teh, cuba tolong Man, bukak Google Translate, taip PAWS sat


Dulu ja kot guna kamus. La ni BESTA la, Google Translate la



(Ketika breakfast nasi lemak sebelum p sekolah...)
Man: La ni berat Man 45kg,nanti Form 1 jadi 50kg, lepas tu 60kg, 70kg..
Mama: Haih, jangan la sampai 70kg.. tak elok utk kesihatan
Kakak: xpa, tahun depan Man dok asrama, mesti kuruih kan? sebab x cukup makan..
Man: haa, betoi-betoi..pagi-pagi Man nak telepon Abah la.. "Abah..lapaq..nak nasi lemak"
Aku dulu kalau lapaq, telepon hujung minggu pun belum tentu Abah layan tau dak..!!



Kakak: Man, sapa lagi dapat 8A UPKK? (ujian penilaian kelas KAFA)
Man: Ada 7 orang dapat 8A
Kakak: Mesti yang lagi 6 tu perempuan kan? Man sorang ja tersesat dapat 8A
Man: hah? dak la..perempuan sorang ja pun dapat 8A, perempuan x pandai, bendui..geng-geng Man yang dapat 8A
(realitinya dalam sebulan ada la ponteng 3 4 kali, nak p exam pun buku xpnah bukak sebab XPENAH ADA BUKU..grrrrr)






Mama: Ok, malam ni Man buat Matematik dengan Kakak, pastu cerita balik kat Mama apa yang Man faham. Macam Along buat dulu-dulu, Along rajin cerita balik sebab tu pandai
Man: Man x pernah cerita balik pun dapat no. 1...Along tu dari darjah 1 sampai darjah 6 xpernah pun dapat no. 1,kira Man lagi genius la


Kakak: Ni buku teks bila nak balut? satgi berlipat habeh tak sampai hujung taon
Man: Ntah kak teh ni, bukan nak balut sat.. teruk la, pemalas pulak tu
buku sapa sebenaqnya...??????



Sunday, 13 January 2013

Azam cuti semester

Assalamualaikum..
yeayyyyy!!! cuti semester datang lagi!!!
sapa x suka...kan??kan??kan????

jadinya..masa study week hari tu, dok berangan la menikmati keseronokan cuti semester yang akan tiba ni
membayangkan hidup tanpa bayangan Clinical..tanpa belenggu masalah esainmen yang x sudah-sudah


bukan main lagi aku dok syok sendiri
nak tengok korea la, nak baca novel la,nak buat itu la,nak buat ini la
bhahahahaha..
hampeh..


setiap kali cuti, azam aku itu tinggal bayangan semata
korea ke mana, novel x tau lempaq mana..
memang ini yang sering terjadi, sejak zaman sekolah menengah lagi
apa boleh buat

kalau cuti sat-sat tu syok la nak balik rumah
tapi kalau lelama, dah mula rasa kebuhsanan itu
padahai baru 3 hari balik...kehkehkeh


dan untuk mengelakkan kebuhsanan yang melampau
haruslah aku main gameeee
itu ja yang rasanya aku boleh go on
nak tengok mr. korea rasa macam dah x lalu

dan yang pastinya, dah 3 hari balik ni
jadual hidup aku nampaknya kelam kabut la cikit
mandinya bila, makannya pulak bila-bila...
huhuhu
nak kena tune balik ni, rasa macam unorganize teruk ni

jadinya untuk meng-organize balik
langkah pertama hari ni --> mandi
langkah seterusnya--> bibik terhormat
hahaha...
harapkan ada bibik lepasan SPM ja, tapi x habeh-habeh dengan Family Outing, Running Man
tunggu la muak nanti, nak bukak laptop pun dah x daya

ok bye.

Mandi jom~~~




Sunday, 6 January 2013

Mari belajar HTML

Assalamualaikum semua..!!

haaahhh..jgn terkejut dengan update kali ni
demi memastikan diri yang hina ini mampu score dengan jayanya dlm SSK3000, maka beta sedang berlatih guna HTML ni hah
WOW...gigihnya..biar betik diba ni..
YES, I AM

padahal kalian-kalian blogger hebatan sekalian dah terer gila dgn HTML ni kan?..untungla
maaflah, aku ni belajaq HTML ni dengan penuh ketidak-relaan
inilah jadinya..ada ilmu, tapi x apply pun untuk blog..hahaha malas aku nak HTML segala bagai nih

qenyah.!!

walaupun penuh dengan keterpaksaan, tapi aku coba mengikhlaskan hati untuk entry kali ini..dan bagi anda yang peningpeningmembaca entry ni..
LAYAN NI LAGI SYOK KOT

pheww...banyak lagi ni nak kena blajaq. mungkin akan tercipta lagi satu entry bermasalah seperti ini. harap diabaikan

ok.jumpa lagi.bye

p/s: serius aku buat ini semua secara manual..demi SSK3000,ku rela peqabeh masa di sini..


d

i

b

a

Saturday, 5 January 2013

Alhamdulillah, dah 12 tahun..

Assalamualaikum.

tahun baru.umur baru.
dh umur 12 tahun rupanya aku.rasa macam semalam baru belajar pegang pensil.
baru minggu lepas mama ajaq lipat selimut, kemas katil sendiri.
dok tacing lagi dengan cikgu, cubit sebab x hafal sifir. kena berdiri atas kerusi pulak tu
abah pulak marah sebab basikal tu kejanya pancit.entah hutan mana aku redah pun tak pasti


cepat pulak masa berlalu
sedihnya masa rehat dah berbeza.
tahun lepas, rehat awal.. 10.15 dah boleh keluar rehat kat kantin
tapi tahun ni, 10.30 baru rehat.tahap 2 ni memang x menyeronokkan
cikgu pun garang-garang
kerja sekolah banyak pulak tu!


tapi seronoknya sebab dapat guna bangunan baru. YEAY!!
best jugak kelas kat tingkat 4 ni. rasa tinggi!!
kerusi meja pun baru.. bukan macam kelas tahun lepas. buruk. erhhh.


tapi penat la, banyak sangat kelas tambahan
balik rumah pulak, ada lagi latihan nak kena buat.
letih.tak larat. penat.
nak main pun dah x sempat.
dah lama x pergi perpustakaan awam, baca-baca buku
main dengan kawan-kawan. rindunya!!

nak jadi tahap 1 balik la..
x ada UPSR, x da latihan, kelas tambahan
seronoknya........

takut nak UPSR ni.. kalau xdapat 5A macam mana?
hmmmm..takutnya
agak-agak mama abah marah tak..takutnya
along dah dapat 5A, mestila mama abah marah kalau aku x dapat 5A
aku kena belajar betul-betul la ni...hmmmmm

Nak bagi dapat 5A, nanti boleh masuk sekolah asrama penuh!
pastu nk belajaq kt luar negara..seronoknya!!!
balik oversea nanti mesti pandai cakap BI,. x payah p tuisyen dah mcm la ni
nanti besaq, aku nak jadi doktor, xmau jadi cikgu macam mama dengan abah
xsyok langsung.garang sangat..

.......................----------------------........................-------------.....................-----------------

Menoleh ke belakang seketika. Rupanya aku sentiasa rindukan aku suatu masa dahulu. Tapi akan tetap melangkah ke depan, untuk bertemu aku suatu masa akan datang.